SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, 14 July 2009

9M2EMI Kemalangan motorsikal


Sumber dari 9W2ACB
Motosikalnya dilanggar dari belakang oleh seorang pemandu mabuk di persimpangan Taman Anda, Tasik. Pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun keretanya terbalik. Tetapi saudara Emi mengalami kecedaraan yang agak parah di kaki kanan dan ketika berita ini ditulis dilaporkan oleh XYLnya masih belum sedar selepas menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Bainun Ipoh. Sesiapa yang ingin melawat beliau bolehlah berbuat demikian di Wad 5A Hospital berkenaan.
_____________________

Kepada rakan-rakan yang ingin melawat beliau boleh lah berbuat demikian pada bila-bila masa dalam waktu melawat. Diingatkan peraturan Hospital tidak membenarkan kanak2 masuk kewad juga tempoh lawatan sebelah petang dipendekkan ke 6.30 ptg sahaja (kes H1N1). Makluman ini adalah untuk tidak menghampakan anda nanti.

Wednesday, 18 March 2009

E-QSO -----> E-Chat (Real time online chat)



Bersembang dalam talian pada masa sebenar memang amat menyeronokkan dan segala pertanyaan boleh dijawab dengan segera. JAdi saya telah menambah baikkan ruangan E-QSO dari menghantar mesej sahaja (seperti SMS) kepada sistem berkomunikasi dua hala (seperti radio).
Oleh itu kiranya dapat anda semua yang mempunyai blog sendiri boleh menambah ruangan ini di blog anda supaya kita boleh berkomunikasi walau dimana juga blog yang anda lawati.

Anda juga boleh linkkan chat box ini dengan click & paste HTML kod dilaman web anda bila anda klik pada 'Copy this' di bahagian bawah chatbox ini.

Monday, 9 March 2009

VEE99 @ Media - Sinar Harian

Liputan khas yang diberi oleh Sinar Harian terpampang diakhbar tersebut hari ini.
Terimakasih paparan tersebut.

Pembetulan sedikit ;
No telefon & No Akaun yang tertera adalah milik En Musa, penjaga asrama. Bukan no fon En. Hazli. Harap Maklum

Friday, 6 March 2009

Vee99 - Satu pembaharuan lagi

Saya telah menyediakan satu ruangan Forum khas untuk rakan-rakan menyumbangkan idea, berita, promosi, luahan rasa, Soalan Lazim, siarraya dan sebagainya
Selepas ini laman blog ini akan hanya menyiarkan berita2 yang penting sahaja sebagai laluan untuk ke Forum.
Selamat mendaftar (PERCUMA). Sila Klik dibawah ini:-

Thursday, 28 August 2008

Silent Key 280808 - 9M2DS



Semoga roh beliau berada dikalangan orang-orang yang soleh. Amin......

Monday, 18 August 2008

Al-Fatihah untuk arwah ayahanda mertua SWAL ZMK



..

Dipanjatkan doa kepergian arwah kerahmatullah, semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya. Salam takziah dari kami warga VEE99, semoga kalian tabah menghadapi dugaan ilahi ini. Al Fatihah.

-9w2hmi-

Sunday, 1 June 2008

Anas 9W2DGG Kemalangan.

Pihak VEE99 mendoakan agar beliau cepat sembuh. Maaf kerana lambat menyiarkan berita ini kerana pihak kami tidak mendapat info yang cepat. Ini pun didapati dengan cara tidak sengaja dari laman blog 9W2AAA