SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Thursday 27 December 2007

Senarai Pemacar Berdaftar menurut MCMC sehingga 28/12/2007







Misi bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir di Pahang


Kita mungkin beruntung disini dimana kehidupan yang selesa kita perolehi, kemana saja boleh bergerak dengan lancar. Cuba anda bayangkan jika anda berada ditempat rakan-rakan yang terlibat dalam banjir besar baru-baru ini. Mungkin anda tidak mengharap simpati, tetapi tulang dua kerat untuk membantu mereka meringankan beban mebersih tempat kediaman atau mencari benda-benda penting yang hilang.
Oleh itu misi kali ini adalah membantu mereka yang memerlukan dari segi kebersihan kawasan, tempat tinggal, tempat ibadah mungkin sekolah-sekolah. Jadi dengan itu diharap rakan-rakan dapat mengikut konvoi ini dengan biaya sendiri kesana nanti. Urusan lokasi dan lain-lain boleh dibincangkan kelak. Walaupun kumpulan kita agak kecil, capaian kita adalah setarap dengan kumpulan-kumpulan yang besar di rantau ini. Tentatif tarikh adalah pada 6&7 Januari 2008 (Sabtu&Ahad). Kita akan menghubungi pihak media untuk liputan aktiviti .. (apa macam?)
Daripada kita sakit kepala memikirkan benda yang remeh temeh, lebih baik kita sumbangkan tenaga kita membantu apa yang termampu. Sila berikan nama anda kepada saya, 9W2HMI jika anda berminat untuk meyertai program ini.
1. 9W2HMI - 2D/2K
2
3
4
5 DIBATALKAN OLEH SEBAB2 TERTENTU
6
7
8
9
10
...

Wednesday 26 December 2007

GANGGUAN DARI RADIASI PEMANCARAN SEPENUH KUASA


Sekali lagi kita terpaksa menghadapi dugaan setelah Persatuan dari jalur lebar menetapkan satu frekensi repeater dimana downlinknya berdekatan dengan frekuensi simplex kita. Mengikut SOP jika satu-satu frekuensi itu telah diperuntukkan oleh MCMC kepada mana-mana pihak, kita terpaksa bertukar ke frekuensi yang lain. Itu adalah tradisi yang patut kita ikuti tanpa ada sebarang soal jawab.
Tetapi apa yang dimusykilkan dan berada didalam benak fikiran saya ini repeater tersebut terletak jauh dari tempat kita. Jadi pada dasarnya adalah tidak menjadi masalah jika kita menggunakan frekuensi downlink/ berdekatan downlink repeater sebut kerana tidak mengganggu repeater itu sendiri. Saya telah cuba memantau repeater tersebut dan hanya 2 bar sahaja yang diterima sekiranya saya memancar sepenuh tenaga(75W) dan masih tidak boleh di dengar oleh rakan tentang audio saya. Maknanya, jika ada rakan-rakan dari lokalan yang sama memancar ke sana, beliau telah menggunakan lebih dari yang sepatutnya jika ingin membuka repeater tersebut.
Dengan pemancaran yang maksima ini, telah menggangu frekuensi diantara +0.020 sehingga -0.020. Selaku seorang pemegang lesen radio amatur yang senior, sepatutnya tidak perlulah memncar ke repeater yang terlalu jauh untuk dicapai dengan kekuatan maksima melainkan ingin menunjuk-nunjuk bahawa beliau adalah seorang yang 'professional'.
Kita tidak menghalang atau ingin memprotes, tetapi jika anda tiada pilihan repeater untuk memancar dilokalan anda, sememangnya anda seorang yang buta perut dan tidak prihatin dengan sekeliling. Siapa makan cili, dia rasa pedasnya. Siapa dah rasa pedas, harap makanlah garam banyak-banyak.

-9W2HMI

Tuesday 25 December 2007

Konvoi ke Melaka 8-11 Mac 2008 - 20 bilik/famili sahaja.



Updated: 25/12/2007

"Kita akan mula mengutip wang untuk pembayaran hotel mulai eyeball akan datang dan eyeball-eyeball seterusnya. Tempat adalah terhad dan deposit pembayaran adalah bukti anda berminat untuk mengikuti program konvoi ini. Harap Maklum.

____________________________________________________

Kita hanya akan menetapkan kepada 20 keluarga/bilik sahaja. Surat permohonan (klik pada image sebelah) telah dihantar kepada hotel berkenaan. Diharap anda dapat memastikan penyertaan anda seberapa segera untuk mengelakkan kekecewaan.

---9W2HMI
___________________________________________________________


KONVOI MUHIBBAH MELAKA 2008
TARIKH: 8-11 MAC 2008 (CUTI SEKOLAH)
LODGING: HOTEL SERI MALAYSIA
AYER KEROH, MELAKA
KADAR : RM150.00 SATU MALAM (FAMILY ROOM)
AKTIVITI: AKAN DI TETAPKAN KELAK.
Sebarang cadangan membina untuk aktiviti boleh diperbincangkan dalam sesi eyeball kelak. Penyertaan kali ini adalah terhad dan kutipan deposit hotel adalah sebagai bukti anda layak untuk mengikuti konvoi ini (jgn. marah).
Perjalanan kali ini dijangka adalah lebih baik berbanding konvoi ke Pantai Timur dulu memandangkan pengalaman yang ada dapat dipergunakan pada kali ini. Semua yang berkeluarga dimestikan membawa family mereka sekali dan yang bujang (ehemm..ehem.. single) boleh lah berkongsi dengan rakan-rakan bujang (sejenis) yang lain.
Konsep first come fist serve akan di applikasikan disini dan butir-butir diri perlu di panjangkan kepada pengerusi projek Melaka (SC5XLI-0195958844) ini. Harap maaf jika kelekaan anda menyebabkan anda tercicir dari senarai kami kerana program kali ini terbuka kepada semua rakan radio dan bukan radio juga pada rakan dari lokalan atau persatuan lain.

Peta lokasi hotel telah disertakan dan diharap rakan-rakan boleh meneliti arah dan program kita pada kali ini.
Semoga program yang dijalankan ini mendapat restu daripada semua pihak dan juga dapat sokongan dari pihak-pihak berwajib juga NGO.
Berikut adalah peserta yang confirm untuk berkonvoi:

1. 9W2HMI/SC5XLI - 3 dewasa 2 kanak-kanak
2. 9W2DFA - 2D/1K
3. 9W2DTT/SC3DT - 2D3K
4. 9W2JOI - 2D/5K
5. SWAL MBP - 2D/1k
6. SWAL OBM - 2D/4K
7. 9W2YZU- 1D
8. SWAL DKK - 2D/2K
9. 9W2RIL - 2D/1K
10. SWAL MUZ - 2D/1K
11. SWAL SBI - 3D/1K
12. 9W2PIZ - 2D/2K
13. SWAL MUK - 2D/3K
14. 9W2YIN - 2D/3K
15. 9W2AAA - 5D-BUJANG
16. 9W2LKE - 2D/5K
17. 9W2LIS - 2D/3K
18. 9W2PSP/SWAL AGP - 4D SINGLE
19. SWAL ZPR - 2D
20. 9W2ZCB- 2D/2K
21. 9W2SBQ - ?D/?K
22. SWAL JBR - 2D/3K
23 SC3 KO -?D/?K
24. 9W2YOP - 2D/2K

Sunday 23 December 2007

Result RAE nak keluar

Kepada rakan-rakan SWAL yang yang telah menduduki RAE yang lepas ini. Sudahkan anda bersedia untuk memiliki AA anda sendiri.

Perkara-Perkara Yang Perlu anda sediakan :-
1. Borang APPLICATION FOR APPARATUS ASSIGNMENT Oleh MCMC
2. Borang Sumpah
3. Borang 9M Recommend
4. Salinan KP
5. Salinan Keputusan RAE
6. Borang Cadangan Callsign Pilihan Anda
7. RM... ##untuk 5 Tahun RM60.00 + RM24x5 Tahun @ RM180.00

Rakan-rakan yang ada Bonus Hujung tahun ini .. boleh simpan-simpan untuk AA anda.Jangan lupa juga kepada Budget Harmonic anda yang akan masuk sekolah awak januari ini.

Bila Result keluar? Hanya MCMC yang tahu jawapannya...

-9w2sbd-

Wednesday 19 December 2007

Akhirnya......

Alhamdulillah, akhirnya permohonan menjadi ahli jalur lebar diluluskan juga walaupun dengan pelbagai rintangan dan desas-desus yang melanda. Maka nampaknya rakan-rakan VEE99 banyak juga menganggotai persatuan jalur lebar ini dalam diam tak diam. Ini membuktikan bukan kita meminggir diri kita cuma khabar-khabar angin sahaja yang datang dari sebelah pihak banyak mencacatkan jalinan persahabatan antara kita di Malaysia ini. Kita di VEE99 tidak menghalang rakan-rakan untuk memilih Kelab atau Persatuan mana yang ingin di anggotai sama ada amatur ataupun komersial. Kita menghormati hak rakan-rakan untuk menentukannya.

9W2HMI - VEE99-099/ PARTS-053/ SCS - 162/ASTRA-1240

Wednesday 12 December 2007

'Break...Break' atau 'Short Break'

Saya tidak pasti bahawa kegunaan 'short break' ini benar-benar terdapat dalam SOP. Tapi pada pengetahuan saya 'break...break' ada dipergunakan dalam situasi kecemasan. Bagi pendapat saya break...break.... dan short..break kedengarannya adalah lebih kurang sama jika audio yang kedengaran agak jauh ataupun semasa berada di pemancar yang kurang jelas kuasa pemancarannya. Lebih-lebih lagi kalau kita dengar perkataan 'break' sahaja dan kita tidak pasti samaada kecemasan atau tidak.
Saya perhatikan didalam jalur berbayar, kegunaan 'short break' ini sudah tidak ada dan digantikan dengan perkataan 'satu pancaran'. Adalah berbeza bunyi nya jika kita memerlukan feedback dengan satu station tanpa menganggu putaran. Walaupun bunyinya nampak 'kemelayuan' tetapi kita boleh pasti apa yang dikehendaki tanpa was-was.
Ini adalah pendapat saya sahaja.

Monday 10 December 2007

Keahlian Kelab - RM10

Borang keahlian akan diedarkan tidak lama lagi. Butiran perbadi dalam bentuk database diperlukan agar memudahkan Kelab untuk menjejaki rakan sekiranya satu keadaan kecemasan.
Selain itu wang tersebut digunakan untuk membentuk jaringan dan membiayai kumpulan SMS yang dihantar agar berita dan siaraya dapat disampaikan dengan segera.
Selebihnya adalah bertujuan sebagai tabung kelab agar dapat dipergunakan semasa keadaan yang amat diperlukan dimasa akan datang.
Borang pendaftaran boleh didapati dari saya, 9W2HMI dan saya akan uploadkan kelaman ini tidak lama lagi. Borang yang siap diisi mesti disertakan dengan 2 keping gambar ukuran pasport dan jumlah bayaran dalam bentuk tunai.
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada 9W2HMI atau di talian 019-5958844/012-5153968.

Saturday 8 December 2007

Sambutan Rakan-rakan ASTRA Pantai Timur di IPOH


Terimakasih kepada rakan-rakan Pantai Timur kerana sudi menjadikan Ipoh sebagai destinasi pertama anda. Kunjungan anda dan kehadiran anda disini amat dialu-alukan dan semestinya kami di VEE99 sentiasa bersedia menyambut anda dengan seadanya. Maaf juga dipinta sekiranya ada kekurangan dalam masa kunjungan anda disini kerana maklum sajalah Kelab kami baru saja di tubuhkan tidak lama dulu dan dan dirasmikan secara simbolik semasa kehadiran anda disini. Sekalung tahniah juga kepada 9W2WCL dan 9W2DTS kerana bersusah payah mengumpulkan rakan-rakan dari Pantai Timur untuk di eratkan perhubungan dengan kami disini.
Foto-foto kenangan banyak dirakamkan dan sudah pastinya kami akan simpan sebagai satu memori indah dimasa-masa akan datang.


Jangan serik dengan kekurangan, jangan sedih dengan perpisahan kerana itu semua hanya sekadar sementara sahaja. Moga-moga di masa mendatang kita akan bertemu lagi, mengeratkan tali silatulrahim yang telah terjalin erat ini. Terimakasih sekali lagi kepada anda semua.


Thursday 6 December 2007

Audit Konvoi ke Melaka 2008

Jika ada cadangan masa dan rancangan aktiviti bolehlah di info-infokan kepada semua. Audit akan dibuat tidak lama lagi. Sesiapa yang mahu turut dalam audit ini boleh lah merancang perjalanan ini.

Tuesday 4 December 2007

Eyeball Sg Tapah - Satu Sejarah

Satu kenangan manis dilakarkan di S Tapah Manjoi apabila majlis eye ball yang penuh dengan perbualan yang membina serta idea-idea yang bernas di sajikan disitu. Seramai 40 stesen lebih menghadiri majlis ini di medan selera berdekatan.
Kali pertama ia diadakan disitu dan lokasi yang amat mudah serta menarik. Seperti biasa rakan-rakan menjamu tekak serta berbual sambil berseloroh demi menceriakan malam itu.
Satu sejarah juga bagi saya yang sesat buat pertama kalinya di Negeri kelahiran sendiri. Ketawa berderai rakan-rakan yang membantu 'mengeluarkan' saya yang telah sesat larat di sekitan kampung manjoi tersebut. Bukan lah cakap besar kerana saya pernah ke KL juga ke luar negara dan tidak pulak sesat sampai begitu sekali. Mungkin agaknya usia telah meningkat dan kadar memori yang agak berkurang maka terpaksalah beralah dengan bantuan rescue dari rakan-rakan setempat. Tergelak jugak rakan yang memang sudah 'expert' dikawasan itu jugak sesat dalam kegelapan malam tadi.
Walaubagaimanapun satu kenangan manis kerana rakan-rakan dapat memberi kerjasama penuh dalam dalam memberi bantuan demi menyambut rakan-rakan dari Pantai Timur hujung minggu ini. Tahniah rakan-rakan. semoga konvoi ke Melaka nanti melakar satu sejarah dalam dairi aktiviti kita.

9W2HMI

Monday 3 December 2007

Penggunaan Strobe/Beacon light - Menurut JPJ

Permohonan pemasangan lampu mata arah
Lampu mata arah (beacon light) merupakan satu lampu penanda amaran pelbagai warna dan dikategorikan sebagai komponen aksesori yang dipasang di atas bumbung atau bahagian atas sesebuah kenderaan
Tujuan penggunaan alat
Penggunaan lampu ini adalah bertujuan untuk memperingatkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain bahawa mereka perlu memperlahankan kenderaan , berhati-hati dan berwaspada semasa berada di kawasan tersebut
Menurut kaedah 24 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lalulintas Jalan) 1959 hanya kenderaan Polis,Bomba,Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak haluan (Priority Over Traffic) di mana-mana jalan raya negara ini. Walau bagaimanapun menurut Kaedah 138(1) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (pembinaan dan penggunaan ) 1959 , Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk mengecualikan mana-mana kenderaan daripada mematuhi mana-mana kaedah yang sedia ada. Kenderaan kegunaan persendirian tidak akan dibenarkan memasang alat tersebut

Bagaimana memohon
Syarat-Syarat
1. Kenderaan berkenaan telah didaftarkan sebagai kenderaan kegunaan syarikat
2. Hanya pemilik atau setiausaha syarikat sahaja yang berhak membuat permohonan ini-
3. Kenderaan kegunaan persendirian tidak dibenarkan memasang dan menggunakan alat tersebut
Selain daripada apa yang ditetapkan dalam kaedah 24, permohonan pemasangan lampu mata arah boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan rasmi ke Jabatan ini. Surat permohonan tersebut hendaklah mengandungi
1. Latar belakang syarikat
2. Tujuan Penggunaan alat
3. Jenis alat yang akan digunakan
4. Salinan kad pendaftaran kenderan

Cara pemasangan
Lampu mata arah jenis panjang (light Bar) hendaklah dipasang di atas bumbung secara kekal tanpa membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain -
1. Lampu mata arah jenis bulat (kecil) pula boleh dipasang di atas bumbung atau bahagian atas kenderaan sama ada secara kekal atau bermagnet.
2. Penggunaan bunyi siren adalah dilarang sama sekali kecuali bagi Agensi Kerajaan yang dibenarkan oleh Undang-undang.
Cara penggunaan
Sesebuah kenderaan yang telah diberi kebenaran untuk memasang dan menggunakan lampu mata arah boleh menggunakannya semasa menjalankan tugas-tugas rasmi yang dikategorikan sebagai perlu sahaja. Alat ini tidak boleh digunakan dengan sewenangnya kerana ini akan mengganggu aliran lalu lintas.

Thursday 29 November 2007

DARI PANDANGAN ORANG BARU SEPERTI SAYA...

Terpanggil pagi jumaat yang mulia ini, mengenai isu semasa tentang hala tuju Ham Radio di Ipoh, Sekali lagi dari dikejutkan dengan SMS datangnya dari yang bergelar “SENIOR HAM” yang satu ini.. di Ipoh ketika Rakan-Rakan SWAL ke RAE

“SENIOR HAM” kah beliau, jika diajak untuk bersama-sama mengendalikan Kelas-kelas RAE langsung tidak nampak bayangnya hidung muncul walaupun sudah 3 sesi RAE telah berlalu.

Apa yang sebenarnya “SENIOR HAM” hendak??? Menghormatinya sebagai “SENIOR HAM” ? apa yang saya mampu katakan…. PIRAHHHHHHHHHHHH.. jangan seperti katak dalam tempurung.. atau badut di Sarkas@FunFair..

50 tahun merdeka, ramai Operator Ham Radio baru seperti saya begitu mudah untuk medapatkan maklumat terkini yang mempunyai pelajaran, mempunyai kemudahan internet untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti Ham Radio di seluruh dunia, teknologi terkini, penemuan baru dan buku-buku Ham Radio yang berlambak di pasaran..

So… jika “SENIOR HAM” mengatakan
1. Di Ipoh V44 diperuntukkan oleh MCMC hanya simplex di Ipoh
2. Ahli Persatuan ????? TIDAK BOLEH berQSO tentang Persatuan Radio lain di Repeater… sungguh memalukan… mana fakta yang beliau dapat.. setahu saya Orang baru ham radio … saya dah baca perlembagaan Semua persatuan di Malaysia.. memang tiada fakta tersebut..

Perlukan kah kita menghormatinya..??? tepuk dada tanya selera…

yang ikhlas
-9w2sbd-

“SENIOR HAM” yang lain...saya minta maaf banyak-banyak.. tiada maksud untuk melukakan hatimu... saya tetap menghormati dengan anda semua ... cuma “SENIOR HAM” yang satu ini.. yang mungkin "DRY SOLDER" gamaknya...


## Founder Blog… anda boleh delete post ini… jika ianya lari dari etika Ham Radio

Admin: Saya agak malu untuk menceritakan scenario ini kepada rakan-rakan HAM yang lain disini. Tambahan pula ia berlaku di Negeri kita. Sudah lama ia berlaku dan sehingga kini masih lagi berlaku seakan-akan tiada penyudahnya. Sebelum ini kita banyak menyabarkan rakan-rakan di lokalan akan aktivi SMS yang tidak diundang ini, tetapi kali ini dari pandangan jahat saya kita patut meneruskan bantahan kita kepada pihak-pihak yang berkenaan. Sudah tiba masanya kita bertindak sebagai seorang jantan setelah kita cuba mengalah sebagai seorang HERO. Kumpulkan semua bukti dan ajukan kepada pihak berkenaan. Saya menyokong dan akan membantu selagi apa juga termampu.
Meskipun kita BARU bukan bermakna kita BODOH, meskipun kita DIAM bukan bermakna kita KALAH. Singkirkan manusia tidak berguna ini supaya dunia HAM Malaysia ini tidak di cemari oleh BADUT yang bermaharaja lela di lokalan kita.

Friday 23 November 2007

Program Treasure Hunt Anjuran 59 Enterprise


Diperlukan 6 stesen bermobil untuk menjadi pemerhati @ MARSHALL. Wang saku dan wang petrol disediakan untuk anda. Makan malam di hotel terkemuka Ipoh.

Tarikh : 18/12/2007 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 10.00 malam
Lokasi : Kg. Bali - Tg Tuallang - Tronoh Mines - Kampar - Ipoh
Kekuatan : 50 buah kereta pelbagai jenis X 4 orang

Tugas;

1. Check point - Pastikan semua kereta melepasi kawasan check point
2. Memberi soalan selanjutnya di checkpoint
3. Kawalan kesesakan di lokasi mencari harta karun
4. Leader untuk konvoi ke Hotel dari Kuala Dipang
5. Menyemak jawapan
6. Membentangkan hasil pemerhatian
7. Mengumumkan pemenang ( berdasarkan jawapan, team building dsb)

Kereta yang diperlukan mesti mempunyai radio dua hala (tujuan komunikasi) beserta lampu amaran (strobe light). Alternatif memasang siren digalakkan dan akan dibincangkan jika anda mahu.

Sila hubungi saudara : Hazli (9W2HMi) - 012-5153968 untuk maklumat selanjutnya. Tarikh tutup : 5/12/2007.
Berikut adalah senarai yang telah mengesahkan kehadirannya:
1. 9W2LIS
2. 9W2AAA
3. 9W2RIL
4. SWAL SBI
5. 9W2 DTL
6. 9W2SBQ

PARTS Field Day 2007



Keterangan lanjut sila hubungi
Sallehan email : 9w2sbd@parts.org.my
Ustaz Najdi email : 9w2dfa@parts.org.my
atau lawat blog ini http://partsflieldday2007.blogspot.com/

Borang Penyertaan Boleh diperolehi bermula hari Isnin 26hb Nov 2007

Thursday 22 November 2007

Sambutan Konvoi Astra dari Pantai Timur 7/12/2007

Tentatif program telah pun diterima oleh kita dan inilah masa untuk kita menunjukkan semangat HAM yang tiada sempadan usia, ideologi dan sebagainya untuk meraikan mereka yang berkunjung di tempat kita. Marilah kita bersatu tenaga menggembling tenaga untuk meraikan rakan-rakan kita itu.
Sambutan dan acara akan diperbincangkan dalam sesi eyeball selepas RAE nanti.

Sebarang sumbangan idea dan cadangan program sambutan amat dialu-alukan. Anda boleh memancarkan cadangan anda di 144.990MHz - Vee99- Channel kesayangan kami.

p/s. Jangan marahhh....

Wednesday 21 November 2007

Miliki Radio Tanpa AA adalah satu kesalahan - betul ke?

Bertitik tolak daripada perkara diatas dan penguatkuasaan yang agak ketara sejak kebelakangan ini, rakan-rakan VEE99 telah mengambil jalan yang dirasakan berpatutan demi menghormati undang-undang negara. Dengan itu, perbincangan dengan pihak PRADAS membuahkan hasil apabila mereka membenarkan kami menjadi ahli Persatuan mereka secara besar-besaran. Dengan itu diperuntukkan 'callsign' untuk AA yang akan diperolehi kelak. Berikut adalah senarai yang telah menempah callsign di majlis eyeball semalam:
1. PR5AA - dimiliki
2. PR5AB - dimiliki
3. PR5AC - dimiliki
4. PR5AD - dimiliki

5. PR5AE - kosong
6. PR5AF - kosong
7. PR5AG- dimiliki
8. PR5AH - dimiliki
9. PR5AI - dimiliki
10. PR5AJ - dimiliki

11. PR5AK - kosong
12. PR5AL - kosong
13. PR5AM - dimiliki
14. PR5AN - dimiliki
15. PR5AO - kosong
16. PR5AP - dimiliki
17. PR5AQ - dimiliki
18. PR5AR - dimiliki
19. PR5AS - dimiliki
20. PR5AT - kosong
21. PR5AU - kosong
22. PR5AV -kosong
23. PR5AW- kosong
24. PR5AX - kosong
25. PR5AY - dimiliki
26. PR5AZ - kosong

Ada beberapa AA 'kosong' bagi mereka yang berminat. Kalau tak minat, kena rampas radio, kena kompoun, kena penjara.... tanggung sendiri... hehehe

Monday 19 November 2007

Mega Eyeball Rakan Radio Perak - 21/11/2007 Ipoh



Tarikh: 21/11/2007
Masa : 9.30 malam
Lokasi : Restoran Daniel Fadzley - depan TESCO Ipoh
Perbincangan berkisar kepada:
1. RAE di Merbok - Nak sewa bas atau sendiri-sendiri - nampaknya kena sendiri-sendiri supaya boleh QSO dalam perjalanan. Diminta makan tengahari dulu dimana-mana sebelum ke tempat peperiksaan
2. Kemeja Rasmi Vee99 - Nak sukat saiz dada - Dah nak mula tempah.. jgn lupa bawak RM - Sesiapa yang nak menempah, sila bagi RM pada 9W2DFA. Jangan tangguh sebab kita akan mula hantar tempahan ke pembekal
3. Penubuhan Kelab - mohon pendapat rakan-2 sebelum diteruskan - tubuh Kelab sahaja, senang urus dan tak banyak protokol yang perlu diadakan
4. Konvoi Muhibbah Melaka - dibincang lagi selepas RAE nanti. Ramai yang tak boleh berfikir lagi sebab tenson nak ujian
5. Hari keluarga VEE99 - ditangguhkan kesatu tarikh kelak - nak tumpu pada sambutan rakan2 dari Pantai Timur
6. Pemilikan peralatan komunikasi - Demi mematuhi undang-undang negara, rakan SWAL yang mempunyai radio digalakkan mempunyai AA supaya tidak menghadapi masaalah tindakan undang-undang dengan pihak berkuasa. Cara termudah adalah menggunakan jalur komersial.


Mintak kekawan hadirlah diri awal supaya tak terlepas nak bagi idea, nak sukat baju dan sebagainya. Jangan lah kekawan dah nak balik baru nak sampai.... hehehehe.........



Sebarang informasi terkini mengenai eyeball ini boleh dipantau di Frekuensi 144.990MHz. Rakan2 boleh jugak mengwar-warkan kepada rakan2 lain yang tak dapat membaca posting ni ..(kat rumah tak der xs internet)

p/s Mesyuarat tamat pada 12.30malam. Seramai 30 stesen telah menghadiri majlis ini. Terima kasih atas sokongan anda dan memberikan saya kekuatan untuk meneruskan usaha melahirkan rakan-rakan radio yang baru serta memantapkan lagi hubungan erat rakan-rakan yang sedia ada.

-9W2HMI/SC5XLI

Sunday 18 November 2007

Eyeball bersama rakan seberang YF5NZ






Kebetulan rakan-rakan berada di sesi kelas RAE dan dapat menanti serta berjumpa beliau disana. Orangnya agak peramah dan kelakar. Meskipun kedatangannya hanya diketahui secara mengejut, kami sempat juga berkenalan dengan beliau. Dimalam itu ramai jugak yang enjadi 'MCMC swasta' (termasuk aku) kerana ingin melihat dengan lebih dekat AA untuk Indonesia.
Terimakasih Pak Boy kerana sudi menjejakan kaki di Kota Ipoh.
p/s Terkejut jugak bila dia memanggil rakan2 difrekuensi dengan panggilan 'abang'. Hehehe... Maybe dia perasan bahawa dilokalan Ipoh, rakan2 sudah banyak tidak menggunakan panggilan 'pak' kot?

Thursday 15 November 2007

Penubuhan Kelab Komunikasi Amal Vee99 ? Perlu /Tidak ?

Assalamualaikom,
Saya terpanggil untuk menulis lagi pada pagi ini berkenaan dengan topik diatas. Kita semua tahu perkembangan kumpulan ini telah agak besar dari yang dijangkakan. Jadi rasanya kita perlu bergerak setapak lagi untuk memanjangkan jangkauan kita ini.
Penubuhan persatuan atau kelab mungkin dianggap agak sukar memandangkan kita akan terpaksa melaporkan semua aktiviti kelab kepada kerajaan. Tetapi rasanya adalah tidak sukar berbanding dengan risiko yang mungkin kita hadapi sekarang iaitu berkumpul beramai-ramai disesuatu lokasi.
Adalah tidak wajar membebankan kelab atau persatuan lain diatas aktiviti kita kerana sebarang risiko terpaksa ditanggung oleh pemilik kelab/persatuan tersebut.
Disini saya ingin mengajak rakan-rakan untuk berfikir secara rasional apakah kita perlu menubuhkan satu kelab yang ditadbirkan oleh kita sendiri dalam masa terdekat ini?
Jika YA, saya memerlukan 7 rakan yang sudi untuk bersama saya membantu menjadikan KELAB kita satu realiti.
Disini saya ada sedikit info yang diperolehi:-
Bagaimana Menubuhkan Pertubuhan ?
Suatu mesyuarat penubuhan hendaklah diadakan untuk menubuhkan pertubuhan yang dihadiri tidak kurang daripada 7 orang dan nama-nama mereka hendaklah dicatitkan dalam minit mesyuarat.

Mesyuarat penubuhan hendaklah meluluskan resolusi-resolusi seperti berikut:
bersetuju tentang penubuhan pertubuhan.
-Meluluskan nama pertubuhan.
-Meluluskan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan.
-Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja untuk mengendalikan pendaftaran pertubuhan.
-Meluluskan perlembagaan dan aturan-aturan pertubuhan yang akan didaftarkan.
-Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (minit mesyuarat) pertubuhan termasuk resolusi-resolusi yang disebutkan di atas.

Wednesday 14 November 2007

Sambutan Konvoi Astra dari Pantai Timur

Agak keliru dan tidak dapat memahami susunatur program ini disebabkan informasi yang diterima tidak begitu jelas. Apa yang difahami dari perbualan telefon dengan 9W2WCL adalah seperti berikut:

7/12/2007
5 - 6 petang - Sampai di Simpang Pulai- urusan VEE99
7.00 mlm - Makan Malam (Ulu Kinta/D'Polo/786) - urusan VEE99
8.30 mlm - Bergerak ke kediaman Pusat Sumber Ipoh - urusan ??
10.30 mlm - Eyeball di kedai 9W2RBB - urusan 9W2OCD + ????

8/12/2007
7.00 pagi - Sarapan - urusan ??
9.00 pagi - Ke Lost World- urusan ??
1.30 petang - Menuju ke Tg Piandang - urusan ???

Menurut informasi segala tentatif jadual telah di panjangkan ke 9W2OCD. Dan apa yang boleh kita lakukan adalah menanti keputusan beliau.
Saya mungkin tiada dilokalan dari 17/11 sehingga 27/11 dan mungin bersama rakan2 semula di RAE Merbok nanti.
Jadi harapan saya sambutan kali ini dapat berjalan dengan baik.

-9W2HMI

Friday 9 November 2007

PEPERIKSAAN RAE 2007- 2

BERITA TERKINI:

TARIKH 28/11/2007 RABU 2.00 petang

TEMPAT: DEWAN MINI UTM MERBOK SG. PETANI KEDAH.

Diharap rakan-rakan yang berkenaan sila ambil perhatian.

T-Shirt kerja vee99


Design baju untuk grup kerja vee99. Kalau boleh dapat komen membina ; amat dialu-alukan.

Monday 5 November 2007

Check Net Bahasa Inggeris 5/11/2007

Satu rekod baru di Ipoh malahan mungkin di Malaysia, rakan-rakan Vee99 berjaya menjalankan check net dalam bahasa Inggeris sewaktu check net mingguan dijalankan. Meski pun tidak ramai yang fasih berbahasa mat saleh tersebut, cubaan mereka berkomunikasi amat membanggakan apatah lagi mendapat sokongan rakan-rakan lain. Tanpa segan silu, cubaan ini berjaya mendapat 24 stesen meskipun ketika waktu yang sama kelas RAE sedang dijalankan.
Saya selaku rakan HAM amat berbangga kerana rakan-rakan amat 'sporting' dan sanggup mencuba semua aktiviti yang tidak bercanggah dari landasan SOP ini. Mana tahu, perkara yang sama boleh diperkenalkan di jaluran panjang persatuan besar yang lain, sebagai satu pembaharuan dalam aktiviti radio amatur ini.
Kita mungkin akan menjalankan satu lagi net dimana net controllernya adalah seorang wanita. Anda nantikan kemunculannya.

p/s. Gambar tu adalah apa yang aku bayangkan wajah aku sewaktu bercakap gomen pada malam tadi.... hehehe

Thursday 1 November 2007

Eyeball 1/11/2007 Larut Malam

Satu sesi eyeball akan diadakan pada 1/11/2007 di restoran Larut malam Simpang pulai. Selain aktiviti bertukar pendapat, bertukar khabar, ada juga aktiviti perbincangan mengenai Hari Keluarga yang dirancangkan pada bulan 12 ini nanti. Selain dari itu satu bacaan doa selamat akan diadakan sempena kepergian saudara JOn kita SWAL OCC ke IJN untuk menjalani rawatan disana.
Sama-samalah kita beramai-ramai, tidak kira bangsa dan ugama untuk hadir demi memeriahkan lagi perjumpaan kita ini. Kita tidak menyekat kehadiran kepada Vee99 sahaja tetapi dibuka kepada semua warga RA yang mampu untuk mencapai lokasi eyeball itu nanti.

Tuesday 30 October 2007

Check Net Morse Code???? Bior Betul

Apa itu Morse code? Seperti yang kita maklum, kod bunyi pendek panjang ini mengganti konsonan abjad roman kita. Satu cabaran yang amat getir, dimana kita terpaksa menukar bunyi menjadi huruf dan seterusnya perkataan demi perkataan.
Vee99 sekali lagi mendahului rakan-rakan lain dalam merealisasikan aktiviti yang amat mencabar ini. Walaupun bukan satu kelas yang formal, tetapi menjadikan satu eyeball kepada sesi berlatih morse code ini.

Kita tahu tarikh ujian masih lagi jauh tetapi demi merasakan aktiviti eyeball ini patut diselang selikan dengan aktiviti yang memberi manafaat juga menambah ilmu kepada rakan-rakan Radio Amatur. 9W2AFR telah bersetuju untuk membekalkan bahan pembelajaran dan mungkin satu sesi checknet denag morse code akan diadakan di Vee99 selepas itu. Kepada semua rakan yang memantau, termasuk yang bukan VEE99 juga rakan yang tidak mengiktiraf kami, apakan daya kami kerana bukan soal tunjuk pandai yang kami ketengahkan tetapi satu aktiviti yang sihat patut di laksanakan dalam memantapkan RA di Malaysia ini.

Walau apa pun kami tetap akan melaksanakan aktiviti yang kami rasa tidak melanggar undang-undang negara, Kepada yang tersentuh hati.... tepuk radio tanya antena ... kemanakah pancaran patut di sasarkan...

-9W2HMI/SC5XLI/SIAKAP

Sunday 28 October 2007

Vee99 - Konvoi Pasir Salak

Sekali lagi kejayaan telah ditempah dalam merealisasikan aktiviti riadah berkumpulan dikalangan rakan-rakan radio amatur Negeri Perak. Meski pun sambutan yang di terima sederhana tetapi cabaran tetap di sahut oleh rakan-rakan HAM beserta yang bukan HAM.


Perjalanan bermotosikal bukanlah satu aktiviti yang mudah memandangkan kebanyakan rakan-rakan berusia yang sudah 'senja' ini. Kebetulan cukai jalan kuda besi saya telah tamat tempoh jadi terpaksa lah saya hanya menjadi pengiring untuk konvoi ini.


Dalam memupuk semangat muhibbah, ada rakan yang berlainan bangsa juga hadir untuk memeriahkan aktiviti ini. VEE99 Ipoh Team Biker akan meneruskan aktiviti selanjutnya ke Kuala Sepetang Taiping tidak lama lagi. Nantikan iformasinya di blog ini.
Gambar2 sekitar aktiviti konvoi sempat dirakamkan dalam mengabadikannya di laman blog ini

Friday 26 October 2007

Kelas RAE2007-2 Ipoh

Kelas RAE dikawasan ipoh telah pun melabuhkan sayapnya pada 22/10/2007. Sambutan yang amat menggalakkan dikalangan SWAL begitu terasa kerana setiap ruang dipenuhi dengan rakan-rakan baru yang mempunyai hobi yang sama. Dalam pada itu, rakan-rakan yang telah berlesen juga memberikan sokongan moral demi memastikan semangat rakan-rakan baru ini akan bertambah.



Seperti tahun sebelumnya, otai kita 9W2SLJ mengambil teraju utama mengendalikan kelas ini. Juga akan diikuti oleh rakan-rakan lain yang menanti giliran untuk mengendali serta memberi sumbangan pengetahuan kepada rakan baru untuk berjuang mendapat lesen tidak lama lagi.

Konvoi kudabesi ke Pasir Salak


Buat julung kalinya, Ipohteam akan mengadakan satu konvoi bermotorsikal kuasa kecil dan sederhana ke Pasir Salak. Free ride ini bertujuan untuk suka-suka sahaja sambil menambah aktiviti VEE99 untuk tahun ini. Memandangkan kesemua ahli tiada kuda besi kuasa besar, kapchai, scooter dan motor zaman 80an menjadi sasaran tunggangan pada kali ini.
Berikut adalah agenda perjalanan.
Tarikh 28/10/2007 (Ahad)
8.00pg - Breakfast di deSalim corner Batu Gajah Perdana
9.00pg- merangkak ke Pasir Salak. Lalu Bota, Kg Gajah, dsbnya.
12.00tgh- Makan tengahari - ikut mana kedai ada buka
1.00 petang - Ziarah mana patut di Pasir salak dan ramah mesra dengan sesiapa yang jumpa
3.00ptg - merangkak balik
5.00ptg - Sampai rumah

Monday 22 October 2007

Beraya bersama anak-2 yatim dan ulang tahun pertama Vee99

Alhamdulillah, selesai sudah majlis yang memang kita nantikan selama ini. Sambutan hariraya dan ulangtahun pertama Vee99 diadakan di Rumah anak-anak yatim Darul Iman, Kg Manjoi, Ipoh. Banyak rakan hadir dimajlis tersebut dengan dimulakan upacara membakar lemang dan memasak dodol secara terus disana. Kelihatan kegembiraan anak2 tersebut yang mungkin tidak pernah melihat dodol atau lemang di masak sepanjang hidup mereka.
Keinsafan terpancar di ruang mata rakan2 dikala anak2 tersebut dijamukan dengan masakan yang disediakan. Terasa makanan tersebut amat bernilai bagi mereka, sedangkan kita dirumah membazirkan makanan tersebut.

Hujan yang tidak berhenti-henti turun menyejuk bumi tidak sesekali mengurangkan semangat rakan-rakan untuk meneruskan upacara memotong kek sempena ulangtahun pertama skuad VEE99 ini.





Jamuan diakhiri dengan bergambar beramai2 bersama anak anak yatim tersebut

p/s gambar lain akan di upload tidak lama lagi.

Wednesday 17 October 2007

9W2YOP di konti Perak FM

Satu dedikasi baru dimana rakan2 boleh menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya melalui amatur radio ke komersial. Proses masih dalam percubaan memandangkan ini adalah kali pertama seorang DJ radio kerajaan, cuba menerapkan hobi ini dengan mengkeudarakan ucapan dari rakan-rakan radio amatur lain.