SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...
Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Sunday, 20 September 2009

Program Santai IKRAP- Kuala Woh


Program IKRAP seterusnya adalah bersantai bersama keluarga di Kuala Woh disamping merapatkan lagi tali silatulrahim dikalangan warga kerja sambil membincangkan projek-projek yang dapat meningkatkan pendapatan sendiri. 

Mengenali Kuala Woh: Terletak 13 km dari Pekan Tapah, Hutan Rekreasi Kuala Woh mudah dikunjungi.Bagi sesiapa yang gemar menikmati keindahan flora dan fauna hutan tropika ia merupakan salah satu pilihan utama. Hutan Rekreasi ini menyediakan denai-denai penerokaan hutan yang lengkap, menawarkan perjalanan dan pengembaraan hutan yang menarik, ditambah pula dengan keseronokan untuk melihat kupu-kupu spesis "Rajah Brooks" di dalam habitat semulajadi mereka. Hutan Rekreasi Kuala Woh juga menyediakan kawasan perkelahan kolam air panas semulajadi di Lubok Merbau.
Selain itu, jambatan gantung sepanjang 30 meter yang merentasi Sungai Batang Padang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik daripada bahagian atas jambatan menjadi satu daya penarik yang unik bagi hutan rekreasi ini.

Kepada yang berminat untuk turut serta, diharap dapat mengikuti perkembangan aturcara program di blog ini.

Photobucket

Wednesday, 16 September 2009

Audit lokasi Majlis berbuka puasa.


Petang tadi sempat jugak buat audit bertujuan untuk memastikan perjalanan majlis berbuka nanti berjalan lancar. Hasil pemerhatian dan risik-risik, didapati ruang buffet adalah di tingkat 6 hotel tersebut. Berikut adalah cadangan program:

6.30ptg - berkumpul di lobby (Tingkat bawah)

6.45ptg - Breifing tentang produk IKRAP

7.00mlm- bergerak ke Cafe - Tingkat 6

7.17 mlm - Berbuka puasa

7.30 mlm - Solat (masa sendiri)

7.45 mlm - Menghabiskan juadah2 yang bermacam2 tu.

8.30 mlm - Bersurai (untuk Tarawikh)

Jadual adalah tentatif sahaja. Perubahan adalah mengikut keadaan semasa nanti

Monday, 10 March 2008

ADVANCE TECHNICAL WORKSHOP FOR AMATEUR RADIO

PROGRAM TERPAKSA DI TANGGUHKAN DISEBABKAN ADA PERKARA YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN

MAAF ATAS SEGALA KESULITAN



ADVANCE TECHNICAL WORKSHOP FOR AMATEUR RADIO

Tarikh : 16/03/2008 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Blok 23, Universiti Teknologi PETRONAS

Anjuran
Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS)
Dengan kerjasama K/tangan UTP

RM10.00 Bayaran Makanan / Nota Workshop
Untuk Ahli PARTS/Kelab Komunikasi Amal VEE99/Student UTP

## RM10.00
Untuk Peralatan/Projek PCB Mose Code Pratice

Keterangan lanjut sila hubungi :-
9W2SBD – Sallehan Din
016-505 2354
9w2sbd@parts.org.my
Repeater : 9M4RIP 146.940 -0.600 203.5
Simplex : 144.990MHz

TEMPAT ADALAH TERHAD
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 14/03/2008 ( Jumaat )


Tentative Program

10.00am Pendaftaran
10.15am Introduction to Equipment
11.00am Handling SWR Meter @ Mobile
1.00pm Makan Tengahari
2.00pm PCB Lab Design – Computer Base Training CBT
4.00pm Projek PCB Mose Code Pratice
5.00pm Bersurai