SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...
Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Thursday, 3 September 2009

Q&A tentang RON95. Untuk kepastian diri.


PENGENALAN
Kerajaan memperkenalkan petrol RON 95 untuk memastikan pengguna mendapat faedah langsung produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi. Petrol RON95 adalah bahan bakar yang mematuhi spesifikasi EURO 2M dimana ianya dapat mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada pengeluaran asap kenderaan. Selain itu, ianya juga merupakan salah satu usaha Kerajaan dalam mengurus sumber tenaga negara bagi menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang cekap dan mengurangkan tanggungan subsidi Kerajaan ke atas produk petrol.

1. APA ITU RON?
RON (Research Octane Number atau Nombor Oktana) adalah satu kadar petrol. Ianya menentukan kualiti mengurangkan ketukan enjin (anti-knocking) atau rintangan terhadap pra-nyalaan atau peledakan semasa bahan petrol terbakar di kebuk pembakaran. Ketukan adalah satu aktiviti pembakaran yang luar biasa dan sepatutnya dicegah kerana merosakkan enjin.

2. APA ITU RON 95?
RON 95 adalah minyak petrol yang mempunyai nilai RON minima 95.

3.APAKAH JENIS-JENIS KENDERAAN YANG BOLEH MENGGUNAKAN RON 95?
Kebanyakan kenderaan boleh menggunakan RON95. Walau bagaimanapun, pengguna dinasihatkan merujuk kepada nasihat Pengilang Kelengkapan Asal (OEM) yang tertera di buku panduan kenderaan atau semak pada belakang penutup tangki gas untuk kadar oktana yang disyorkan.

4. SAYA ADALAH PENGGUNA PETROL RON 92/97. ADAKAH PERTUKARAN KEPADA PETROL RON 95 AKAN MEROSAKKAN ENJIN KENDERAAAN SAYA?
Jika buku panduan kenderaan anda mengsyorkan kenderaan anda sesuai untuk menggunakan RON95, maka pertukaran daripada RON92/97 TIDAK AKAN merosakkan kenderaan anda.

5. Adakah saya perlu mengosongkan tangki minyak kereta saya sebelum mengisi Petrol RON 95?
TIDAK PERLU. Minyak RON 95 boleh dicampur dan digunakan dengan minyak RON 92 atau RON 97.

6. Apakah kesan jika berlaku percampuran petrol RON 95 dengan Petrol RON 97 atau RON 92 ke atas prestasi enjin kenderaan?
Percampuran petrol RON 95 dengan RON 92/97 TIDAK akan menjejaskan prestasi enjin kenderaan.

7. Perlukah saya sentiasa memilih petrol dengan kadar oktana yang tertinggi untuk kenderaan saya?
Menggunakan petrol dangan kadar RON yang lebih tinggi tidak semestinya yang terbaik untuk kenderaan anda. Anda perlu mengenal pasti RON yang sesuai untuk kenderaan dan cara pemanduan anda. Walau bagaimanapun, pengguna perlu merujuk kepada nasihat Pengilang Kelengkapan Asal (OEM) yang tertera di buku panduan kenderaan atau semak pada belakang penutup tangki gas untuk kadar oktana yang disyorkan.

8. ADakah penggunaan kadar ron yang lebih tinggi menentukan produk petrol yang lebih mesra terhadap alam sekitar? bagaimana dengan lebih kuasa?
Perbezaaan sebenar gred petrol tertakluk kepada keperluan enjin kereta masing-masing. ini tidak menjamin kelebihan kuasa atau lebih mesra alam sekiranya nombor oktana meningkat. Ini bermaksud kenderaan yang menggunakan produk RON dengan kadar yang lebih tinggi daripada keperluan enjin masing-masing tidak semestinya menikmati prestasi yang lebih baik berbanding dengan menggunakan kadar RON yang disyorkan oleh Pengilang Kelengkapan Asal (OEM)

sumber: kpnhep

Tuesday, 1 September 2009

Adakah kereta anda sesuai untuk RON95? Sila lihat senarai ini.

Senarai berikut telah di satukan berdasarkan persetujuan dan perbincangan tidak rasmi dengan syarikat kereta. Senarai ini hanya sebagai rujukan, dan kami tidak akan bertanggungjawab jika sesuatu masalah berlaku jika anda menggunakan informasi ini. Didalam sesetengah kes, meski pun enjin tersebut sesuai untuk menggunakan RON tertentu, faktor usia dan keadaan enjin tidak membenarkan penggunaannya. Jika ada sebarang keraguan, anda boleh berhubung dengan syarikat kereta anda..

Klik gambar untuk senarai lebih jelas...










p/s Jika kereta anda tidak tersenarai disini, sila berhubung dengan syarikat kereta anda sendiri.

Thursday, 30 July 2009

Jom Layan PC Fair

Pikom PC Fair 2009 kali kedua untuk tahun ini akan bermula esok. PC Fair memang ditunggu-tunggu oleh orang ramai kerana mereka berpeluang untuk mendapatkan barangan komputer dan yang berkaitan di bawah satu bumbung. Ini memberi peluang orang ramai untuk melihat barangan terbaru di pasaran dan juga membuat perbandingan harga.

Tarikh dan lokasi PC Fair 2009 yang kedua tahun ini adalah seperti berikut;

31 Julai - 2 Ogos 2009

  • KL Convention Centre, Kuala Lumpur
  • Village Mall, Sungai Petani - Kedah
  • Dewan Perbandaran Taiping - Perak
  • Batu Pahat Mall, Batu Pahat - Johor
7 Ogos - 9 Ogos 2009
  • Penang International Sports Arena, Penang
  • Mahkota Parade Melaka, Melaka
  • Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu - Sabah
  • Berjaya Megamall, Kuantan - Pahang
13 Ogos - 15 Ogos 2009
  • KB Mall, Kota Bharu - Kelantan
  • Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu - Terengganu
14 Ogos - 16 Ogos 2009
  • Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru
  • Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak

PC Fair 2009 II ini dibuka secara percuma dari pukul 11.00 pagi hingga 9.00 malam. Maklumat lanjut mengenai PC Fair ini boleh diperolehi di laman web rasmi PC Fair 2009.

Monday, 27 July 2009

Bahaya radiasi menara pemancar - Persepsi yang salah


IPOH - Persepsi segelintir masyarakat yang menganggap pemasangan menara pemancar sistem telekomunikasi berhampiran kawasan perumahan boleh menjejaskan kesihatan ekoran pancaran radiasi keterlaluan adalah kurang tepat.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Sinaran, Agensi Nuklear Malaysia, Mohd. Yusof Mohd. Ali berkata, hakikat sebenar ialah semakin hampir stesen pemancar dengan pengguna semakin minimum radiasi yang dipancarkan.

"Radiasi terhasil daripada tindak balas menara pemancar dengan antena telefon bimbit untuk membentuk kawasan liputan bagi membolehkan talian komunikasi berlaku.

"Semakin jauh lokasi antena telefon bimbit dengan menara pemancar semakin tinggi kadar radiasi. Pendek kata, jika panggilan dibuat di kawasan liputan rendah, lebih banyak radiasi terhasil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Forum Menilai Kesan Radiasi Radio-Frekuensi (RF) Sistem Telekomunikasi anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini semalam.

Mohd. Yusof berkata, sehubungan itu, orang ramai tidak perlu bimbang dengan kedudukan menara pemancar sistem komunikasi yang dipasang di lokasi berhampiran kawasan penempatan kerana selamat selagi pembinaannya memenuhi spefikasi ditetapkan.

Beliau berkata, selain faktor jarak, jumlah radiasi terhasil bergantung kepada ketinggian menara pemancar dan mutu telefon bimbit yang digunakan.

"Berdasarkan kajian, stesen pemancar frekuensi televisyen dan radio lebih banyak memancarkan radiasi berbanding menara pemancar sistem telekomunikasi.

"Negara sudah menggunakan teknologi frekuensi televisyen dan radio lebih 40 tahun lalu tetapi sehingga kini tidak pun memberi sebarang kesan negatif kepada kesihatan penduduk," katanya.

-oleh azliadlan

Sunday, 5 July 2009

Durian oh Durian !


Selesai sudah satu program yang agak 'panas' kerana banyak durian telah dimakan meyebabkan badan jadi panas. Durian, bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, atau dengan pulut yang di'arun' dengan santan tapi boleh dicampur dengan air kopi pahit yang mana hasilnya adalah sama taraf dengan cappucino yang dijual di kiosk coffee bean. Abg derih IPT yg mengajor aku tu..
Pagi tadi aku tunggu-tunggu jugak rakan2 di frekuensi untuk bersama-sama bergerak ke lokasi, tapi apakan daya, masing-masing mungkin ada agenda tersendiri untuk tidak bersama ke kenduri durian tersebut.
Sesampainya aku disana disambut oleh 9W2ZAE, IPT, DUA dan adik beradik MBP yang telah berada disana awal2 lagi.. Tak tunggu dah rombongan basikal sampai, terus jer belasah durian yang ada depan mata tu.... ingatkan tak cukup, aku kira baru 5 bijik dihidangkan sudah nak mengalah semuanya...


p/s gambor cilok dari 9W2IPT ...aku tak bawak kamera...lain jelopy bawak hari ni...

Friday, 3 July 2009

Motor Pancit di Jambatan Pulau Pinang? Apa tindakan anda?




Bertitik tolak dari fenomena tayar pancit diatas jambatan dan perbuatan khianat orang yg mengambil kesempatan diatas masalah orang lain, Pihak jambatan pulau pinang telah menambah baik perkhidmatan dgn memperkenalkan bantuan Tayar pancit, menunda motosikal secara percuma ke bengkel berdekatan dan akan bermula pada 1/7/09 yg lepas
Sila Hebahkan.


Dear all

Kindly be informed that Penang Bridge Sdn Bhd has introduced free tow services for motorcyclist who have a puncture tire on the Penang Bridge area with effective 1st July 2009. Please call 1300 1300 03 for an assistance if you face the puncture tire on the Penang Bridge.

The motorcycle will be towed to the nearest motorcycle workshop as follows :

1. From Penang to Prai – Seberang Jaya motorcycle workshop
2. From Prai to Penang – Gelugor or Batu Uban motorcycle workshop.

The services will only cover the transportation to the workshop but for the repair of the tire puncture will be borne by the motorcyclist himself. Attached below the poster of information from Penang Bridge on the tire puncture.

Kindly disseminate this information to your staff.

Wednesday, 24 June 2009

Majlis Walimatul Urus 9W2IPH (Faizal) - 28/06/2009


Amanah untuk memanjangkan jemputan walimatul urus ini oleh empunya badan sendiri di letakkan dibahu saya untuk rakan-rakan radio di kawasan sekitar ini.

Majlis adalah seperti berikut;

Tarikh: Ahad 28/06/2009
Lokasi: No 39, Hala Tasek Timur 28, Taman Cahaya Bercham, 31400 Ipoh.


Semua warga HAM dijemput hadir.




p/s untuk jalan ke lokasi sebenar, anda boleh tanya 9W2MVA nanti

Monday, 22 June 2009

Apa dah jadi pulak ni?

1-2 hari ni dengar jugak desas desus cerita itu dan ini yang menyakitkan telinga ini.. Konsep asal dah diubah dan sekarang nak suruh orang menipu diri sendiri pulak?
Memang bercanggah dari konsep asal penubuhan dan aku rasa mungkin sebab cadangan sebeginilah dari ahlilah yg tidak aku terima membuatkan orang kata aku gila kuasa..
Jadi, pesanan aku..itu pun kalau nak dengar.. jangan praktik idealogi yang memang ditolak mentah-mentah dari dahulu oleh otai2 VEE99 ini..dan dengar2lah pendapat ahli2 sendiri... hehehehehe.....



Selamat maju jaya VEE99. Tanpa anda siapalah kita.....

Tuesday, 2 June 2009

Wajah baru blog


Menyedari keperluan 3-lajur ini penting dalam penyampaian yang berkesan, saya sekali lagi menjadikan laman web ini lebih informatif dan senang untuk digunakan (user-friendly). Isi kandungan akan ditambah dari masa kesemasa dan tidak hanya kepada berita dan informasi tapi kepada arah teknikal dan pembaharuan.
Kepada yang mahukan linking anda di blog ini, anda haya perlu maklumkan kepada saya dan syarat utama adalah blog anda tiada unsur politik dan fanatik agama dan juga anda perlu linkkan laman VEE99 ini diblog anda juga. Yang paling penting, blog anda harus di update sekerap mungkin untuk mendapat rating 5 yang teratas.
Terimakasih kerana masih sudi melayari laman blog ini. Tanpa anda siapalah VEE99.

Tuesday, 26 May 2009

Bernaung dibawah Persatuan?

Ini pendapat saya;
1. Kenapa perlu bernaung sedangkan kita adalah Persatuan dan Persatuan adalah kita. Kerana rata-rata ahli Persatuan adalah kita juga.
2. Konsep asal penubuhan VEE99 komersil tidak langsung difahami oleh kebanyakan dari mereka. Pada mesyuarat terdahulu, saya sebagai YDP bersetuju untuk membenarkan VEE99 melangkah setapak lagi dengan menubuhkan sayap komersilnya. Tujuannya adalah menjana pendapatan dari brand VEE99 yang telah kita popularkan selama ini. Sekiranya berjalan baik, ahli-ahli VEE99 akan mendapat bahagian masing-masing dari keuntungan yang diperolehi.
3. Kita bukan ketandusan ahli di VEE99, kita bukan mencari ramai ahli, tetapi mencari ahli-ahli yang berkualiti yang sanggup untuk bersusah payah seprtimana mula-mula kita mempertahankan VEE99 ini.
4. VEE99 Amal tetap ada. Tiada pengurusan baru kerana ia diurus oleh ahli-ahli yang setia bersama VEE99 sehingga sekarang. Mereka inilah yang menjadikan VEE99 tetap ujud sehingga sekarang ini dan ahli-ahli sebegi yang kita mahu untuk berada dalam VEE99 ini.
5. Jika VEE99 Komersil menjadi satu masalah besar dalam kemelut ini, saya akan mengarahkan ia dibubarkan serta merta kerana VEE Sembilan Sembilan Communication and Sports adalah milik VEE99 amal sendiri.

Kita di VEE99 tidak langsung menghalang ahli-ahlinya untuk masuk ke Persatuan mana-mana pun malah menggalakkan mereka yang berlesen supaya terbang jauh dan membantu mereka yang lain sebagaimana kami buat kepada mereka.

Harap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan sekarang.

Thursday, 21 May 2009

http://www.vee99.prk.my - Laman Forum & Berita

Laman berbayar ini telah lama di bina tetapi sudah tidak digunakan sekarang. Untuk memeriahkan semula diharap anda boleh memberi sumbangan artikel atau berita kerana laman ini lebih bersifat dua hala dan terbuka serta dapat men'dengar' suara ahli-ahlinya. Kepada yang sudah mendaftar boleh meneruskannya dan kepada yang belum mendaftar harap boleh daftar segera. Verification diperlukan kerana baru-baru ini telah di banjiri oleh auto-register spamming dari luar negara.
Pendaftaran adalah percuma. Selamat berforum.

KLIK SINI atau GAMBAR UNTUK KESANA

Wednesday, 20 May 2009

YDP baru VEE99 Komersil (VEE Sembilan Sembilan Communication & Sport)

Pihak pengurusan VEE99 Komersil telah bersetuju sebulat suara untuk melantik 9W2TOR (Cikgu Nik) untuk menerajui syarikat tersebut sebagai YDP. Dalam ucapan sulungnya, beliau berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memartabatkan semula VEE99 ini. Doa kami agar beliau dapat menjalankan tugas dengan baik dan kami akan menyokong beliau sedaya mungkin

Sunday, 3 May 2009

Pengurusan Baru Laman Blog VEE99

Kepada semua yang sering mengunjung laman ini, mulai 1hb Mei 2009 pengurusan blog (vee99.blogspot.com) akan diserahkan kepada ahli jawatan kuasa yang baru dilantik pada 1hb April yang lepas. Diharap anda memberi sokongan kepada mereka.
Segala apa yang dipaparkan selepas ini adalah menjadi tanggungjawab pengurusan yang baru dan diharap anda tidak menghubungi saya lagi untuk sebarang komen mengenai laman blog ini KECUALI dalam keadaan darurat SAHAJA. Untuk ruangan Forum VEE99, http://vee99.lefora.com/ akses moderator telah diberi kepada YDP yang baru.

Untuk pengetahuan semua, saya hanya akan menguruskan blog saya sendiri (9W2HMI) dan blog-blog dibawah pengurusan saya sahaja. Hubungi saya jika ada antara blog ini masih lagi mengganggu perjalanan blog vee99 yg asal...


Harap maklum. Terima kasih kerana menjadi pengunjung setia blog ini.

Saturday, 25 April 2009

Walimatul Urus Adinda 9W2RIL - 2/5/2009 -Jangan Lupa...


Bagi pihak 9W2RIL menjemput semua rakan untuk sama-sama meraikan majlis ini.

Marilah kita bersama-sama berkonvoi kesana kerana jemputan perkahwinan adalah sesuatu yang wajib untuk kita hadiri.













Semoga dapat bertemu dimajlis walimatul urus ini...

Tuesday, 7 April 2009

VEE99 - Musim baru cara baru.

Tahniah kepada YDP baru dan tenaga kerjanya kerana telah mendaftarkan VEE99 ini kepada sebuah syarikat yang mana dapat memacukan lagi kelab ini kehadapan. Dengan pendaftaran ini VEE99 telah boleh untuk menjalankan perniagaan dan melakukan sebarang aktiviti yang mana dapat menjana pendapatan untuk kelab ini.
Kepada mereka yang masih mempercayai dan mahu bernaung dibawah syarikat ini, pendaftaran keahlian baru telah dibuka dan pembaharuan keahlian sedia ada juga digalakkan.
Sememangnya agak sukar untuk mem'branding'kan VEE99 kerana selama lebih 3 tahun semangat kental rakan-rakan juga doa mereka, VEE99 telah dikenali seantero negeri.
Semoga maju jaya. Hati saya tetap pada mu VEE99.

p/s Senarai AUTHOR untuk blog VEE99 ini akan dikosongkan dan diharap kepada mereka yang ingin menjadi author semula atau author yang baru dapat memohon kepada YDP VEE99 yang baru .

9W2HMI- EXYDPVEE99

Saturday, 4 April 2009

Konvoi Cameron Highland - Gambar Langsung (Tanah rata..lunch)


Konvoi berhenti untuk makan tengahari di tanah rata. Gambar lain boleh dilihat di FORUM VEE99


p/s upload guna broadband cikgu Nik

Kampung Jahang - Satu Lokasi Hari Keluarga Menarik

Dalam proses saya mencari lokasi untuk projek paintball saya, saya terpegun dengan lokasi yang sememangnya telah lama ada tetapi tidak saya ketahui.

Kampung Jahang, dimana air sungai mengalir jernih dan sayup mata memandang kelihatan bukit bukau yang hijau.
Ada tempat meletak kereta yang agak besar, kawasan berkelah dan juga chalet juga homestay.
Semuanya ada disitu.



Bagi saya satu pakej yang menarik untuk di terokai oleh kita di hari keluarga yang akan datang....

Monday, 23 March 2009

MCMC datang


Pagi ini saya dikejutkan oleh kehadiran MCMC yang ingin berjumpa saya. Pihak sekuriti menghubungi saya melalui walkie talkie mengkehendaki saya turun dengan segera untuk urusan selanjutnya.
Setelah sesi suai kenal dan saya difahami bahawa tujuan mereka adalah untuk mencari sumber frekensi yang dikatakan mencemari diruang udara sekitar sini.
Setelah persetujuan dicapai dari pihak majikan, peralatan telah dipasang dan mereka memulakan ujian demi ujian. Satu persatu frekuensi dicari dan di semak.


Memerhatikan peralatan yang agak canggih (dengar cerita dekat RM100,000) mereka mampu untuk merakam semua jenis frekuensi yang ada dalam jarak yang agak jauh juga.
Sempat juga pegawai terbabit memberi sedikit keterangan tentang bahaya-bahaya frekuensi juga julat tahap maksimanya..

Fuhhhhh...... terkedu jugak aku.... tapi apakan daya... satu pengalaman praktikal yang tidak dapat dibeli dgn wang ringgit....

Wednesday, 18 March 2009

Vee99 - Salah satu Blog Popular ?


Hmm... entah lah... tapi bila check tengok memanjangnya ada artikel dari blog ini menjadi top 10 dalam list.
Apa-apa pun terimakasih kepada semua pengunjung laman blog ini. Tanpa anda siapa lah kami.

Sunday, 23 March 2008

Repeater INAS - QRM di simplex VEE99 di IPOH

INAS terpaksa menggunakan semula frekuensi asal repeater setelah mencuba beberapa kali menukarkannya supaya memberi laluan kepada kita. Memandangkan SOP menyatakan bahawa kita patut berganjak ke frekuensi lain jika frekuensi yang telah kita guna sejak 2 tahun lepas mendapat gangguan dari pemancar yang telah diberi lesen dari MCMC.
Sebenarnya repeater ini tidak mendatangkan apa-apa masalah jika penggunanya berada disekitar lokalan Lenggong, tetapi jika rakan di Ipoh menggunakannya, ia akan mengganggu QSO kita di simplex 144.990MHz.
Demi semangat setiakawan dan menghhormati rakan-rakan RA, saya cadangkan jika ada rakan Ipoh yang menggunakan Inas semasa kita bersimplex, rakan-rakan hendaklah QSY ke frekensi BOTA atau V44. Anda dilarang sama sekali meletakkan tone dalam sebarang simplex yang dipergunakan.
Satu isu sekarang ini, saya tidak pasti sama ada rakan-rakan VEE99 menyerang rakan2 di Lenggong dalam mesej box mereka. Jangan keruhkan suasana, jangan cari lawan , jangan cari ketidaksenagan rakan2 lain. Ada rakan yang menangguk di air keruh dengan menegangkan lagi suasana, menyamar sebagai rakan kelab kita.
Saya berharap jangan lah lagi kita pedulikan perkara yang remeh-temeh tersebut. Jangan risau, kerana kelab kita ini tidak lama lagi akan mendaftarkan satu pemancar yang mana dapat memudahkan kita berkomunikasi diserata capaian. Mudah-mudahan.

Jangan pandang belakang, kerana kita telah lama bersusah payah menghidupkan kelab kita ini. Tumpukan perhatian kepada aktiviti lokalan. Dan harmonikan suasana dengan rakan2 lain diluar sana.

- YDPVEE99-9W2HMI