SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Wednesday 30 January 2008

Keputusan Peperiksaan RAE 2007 -2

Kepada semua rakan-rakan. Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan RAE yang lepas di link ini.

http://www.mcmc.gov.my/Admin/WhatIsNew/61155338RAE2007_2.pdf


atau anda boleh download fail tersebut di link berikut:

http://www.fileup123.com/xquyhbyjfl.html


Kepada yang lulus - TAHNIAH !!
Kepada yang gagal - CUBA LAGI !!

Monday 21 January 2008

Konvoi ke Melaka - T-shirt aktiviti

T-Shirt Konvoi akan diedar tidak lama lagi. Pesanan dibuka sekarang
Warna: Kuning air, tanpa kolar
Logo diatas akan berada dihadapan t-shirt
Berikut adalah harga yang dicadangkan.
Peserta Konvoi: RM10 sehelai
Bukan Peserta: RM 25 sehelai.
Sila buat bayaran (9W2DFA) dan nyatakan saiz/kuantiti baju yang di kehendaki.

Friday 18 January 2008

Kelas CW anjuran Vee99.


Kelas telah bermula mulai semalam 18/1/2008. Dan mungkin akan berterusan sehingga permulaan exam nanti. Kelas belajar bersama tanpa cikgu ini adalah julung-julung kalinya dijalankan di lokalan ini, menggunakan teknik belajar yang di cadangkan oleh 9W2AFR. Diharap akan dapat melahirkan lagi para 9M2 di Malaysia ini.

Friday 11 January 2008

Anda Prihatin? Dimanakah Sharlinie?

Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita tergempar yang mungkin tidak mahu kita dengar lagi. Kes aruah Nurin yang terdahulu masih terngiang di fikiran kita dan kini meyusul pula kes ini. Bagi rakan-rakan yang prihatin, sila klik pada gambar disebelah dan printkan seberapa banyak yang boleh, dan edarkanlah dimana-mana tempat yang anda fikir sesuai.
Itu saja yang termampu kita lakukan kerana kita tidak mahu trajedi yang sama menimpa adik yang malang ini.
Dengan ini satu sesi eyeball akan diadalan seperti berikut:
Tarikh/Masa : 12/01/2008 - 9.00 malam
Lokasi : Restoran Daniel Fadzley (Depan TESCO Ipoh)
Agenda : Pemberian Poster kepada pemandu di Lorong Tol Ipoh Selatan.
Kehadiran anda adalah dialu-alukan.

Friday 4 January 2008

Kutipan bulanan ahli kelab VEE99. RM5 ?

Merujuk kepada undian yang telah dijalankan, saya dapati majoriti yang menyokong bahawa RM2-5 adalah tidak menjadi bebanan bagi ahli-ahli. Disini satu perkiraan mudah jika terdapat 50 ahli berdaftar yang tetap membayar yuran ini selama setahun.

RM5 x 12 bulan = RM60
RM60 x 50 ahli = Rm3000.00

Jadi secara tak langsung kita boleh mengadakan aktiviti amal pada setiap hujung tahun tanpa perlu mengada mesyuarat tergempar memohon derma ikhlas.

Jadi, ini adalah pendapat individu saya sahaja, segalanya bergantung kepada ahli-ahli sekalian. Bagi saya kepada mereka yang telah membayar RM10 cuma perlu membayar RM4.20 sahaja setiap bulan.

Sila bincang di e-qso untuk mengenalpasti sebarang idea opsyenal.

9W2HMI