SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Tuesday 31 March 2009

Eyeball 31/3/2009 - Teraju Baru


Alhamdulillah, eyeball ini telah berjaya dijalankan dan banyak perkara-perkara telah diperbincangkan.
- Konvoi bermotorsikal 5/4/2009 ke Cameron - akan dijalankan mengikut jadual. Semua dijemput hadir
-Pameran radio di Karnival Kolej Professional MARA 18 &19 April. Paintball akan di tawarkan diskaun kepada ahli VEE99.
- Kepentingan & keistimewaan menjadi ahli dengan membayar yuran.
- Perlantikan YDP baru. Tahniah kepada 9W2MVA dan timbalannya 9W2DRH. Senarai AJK akan dumumkan oleh YDP baru tidak lama lagi.
- Pendaftaran syarikat atas nama lain juga akan membolehkan kelab mencari wang dari segi jualan atau perkhidmatan.
- Hari Keluarga & Konvoi akan di adakan sebelum hujung tahun ini.

Sunday 29 March 2009

Eyeball Perdana VEE99 - 31/03/09 Selasa



Satu sesi eyeball akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 31/03/2009 Selasa

Masa : 10.00 malam

Tempat: Restoran Tomyam (depan Balai Bomba Pangkalan)

Kehadiran : Semua dijemput hadir

Agenda:

1. Membantu mengisi borang RAE untuk SWAL.

2. Perbincangan Program Konvoi bermotorsikal ke Cameron Highland

3. Membincangkan Hal2 VEE99 yang baru dan berbangkit

Semoga kehadiran anda akan meyerikan majis.

p/s Foto kenangan eyeball 22/2/2007 dahulu ditempat yang sama.

Saturday 28 March 2009

RAE2009 (24 Jun 2009)- Borang permohonan dah keluar


Kepada yang mahu mengambil peperiksaan tersebut sila download borang pepriksaan di SINI.

Jangan berlengah lagi..

Konvoi Bermotorsikal ke Cameron Highland 5/4/09


Tentatif program adalah seperti berikut:

Tarikh 5/4/2009 Ahad

9.30pg - Berkumpul di Kedai Mamak Karisma Spg Pulai
10.00pg- Bergerak memanjat Cameron Highland
11.00 pg - Rehat/perasap di Kedai Sayur Kg Raja
11.30 pg - Bergerak semula
12.00 tghari - Pekena teh di Bharat Tea House
1.00 tghari - Bergerak & berkumpul di Medan Selera Brincang (Depan Shell)
1.30 tghari - Makan tengahari/rehat/solat
2.30 ptg - Bergerak ke Tanah Rata/Strawberry park/dan lain-lain
3.00 ptg - Shopping/bergambar (masa sendiri)
5.00 ptg - Berkumpul di stesen Bas Tanah Rata
5.15 ptg - bergerak turun ke Simpang Pulai
6.30 ptg - Sampai di simpang pulai
6.45 ptg - Bersurai

Ini adalah tentatif program sahaja. Sebarang tambahan/pembetulan amat dialu-alukan.
Semoga perjalanan kali ini berjalan lancar.

Persediaan Awal:
1. Baju Hujan
2. Baju tebal
3. Tiub tayar motor
4. Penampal tayar (utk tubeless)
5. Pam & peralatan utk repair
6. Tali untuk tarik motor
7. Duit minyak/makan.(hehehehe...)

Friday 27 March 2009

Meeting PARTS - Kewajipan anda sebagai AHLI


PADA : 29 - 03 - 2009 (Ahad)

WAKTU: 09.00 pagi

TEMPAT : Wakaf PARTS. Kuaters JKR No: 561-562, Jalan Slibin, Ipoh.

p.s. jangan Lupa Bawa Laporan AGM yang telah diposkan tengoh hari..

Thursday 26 March 2009

Eyeball Perdana Astra.27/03/2009 9.00 mlm (Parit Buntar)





Semalam sempat QSO dengan 9W2IBS tentang majlis ni. Tarikh: 27/03/2009 jam 9.00malam (esoknya ada AGM). Lokasi di Dataran 10 Simpang 3 Parit Buntar, di Rumah 9M2RR dimana disitu letaknya linking untuk repeater larut dan sebagainya.
Semua ahli & keluarga serta yang bukan ahli juga dijemput hadir. Makan adalah percuma, senarai dibawah ni adalah menu makanan dalam bahasa BAnjar (aku pun tak reti)
_________________

QST : Semua Ahli ASTRA

Menu utama malam eyeball perdana di lokalan Kerian.

Kerang rebus / kerang bebanam cicah kuah kacang
Ikan keli bebanam + cicah air asam / sos cili
Tapai pulut
Nasi lemak daun pisang Jula Juli
Mi/bihun/kotiau goreng atas pikap
Menu rahsia...... import dari Kuale Kangso.

Monday 23 March 2009

MCMC datang


Pagi ini saya dikejutkan oleh kehadiran MCMC yang ingin berjumpa saya. Pihak sekuriti menghubungi saya melalui walkie talkie mengkehendaki saya turun dengan segera untuk urusan selanjutnya.
Setelah sesi suai kenal dan saya difahami bahawa tujuan mereka adalah untuk mencari sumber frekensi yang dikatakan mencemari diruang udara sekitar sini.
Setelah persetujuan dicapai dari pihak majikan, peralatan telah dipasang dan mereka memulakan ujian demi ujian. Satu persatu frekuensi dicari dan di semak.


Memerhatikan peralatan yang agak canggih (dengar cerita dekat RM100,000) mereka mampu untuk merakam semua jenis frekuensi yang ada dalam jarak yang agak jauh juga.
Sempat juga pegawai terbabit memberi sedikit keterangan tentang bahaya-bahaya frekuensi juga julat tahap maksimanya..

Fuhhhhh...... terkedu jugak aku.... tapi apakan daya... satu pengalaman praktikal yang tidak dapat dibeli dgn wang ringgit....

Thursday 19 March 2009

Meeting & Meeting - Tunaikan kewajipan anda sebagai ahli..


Astra - Sabtu 28/03/2009 - Ada makan malam pada malam sebelum tu di rumah 9M2RR. Untuk keterangan lanjut boleh kelaman web http://www.astra.org.my/



PARTS - Ahad 29/03/2009 - Kali pertama dibuat diwakaf sendiri. Anda boleh layari http://www.parts.org.my/ untuk info lebih lanjut.








p/s Tunaikan tanggungjawab anda sebagai ahli.....

Wednesday 18 March 2009

Vee99 - Salah satu Blog Popular ?


Hmm... entah lah... tapi bila check tengok memanjangnya ada artikel dari blog ini menjadi top 10 dalam list.
Apa-apa pun terimakasih kepada semua pengunjung laman blog ini. Tanpa anda siapa lah kami.

E-QSO -----> E-Chat (Real time online chat)



Bersembang dalam talian pada masa sebenar memang amat menyeronokkan dan segala pertanyaan boleh dijawab dengan segera. JAdi saya telah menambah baikkan ruangan E-QSO dari menghantar mesej sahaja (seperti SMS) kepada sistem berkomunikasi dua hala (seperti radio).
Oleh itu kiranya dapat anda semua yang mempunyai blog sendiri boleh menambah ruangan ini di blog anda supaya kita boleh berkomunikasi walau dimana juga blog yang anda lawati.

Anda juga boleh linkkan chat box ini dengan click & paste HTML kod dilaman web anda bila anda klik pada 'Copy this' di bahagian bawah chatbox ini.

Monday 16 March 2009

Stiker baru VEE99 - Wajah baru


Khas untuk mereka yang memperbaharui keahlian dan masih setia bersama VEE99.
Stiker pengenalan ini adalah untuk cermin kereta (dah tak lekat kat body) ataupun kat motor.
Harap dapat beri komen membina sebelum proses pembikinan bermula

Sunday 15 March 2009

Free Ride Cameron Highland - 5/4/2009


Jentera Cadangan;
1. Kapchai
2. Skuter
3. Antik/vintage

Tentatif program adalah seperti berikut:
Tarikh 5/4/2009 Ahad
9.30pg - Berkumpul di Kedai Mamak Karisma Spg Pulai
10.00pg- Bergerak memanjat Cameron Highland
11.00 pg - Rehat/perasap di Kedai Sayur Kg Raja
11.30 pg - Bergerak semula
12.00 tghari - Pekena teh di Bharat Tea House
1.00 tghari - Bergerak & berkumpul di Medan Selera Brincang (Depan Shell)
1.30 tghari - Makan tengahari/rehat/solat
2.30 ptg - Bergerak ke Tanah Rata/Strawberry park/dan lain-lain
3.00 ptg - Shopping/bergambar (masa sendiri)
5.00 ptg - Berkumpul di stesen Bas Tanah Rata
5.15 ptg - bergerak turun ke Simpang Pulai
6.30 ptg - Sampai di simpang pulai
6.45 ptg - Bersurai

Ini adalah tentatif program sahaja. Sebarang tambahan/pembetulan amat dialu-alukan.
Semoga perjalanan kali ini berjalan lancar.
Persediaan Awal:
1. Baju Hujan
2. Baju tebal
3. Tiub tayar motor
4. Penampal tayar (utk tubeless)
5. Pam & peralatan utk repair
6. Tali untuk tarik motor
7. Duit minyak/makan.(hehehehe...)

Thursday 12 March 2009

Pertandingan Paintball Terbuka berpasukan 11& 12/4/2009 - Bermain sambil berbakti

Lima Sembilan Paintball ingin mengajak anda semua untuk sama-sama menjayakan pertandingan paintball yang akan diadakan di Kolej Professional Mara Seri Iskandar bulan April ini. Inilah peluang untuk anda mencuba sukan aksi lasak ini yang julung-julung kalinya di buat di kawasan ini.
Pihak Lima Sembilan juga akan menyumbangkan sebahagian dari keuntungan ke Rumah Anak2 Yatim yang akan ditetapkan nanti.

Syarat2 pertandingan;
1. Empat (4) sepasukan (1-gantian) (beginners only)
2. Lelaki/Wanita - Umur 18 tahun keatas
3. Fikiran waras & Sihat tubuh badan
4. Kerjasama berkumpulan.
5. Bayaran RM160/pasukan (RM40/pax)
Anda akan dibekal;
1. Satu set peralatan menembak
2. Peralatan perlindungan diri
3. Peluru sebanyak 100 biji


Lain-lain
1. Pertandingan adalah secara round robin / kalah mati bergantung kepada jumlah pasukan
2. Peluru in-house sahaja dibenarkan. Belian tambahan RM20/100biji boleh didapati di meja urusetia.
3. Keputusan Marshall/Warsit adalah muktamad. Tiada bantahan boleh dibuat.
4. Pihak syarikat akan memastikan permainan ini ditahap selamat. Sebarang kecederaan adalah dibawah tanggungjawab sendiri.
5. Syarat-syarat lain yang akan di terangkan semasa perlawanan, patut dipatuhi.
Jika anda berminat, buat satu pasukan dan daftarkan diri bersama yuran kemasukan kepada saya dengan segera.
Borang penyertaan akan dibekalkan nanti...

Pandangan Rakan

Maaf kepada Cikgu Nik kerana saya terpaksa delete chatting room anda disini kerana ia mengambil masa yang lama untuk download... Chatroom anda telah berpindah di laman FORUM - 9W2HMI

Tuesday 10 March 2009

Lirik Nasyid di Asrama Darussalam tempohari

Diberi oleh 9W2MEF kepada saya kerana nasyid yang dilagukan mendayu2 oleh anak-anak yatim terbuat membuatkan ramai dari pengunjung terdiam menahan sebak dan ada yang tidak dapat menahan airmatanya dari mengalir.


dipondok kecil
di pantai ombak
berbuih putih
beralun-alun

disuatu hari
ayah berkata
jaga adik mu
ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah
dahinya ku cium
air mata mengalir
hatiku pilu

diam-diamlah sayang
jangan menangis
doakan ayah
semoga diterima
diam adik ku sayang
jangan menangis
andai ayah gugur
doakan dia syahid

selamat berjuangan
ayah tercinta
kau pergi dulu ayah
ke medan juang
ku iringi doa
moga berjaya
beroleh kemenangan
demi agama Islam

wahai abang ku
kemana ayah
ku sayang ayah
ku cinta ayah

duhai adik ku sayang
jangan bersedih
ayah mu pergi
menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku
pesanan ayah
berjuangan dan berkorban
walau dimana jua

pada Mu Tuhan
aku bermohon
dosa ayah ku
minta diampunkan
berilah rahmat
bantulah dia
untuk menegakkan
agama Islam

Monday 9 March 2009

VEE99 @ Media - Sinar Harian

Liputan khas yang diberi oleh Sinar Harian terpampang diakhbar tersebut hari ini.
Terimakasih paparan tersebut.

Pembetulan sedikit ;
No telefon & No Akaun yang tertera adalah milik En Musa, penjaga asrama. Bukan no fon En. Hazli. Harap Maklum

Asrama Darussalam - Satu Kenangan Manis


Alhamdulillah, segalanya telah selesai.
Sila klik sini untuk laporan lanjut












Bergambar beramai-ramai bersama para tetamu dan penghuni rumah anak-anak yatim Darussalam

Friday 6 March 2009

Vee99 - Satu pembaharuan lagi

Saya telah menyediakan satu ruangan Forum khas untuk rakan-rakan menyumbangkan idea, berita, promosi, luahan rasa, Soalan Lazim, siarraya dan sebagainya
Selepas ini laman blog ini akan hanya menyiarkan berita2 yang penting sahaja sebagai laluan untuk ke Forum.
Selamat mendaftar (PERCUMA). Sila Klik dibawah ini:-

Asrama Darussalam


Mungkin ramai yang tidak tahu dimana lokasi tempat ini dan mungkin ramai yang akan tahu bahawa pada hari Ahad ini rakan2 VEE99 akan menganjurkan majlis meraikan anak-anak yatim di tempat ini.
Jadi jangan lupa untuk kesana Ahad ini bermula jam 8.00 malam.
Jumpa anda disanaaaaaaaaa.....

Wednesday 4 March 2009

Jemputan ke Majlis Meraikan Anak2 Yatim Simpang Pulai


Pihak jawatankuasa kerja VEE99 ingin menjemput kesemua rakan-rakan radio amatuer untuk sama-sama meraikan anak-anak yatim tersebut.
Semua persiapan telah diatur di Majlis Eyeball malam tadi dan hanya menanti masanya sahaja untuk dilaksanakan.
Jangan gundah gulana kerana makanan akan disediakan secara buffet dimalam tersebut nanti.
Aktiviti akan bermula jam 8.00malam 8/3/2009 ini. Harap boleh pantau difrekuensi 144.990MHz untuk tunjukarah nanti....

Sunday 1 March 2009

Alternatif untuk berpersatuan - ASTRA Jalur Lebar

Kepada mereka yang masih tercari-cari untuk menjadi ahli persatuan Radio Amatur, ini adalah salah satu tempat dimana suara anda boleh berkumandang di serata ceruk bumi Malaysia ini. Tepuk dada tanya selera..



Syarat Menjadi Ahli
Berumur 18 tahun ke atas
Warganegara Malaysia [lelaki dan perempuan]
Orang Melayu atau Warganegara Malaysia yang beragama Islam

Jenis Keahlian, Bayaran Masuk dan Yuran Tahunan

Ahli Biasa [Pemancar]
Memiliki Lesen
Bayaran masuk RM 20.00
Yuran tahunan RM 30.00
Ahli Biasa Seumur Hidup [Pemancar]
Memiliki Lesen
Bayaran masuk RM 20.00
Yuran seumur hidup RM 250.00
Ahli Bersekutu [SWL]
Tiada Lesen
Bayaran masuk RM 20.00
Yuran tahunan RM 15.00
Borang keahlian boleh dimuaturun disini
p/s Ini adalah cadangan sahaja. Bukan promosi atau seangkatan dengannya. Harap maklum