SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Friday 31 December 2010

Selamat Tahun baru 2011

Kepada semua warga HAM dan mereka yg melawati laman blog ini.
Tanpa anda siapa lah kita.....

Azam baru Semangat baru...

Friday 12 November 2010

Friday 5 November 2010

Konvoi Amal Bermotorsikal jelajah Perak - 1 Malaysia 0 Denggi

Dalam peringkat perbincangan.
Konsep 1Malaysia 0Denggi
Target participant: 50-60 bikes (kapchai)
Target umum : Kampung / Surau / Perkuburan
Target Group : All (Ham/ No-HAM) must have bike (own/rental)
Target Date : Early Dec

Hope things went well. Your commitment much appreciated.

Monday 1 November 2010

Program lawatan rakan Kelantan 3-5hb November oleh PARTS

Dimaklumkan bahawa kami di VEE99 TIDAK ada kaitan dengan program ini KECUALI pemerhati sahaja. Kepada sesiapa yang menggunakan nama VEE99 atau nama saya dengan tujuan yang tidak baik diharap berhenti melakukan perkara sedemikian dengan serta merta.
Selamat datang kepada rakan Kelantan walaupun saya tidak tahu siapa yang hadir dan semoga anda bergembira bersama rakan2 di Perak nanti.
sekian. dimaklumkan.

----------
Maklumat terbaru: 2.15pm
Saya telah menelefon En Musa dari Asrama Darussalam (rasanya inilah tempat program tersebut) dan mendapatkan penjelasan dari pihak beliau. Mengikutnya beberapa rakan dari Kelantan sendiri telah menelefon beliau untuk program ini. Saya juga hairan kerana bukankan pihak Perak telah mengaturkan segalanya dan kenapa perlu mereka memastikan program ini sekali lagi. En Musa pasti yang menelefon beliau adalah En Azri dari Rantau Panjang kerana no telefon nya bermula 09 dan dielek kelantannya amat ketara.
Saya berharap kepada rakan yang ingin menyebut nama sesiapa di Pengulang harus mendapat kepastian dahulu kerana ia boleh jadi silap faham dan merosakkan imej orang lain. Tidak semestinya sesorang itu tidak aktif lagi dalam bidang tersebut maka terputus terus hubungannya dengan rakan-rakan lain kerana beberapa panggilan telah saya dapat untuk menyuruh saya mematau pemancar tersebut dan kebetulan saya belum lagi memadam frekensi tersebut di handy saya itu.
Kepada anda yang membincangkan pekara itu difrekuensi anda harus memohon maaf dan clearify perkara ini dengan segera kerana saya tidak mahu lagi menjawab telefon menerangkan pekara sebenar kepada rakan2 lain...
Sekian.

*Bahasa anda melambangkan siapa diri anda*

Friday 1 October 2010

Sambutan Hariraya VEE99 -9/10/2010 mulai 2.00petang

Perjumpaan Malam tadi memberi keputusan seperti berikut:-

Tarikh: 9/10/2010 Sabtu bermula 2.00petang
Lokasi: Workshop 9W2JOI
Konsep: Pot Luck (bawak sendiri2.. makan ramai2)

Terima kasih kepada yg hadir malam tadi.
JOI,XCP, DRH, MTA, RIP, AYG, MEF dan saya HMI.

Lain-lain perbincangan berkisar kepada memantapkan lagi grup ini dimasa hadapan...

Monday 27 September 2010

Bincang2 Open House IKRAP Vee99 29/09/10 Rabu (tunda pada 1/10/10 Jumaat)

Plan untuk open House hari raya akan di adakan seperti berikut:

Tarikh: 29/09/10 Rabu  1/10/10 Jumaat
Masa : Bermula 10.00 malam ( 1 jam sahaja)
Lokasi: Capati Korner.
Frekuensi QSO : 144.990MHz
Jemputan: Kepada semua rakan2 yang berminat dan ingin memberi pendapat.


Satu Hobi Satu hati. Santai diruang udara Perak...

Saturday 4 September 2010

Selamat Menyambut Hari Raya 2010

Maaf zahir bathin dari kami keluarga IKRAP di Perak ini...

Saturday 28 August 2010

Silent Key - 9W2AY

Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita dikembalikan.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham 9W2AY (Pak Yop) di atas pemergian beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh beliau, amin ya robbal alaminnn.... 

Saturday 14 August 2010

Meraikan anak2 yatim dengan Majlis Berbuka Puasa

Sekali lagi IKRAP/Vee99 akan menganjurkan satu majlis bersama anak-anak Yatim tidak lama lagi sempena Ramadan Al-Mubarak ini.  Konsepnya tetap sama cuma kali ini disetai oleh beberapa kumpulan dari pelbagai hobi/kegiatan demi memeriahkan lagi majlis.
Penetapan hari masih lagi dalam perbincangan kerana lokasi yang sesuai masih lagi belum diputuskan. Desakan dari penderma dan sponsor telah terasa kerana tahun ini ramai yang bermurah hati untuk membuat bakti.
Antara kumpulan yang akan turut serta;
1. IKRAP/Vee99
2. Kelab 4x4 Ipoh
3. Kelab Kembara Malaysia
4. Kelab Bilik Guru Sekolah
5. Team Paintball 59
6. Kelab PUPS PUO Ipoh.

Program ini akan diselaraskan oleh kelan PUPS PUO Ipoh kerana mempunya ramai ahli yang sanggup memberkan sumbangan tenaga dan idea demi menjyakan program ini.

Bagi kami di IKRAP/VEE99 amat berterimakasih kerana memilih kami untuk menjadi tonggak program ini.. Mudah-mudahan kerja-kerja murni ini diberkati oleh Allah.
 p/s bagi yang berasa ingin mendapatkan saham akhirat ini, boleh berhubung dengan pihak kami dengan segera. Sesngguhnya rezeki yang kamu perolehi tahun ini bukan semestinya milik kamu sendiri, sebahagiannya patut diderma ke jalan Allah.....

Sunday 8 August 2010

Friday 23 July 2010

Penipuan terbaru 'mat hitam' menggunakan Bahasa Malaysia..

BACA SAMPAI HABIS.........(dari inbox admin)

Assalamualaikum,

Apa khabar awak sekarang.Saya harap awak sihat. Saya tahu mail yang saya hantar pada awak membuatkan awak keliru kerana kita tidak pernah menghubungi antara satu sama lain sebelum ini. Saya hubungi awak kerana saya mahu awak kendalikan business ini kepada saya kerana transaksi ini akan menjadi kerjasama business yang lama diantara kita berdua. Pertama sekali yang ingin memperkenalkan diri saya kepada awak. Nama saya Zurina Binti Zulkifli daripada Pahang Malaysia. Sekarang saya bekerja dengan Gemstones Company di United Kingdom. Saya telah bekerja di sini selama 5 tahun. Business ini adalah untuk company yang saya bekerja sekarang, jadi dengan peluang yang baik ini, saya mahu ambil kesempatan ini untuk menambahkan pendapatan saya dan juga awak. Jadi saya hubungi awak kerana saya tidak mahu terlepas peluang untuk dapatkan tambahan pendapatan sekarang. Jadi saya mahu awak jadi sebagai pembekal bagi produk kami iaitu ( TOURMALINE STONE) kepada company saya bekerja sekarang. Oleh itu, kita berdua ada peluang untuk tambahkan pendapatan daripada business ini. Produk ini (TOURMALINE STONE) digunakan untuk mengilatkan rantai, rantai jam tangan, gelang tangan, dan sebagainya. Untuk pengetahuan awak juga, company saya tidak mempunyai contact pembekal di Malaysia dan pembekal kami yang sebelum ini sudah tamat kontraknya selama 5 tahun dengan company kami dan dia juga cuba untuk memohon untuk menambah lagi kontrak bersama company kami.

Selepas dia tamat kontrak bersama company kami, sesiapapun sekarang boleh menjadi pembekal kepada company kami. Ini adalah alasan kenapa saya hubungi awak dan menawarkan business ini kepada awak untuk kendalikan untuk saya. Apa yang harus saya buat sekarang adalah saya akan maklumkan contact awak kepada company yang awak akan membekalkan produk tersebut dengan harga yang terendah kepada company kami. Company saya akan membeli produk tersebut dengan harga $5,700usd untuk satu kilogram, manakala harga produk tersebut di Malaysia adalah $2,700usd untuk satu kilogram. Jadi saya mahu awak bagitahu pada company saya yang awak akan bekalkan produk tersebut dengan harga $5,500 untuk satu kilogram. Ini adalah kerana company saya perlukan 300 hingga 500kg setiap 2 bulan. Oleh itu, saya mahu awak maintain jadi agen diantara pembekal di Malaysia dan company saya. Untuk pengetahuan awak juga ini adalah business besar di mana hanya kita berdua sahaja akan berkongsi keuntungan bersama, oleh itu saya perlukan kerjasama awak untuk menjayakan business ini sekarang.

Insyallah saya akan bagi pada awak banyak lagi infomasi tentang business ini jika awak mahu terus menjadi agen untuk membekalkan produk tersebut kepada company saya. Insyallah saya akan cuba untuk selamatkan kontrak awak sebagai pembekal kepada company saya bekerja ini. Berdasarkan kepada perkongsian kita, 50% untuk saya dan 50% untuk awak berdasarkan kuantiti yang company saya beli. Tugas awak sekarang adalah tolong contact dan bagitahu pada Director saya yang awak dapat jadi pembekal produk tersebut iaitu dengan menjual produk tersebut dengan harga$5,500usd untuk satu kilogram kepada company. Tolong maklumkan semula pada saya setelah awak dapat dan baca mail ini, jadi saya akan bagi contact pembekal di Malaysia tersebut pada awak. Jadi selepas itu awak boleh hubunginya dan tanya padanya samada dia masih ada stok produk tersebut untuk bekalkan pada awak sebelum Director company saya hantar manager saya ke Malaysia untuk beli produk tersebut daripada awak. Saya harap dapat mendengar jawapan daripada awak nanti. Terima kasih.

Rgds

zurina.

P/s Mungkin ada jugak manusia akan tertipu dengan email sebegini. Teliti dan kaji..dimanakah rasionalnya 'bisnes' ini. Siapa kan kita untuk diberi 'perniagaan' yg begitu lumayan nampaknya...?

Thursday 15 July 2010

Hamfest Malaysia 2010 - KL tower


Kenyataan Akhbar 13/07/10
HAMFEST MALAYSIA 2010

1. Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.

2. Festival ini akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.

3. Sesi penerangan daripada agensi-agensi kerajaan akan diatur untuk memberi penerangan lanjut kepada pengunjung-pengunjung mengenai peraturan-peraturan pengunaan Radio Amatur di Malaysia.

Sesi penerangan oleh Syarikat pengeluar sistem Radio Dua-hala seperti Yaesu, Kenwood dan juga Icom akan turut dilangsungkan.

4. Pameran pengunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, JPAM, BOMBA, ATM dan juga SMART akan turut diadakan di Tapak Perkemahaan berdekataan dengan lokasi utama pameran.

5. Aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung adalah seperti berikut:

a. Aktiviti Skill-Stations – Pengenalan kepada Radio Komunikasi, Berkomunikasi di frekunsi VHF dan HF. Menaikan antenna diapole HF, Mempelajari teknik navigasi dan bacaan peta.

b. Fox Hunting – Mencari lokasi pemancar beacon dengan menggunakan teknik pencarian melalui Radio Dua-Hala.

c. Distance Contact Contest (DX COntest) – Mendapatkan contact rakan-rakan Amatur di seluruh dunia.

6. Hamfest Malaysia 2010 juga dibuka kepada orangramai dan murid-murid sekolah. Kerjasama dengan Kementerian Pelajaran akan dilakukan untuk membolehkan ianya dihadiri oleh murid-murid semasa waktu persekolahan.

7. Maklumat lanjut:

Lokasi : Tapak Menara Kuala Lumpur
Tarikh : 30-31 Julai dan 1 August 2010
Laman web : www.hamfest.my

Penganjur : Azli Paat (0193398905 – azlipaat@gmail.com)
Urusetia : LT. (B) Khairul Annuar ( 014 2256729 )Labels: ADARC, HAM Festival, Malaysia

Tuesday 22 June 2010

Eyeball Rakan HAM/FB di Bercham

Seperti biasa eyeball yang jarang-jarang dianjurkan sejak kebelakangan ini selamat dijalankan. Terdapat 6 rakan yang hadir yang masih mahu kumpulan ini meneruskan program-program seperti biasa.
Perbincangan ringkas tentang aktiviti terdekat ini akan dijalankan sempena bualan puasa nanti. Rumah anak-anak yatim yang masih belum dikenalpasti adalah cadangan kami.
Budget dan aturcara tidak menjadi masalaah kerana telah ada penyumbang setia dalam aktiviti-aktiviti sebegini. Jika anda ada cadangan untuk rumah anak yatim yang perlu di meriahkan, sila hubungi kami dengan segera.
Saya meninggalkan eyeball agak awal kerana urusan kerja dan perbincangan selanjutnya masih tidak dapat dipastikan isikandungannya..


p/s 1Hobi 1Hati

9W2HMI

Thursday 17 June 2010

Eyeball Rakan HAm Ipoh- 22/6/2010 (Selasa)

Dah lama tak buat aktiviti bersama... mungkin kerana kesibukan atau sudah berpindah ke tempat baru. Oleh itu dengan rasa rendah diri menjemput kawan2 semua untuk hadir sama-sama ber'eyeball' dan bercerita tentang pengalaman masing-masing sepanjang kali terakhir kita berjumpa. Berikut adalah butir-butirnya..
Tarikh: Selasa 22/06/2010
Masa : 10.30 mlm
Lokasi: Medan Selera Bercham (Belakang Public Bank)
Frekuensi Tunjukarah : 144.990MHz
Agenda; Aktiviti bersama, cadangan bernas, dll..
Harap semua dapat hadir...


-9w2hmi

p/s gambar kenang-kenangan semasa program 'Mencari Sharlini' dahulu..

Wednesday 16 June 2010

Sunday 23 May 2010

Iklan menarik bagi yg kurang pasti

Catit no telefon yang tertera...mungkin berguna nanti...hehehehe

Sunday 16 May 2010

Selamat Hari Guru 2010

Disambut serentak seluruh Malaysia pada 17/5. Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru dimana saja anda berada

Sunday 28 March 2010

Paintball- Sukan bukan hanya untuk lelaki....

Paintball... pemenang bergaya dengan pingat mereka...Meski pun di tempat ke-3, mereka mampu mengalahkan pasukan lain yang kebanyakkannya lelaki.... Tahniah semua!!

Friday 26 March 2010

Guna Frekuensi 144.990MHz (Vee99) - Jika mencari Hotel Seri Malaysia Ahad ini

Apa yang boleh dibantu pada hari Ahad ini oleh IKRAP hanyalah melayan rakan-rakan jauh yang tidak dapat mencari Lokasi Hotel Seri Malaysia nanti. Team Simplex ini akan menawarkan diri untuk membantu anda supaya sampai dengan selamat  ke destinasi Seminar yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan radio di sini.
Tetapi jika di pemancar masih boleh mencelah, silalah menggunakannya seperti biasa.
Semoga dapat berseminar dengan baik dan mudah-mudahan segala persoalan mengenai radio amatur yg berselirat disanubari anda semua terjawab nanti.....

p/s Diharap menggunakan SOP yang biasa kerana QSO ini akan didengari didalam blog dan dipantau diserata dunia...

Tuesday 23 March 2010

Eyeball IKRAP, berjalan lancar seperti biasa...

Alhamdulillah majlis eyeball berjalan lancar. Beberapa aktiviti kecil akan diadakan tidak lama lagi untuk menikmati kembali keakraban persahabatan sebagai satu pasukan. Kepada yang tidakhadir, informasi akan diberi dari masa ke semasa....

Tuesday 16 March 2010

Eyeball IKRAP 23/3/2010 - Selasa Capati Korner Spg Pulai

Dah sampai masa untuk mengadakan perjumpaan antara ahli setelah agak lama hanya bertembung diudara. Cadangan adalah seperti berikut:

Tarikh: 23/03/2010 -Selasa
Masa : 10.30 malam
Lokasi: capati Korner Spg Pulai
Agenda:

1. Program IKRAP masa hadapan
2. Program bersama keluarga
3. Perniagaan masing2 dan cadangan promosi bersama.
4. Lain-lain..

Thursday 11 March 2010

AGM Astra - Info dari KerianV38


Tuan/Puan,


KEMUDAHAN PENGINAPAN BAGI AHLI ASTRA

Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 13 telah menyediakan beberapa lokasi untuk penginapan ahli yang bakal hadir ke majlis ini. Berikut adalah lokasi penginapan yang disediakan;

LOKASI KEPERLUAN CAJ MASA

Asrama SMT Taiping, Kamunting, Perak.
Semua keperluan disediakan oleh pihak Pengurusan AsramaSMT Taiping. RM5.00 seorang
Check in : 19.3.10, jam 3:00 petang. Check out : 20.3.10, jam 3:00 petang.

Tapak Perkhemahan Caravan Park, Taiping.
Keperluan spt khemah dll dibawa sendiri oleh ahli
Percuma Check in : 19.3.10, jam 5:00 petang. Check out : 20.3.10, jam 12:00 tengahari.

3. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Setiausaha Kehormat ASTRA di talian 016-538 5385.

Sekian, harap maklum.

“BERSAHABAT MELALUI UDARA”

Yang menjalankan tugas,

t.t

(NORUL AMIN BIN HAMSAN, 9W2MYR)

Setiausaha Kehormat ASTRA

Wednesday 3 March 2010

NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN ASTRA KALI KE 13

NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN ASTRA KALI KE 13

NOTIS ini adalah diberi untuk memaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan ASTRA Kali Ke 13
akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : Sabtu, 20 Mac 2010
Tempat : Dewan SMT Taiping, 34600 Kamunting, Perak
Masa Pendaftaran : 9.00 pagi
Masa Mesyuarat : 10.00 pagi

AGENDA MESYUARAT
1. Melantik Pengerusi Mesyuarat
2. Melantik 2 orang Pencatit Minit Mesyuarat
3. Ucapan Presiden & Perasmian
4. Laporan Setiausaha Kehormat
5. Laporan Bendahari Kehormat
6. Membahas Usul Pindaan Perlembagaan
7. Membahas Usul Tergempar
8. Melantik AJK Pengurusan Sesi 2010/2012

“BERSAHABAT MELALUI UDARA”

Yang menjalankan tugas,
(9W2MYR NORUL AMIN BIN HAMSAN)
Setiausaha Kehormat ASTRA

Persatuan Radio Amator Melayu Utara Semenanjung Malaysia
The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia
No. Pendaftaran: PPM/K. 1787/97(3) PPP/K. 114/97 626
No. 7A, Jalan Manggis, Taman Serai
Wangi, 34300 Bagan Serai, Perak.
Laman Web : http://www.astra.org.my
E-mel : setiausaha.astra@gmail.com
“BERSAHABAT MELALUI UDARA”
 

Sunday 28 February 2010

Audio Simplex Vee99 di laman blog. Satu dunia jugak boleh mendengar.

Jika anda dapat mendengar audio dari repeater disesetengah laman blog, kini anda dapat juga mendengar audio dari simplex 144.990MHz  tidak lama lagi. Proses 'tuning' terakhir sedang dijalankan dan sebarang komen membina boleh diajukan kepada admin. Diharap ia menjadi ikutan oleh lain2 kelab radio tidak lama lagi kerana sesuatu yang baik sepatutnya dapat diperpanjangkan.....
Kepada ahli2 luar yang tidak dapat mencapai simplex kami di sekitar Ipoh ini, boleh lah memantau di blog ini. Jika anda mempunyai blog sendiri dan ingin mendapatkan HTML kod, sila berhubung dengan admin...


p/s Buat sementara ini ujian audia adalah dari pelbagai sumber untuk memantapkan kualiti audio dan penerimaan..

Thursday 11 February 2010

Majlis meraikan SWAL ZCP yang lulus RAE

 
  
Tahniah Abg Aziz atas kejayaan anda untuk terbang jauh. Kami mendoakan anda membawa pengalaman yang ada supaya dapat mengendali jaluran yang lebih luas dengan SOP yang baik... 

Monday 8 February 2010

Keputusan RAE 2009/2 dah keluar.

Sediakan No kad pengenalan anda dan semak di sini
Tahniah kepada Abg Aziz (SWAL ZCP) atas kejayaannya kali ini...

Saturday 6 February 2010

Senarai Akhir Peserta Konvoi Santai Kuala Terengganu

1. 9W2MTA (KETUA)
2. 9W2RIL
3. 9W2DKS
4. 9W2OKJ
5. 9W2OTH
6. SWAL MBP
7. 9W2HMI
8. HALIM - IPOH 4X4 TEAM
9. JOE - IPOH 4X4 TEAM
10. LONG (KEMBARA MALAYSIA)

Alhamdulillah, walaupun tidak ramai tetapi memadai untuk memeriahkan perjalanan kali ini. Bagi team ini, kebanyakkannya tidak pernah melalui Gua Musang pun. Inilah cabaran dikatakan.