SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...
Showing posts with label konvoi. Show all posts
Showing posts with label konvoi. Show all posts

Tuesday, 30 June 2009

Pergerakan ke Kenduri Durian 9W2MPB 5/7/09

Tentatif pergerakan adalah seperti berikut:

9.00 pagi - Berkumpul di Stesen Mobil, Parit
9.15 pagi - Bergerak ke Manong (melalui Bota & Tepus)
9.45 pagi - Berkumpul di Depan Balai Polis Manong
10.00 pagi - Bergerak ke Suak Petai (Lokasi Kenduri)
10.15 pagi - Sampai di lokasi kenduri
Pergerakan balik - ikut masa sendiri
Frekuensi KONVOI - 144.990MHz
Frekuensi Kenduri - V22

Jadual ini bukan jadual rasmi Kelab VEE99, tetapi dibuat atas kapasiti individu sahaja. Kepada mereka yang ingin turut serta, bolehlah berjumpa dimana-mana lokasi seperti masa yang tertera. Kita tidak akan menunggu sebarang kelewatan kerana boleh ditunjukarah menggunakan komunikasi radio jika tersesat.

Harap dapat bertemu ramai rakan-rakan disana nanti.

Friday, 26 June 2009

Walimatulurus 9W2IPH 28/6 - Pergerakan ke lokasi

Perbincangan dengan JOn 9W2MVA adalah seperti berikut:

Masa: 12.00 - 12.30 tghari
Lokasi: Mobil (Belakang TESCO EXTRA)
Frekuensi : 144.990MHz

Konvoi akan bergerak kerumah pengantin tepat jam 12.30tghari. Jika ada yang terlewat diharap dapat menggunakan radio untuk berkomunikasi.

Sekian dimaklumkan. Terimakasih.




p/s lukisan khat oleh 'awangpurba'

Sunday, 26 April 2009

Kenduri rumah 9W2RIL 2/5/2009


Kepada yang nak berkonvoi kesana;

Harap dapat tunggu di Restoran Karisma; Simpang Pulai jam 12.30pm, Konvoi akan mula bergerak ke lokasi jam 1.oo petang.
Pantau di frekuensi 144.990MHz untuk informasi lanjut dihari tersebut.


p/s: gambar hanya hiasan

- atas ihsan 9W2HMI-

Saturday, 28 March 2009

Konvoi Bermotorsikal ke Cameron Highland 5/4/09


Tentatif program adalah seperti berikut:

Tarikh 5/4/2009 Ahad

9.30pg - Berkumpul di Kedai Mamak Karisma Spg Pulai
10.00pg- Bergerak memanjat Cameron Highland
11.00 pg - Rehat/perasap di Kedai Sayur Kg Raja
11.30 pg - Bergerak semula
12.00 tghari - Pekena teh di Bharat Tea House
1.00 tghari - Bergerak & berkumpul di Medan Selera Brincang (Depan Shell)
1.30 tghari - Makan tengahari/rehat/solat
2.30 ptg - Bergerak ke Tanah Rata/Strawberry park/dan lain-lain
3.00 ptg - Shopping/bergambar (masa sendiri)
5.00 ptg - Berkumpul di stesen Bas Tanah Rata
5.15 ptg - bergerak turun ke Simpang Pulai
6.30 ptg - Sampai di simpang pulai
6.45 ptg - Bersurai

Ini adalah tentatif program sahaja. Sebarang tambahan/pembetulan amat dialu-alukan.
Semoga perjalanan kali ini berjalan lancar.

Persediaan Awal:
1. Baju Hujan
2. Baju tebal
3. Tiub tayar motor
4. Penampal tayar (utk tubeless)
5. Pam & peralatan utk repair
6. Tali untuk tarik motor
7. Duit minyak/makan.(hehehehe...)

Sunday, 15 March 2009

Free Ride Cameron Highland - 5/4/2009


Jentera Cadangan;
1. Kapchai
2. Skuter
3. Antik/vintage

Tentatif program adalah seperti berikut:
Tarikh 5/4/2009 Ahad
9.30pg - Berkumpul di Kedai Mamak Karisma Spg Pulai
10.00pg- Bergerak memanjat Cameron Highland
11.00 pg - Rehat/perasap di Kedai Sayur Kg Raja
11.30 pg - Bergerak semula
12.00 tghari - Pekena teh di Bharat Tea House
1.00 tghari - Bergerak & berkumpul di Medan Selera Brincang (Depan Shell)
1.30 tghari - Makan tengahari/rehat/solat
2.30 ptg - Bergerak ke Tanah Rata/Strawberry park/dan lain-lain
3.00 ptg - Shopping/bergambar (masa sendiri)
5.00 ptg - Berkumpul di stesen Bas Tanah Rata
5.15 ptg - bergerak turun ke Simpang Pulai
6.30 ptg - Sampai di simpang pulai
6.45 ptg - Bersurai

Ini adalah tentatif program sahaja. Sebarang tambahan/pembetulan amat dialu-alukan.
Semoga perjalanan kali ini berjalan lancar.
Persediaan Awal:
1. Baju Hujan
2. Baju tebal
3. Tiub tayar motor
4. Penampal tayar (utk tubeless)
5. Pam & peralatan utk repair
6. Tali untuk tarik motor
7. Duit minyak/makan.(hehehehe...)

Monday, 23 February 2009

Mee Udang Kuala Sepetang - Dah Sampai


Sebanyak 12 stesen telah berjaya menakluki Mee Udang tersebut. Walaupund alam keadaan cuaca yang tidak menentu, berjaya juga kami harungi untuk 'mencuba' makanan yang menjadi sebutan rakyat Malaysia sekarang ini.
Bermula dari Lokin bergerak melalui Chemor dan Sungai Siput, Kuala Kangsar dan masuk ke PLUS highway menuju kesana. Perjalanan yang lancar pada mulanya tetapi selepas memasuki tol tayar motor rakan pancit disitu, jadi terpaksalah menunggu demi semagat setiakawan untuk meneruskan perjalanan.



Mee Udang Kuala Sepetang, bagi saya, tiada apa yang agak istimewa, cuma ke'banjiran' udang mengikut harga yang dipilih. RM8, RM10, RM15 .... seekor udang RM1.... kalau tak silap. Persekitaran kawasan yang tak berapa 'professional' serta layanan sebelum sampai mee yang dipesan memang hampeh... Bagi mereka yang nak kesana, dinasihatkan untuk membawa 'bekal' alas perut kerana penantian itu satu penyiksaan.




Satu lagi yang hendak diberitahu.. jangan pesan 'mee goreng' di sini... nanti orang gelak kat kita. hehehehe.....













Tu diaaaaa... bil.... nasib tong-tong sorang sikit









p/s foto2 banyak lagi tak dpt masuk dalam sini.. jadi..nanti2 jer lah gambor2 lain tu

Monday, 16 February 2009

Free Ride VEE99 ke Kuala Sepetang 22/2/2009 - Senarai Nama & Jentera


Berikut adalah senarai nama peserta serta jentera yang akan dibawa. Sila maklumkan kepada saya jika anda ingin turut serta bersama kami;
1. Azahar - Honda Fame
2. Jon - Honda 86
3. Naim - Honda lampu bulat
4. Hazli - Yamaha Y80
5. Cikgu Nik - Krisstar
6. Mus - EX5
7. Hapiz - Kriss/Jaguh
8. Alex - C70 (lampu bulat)
9. Micheal - Suzuki RC100
10. Zam - CG125
11. Zainal Karim - EX5
12. Shafarin - EX5


Friday, 13 February 2009

Free Ride VEE99 ke Kuala Sepetang 22/2/2009


Tarikh 22/02/2009 Ahad
Tempat tujuan : Kuala Sepetang (Pekena mee udang banjeeeer)
Tempat berkumpul: Dewan Taman Meru
Masa berkumpul : 9.30 pagi
Klasifikasi Jentera yang dicadangkan;
a. Vintage bike 1980's (kapchai)
b. Oldskool bike (APa jenis pun)
Kelajuan konvoi tidak melebihi 60km/j dan diharap tiada kerosakan sepanjang perjalanan.
Sila daftar nama dengan JON utk susun atur pergerakan.
Mungkin disini tujuan kami..... Ni gambar cilok dari 9w2DTL punya website

Monday, 26 January 2009

Konvoi Kelantan - Satu kenangan II


Sebelum sampai ke Gerik. sempat juga singgah di Banding. Sampai ke gigi air dan tiupan anginnya yang agak kuat menyamankan dan melegakan rasa keletihan memandu yang lama sebelum ini.











Terimakasih kepada 9W2MIX yang menanti kita di bulatan Highway Salor sebelum berlepas balik. Disini juga ribuan terimaksih kepada rakan2 Kelantan terutamanya 9W2SEN yang bersusah payah memberi informasi kedudukan Hotel semasa ketibaan kami. Juga rakan2 yang sempat dihubungi di frekuensi 146.500MHz termasuklah 9W2KEY yang menunjuk jalan ke Rantau Panjang... Jasa kalian akan tetap dikenang.

p/s - sempat juga TT dgn SEN mlm tu di stadium ..pekena 'colek'







Makan pagi - punyalah makan di Pasar Siti Khadijah. Fullamak... terangkat!















Ini adalah layout depan anda semasa breakfast di Pasar Siti Khadijah. Hrmm..... hancur diet aku wehhh











Ini bukan balai polis, tetapi tempat penginapan kami semasa 2 hari di sana... Keseluruhannya agak bagus, dengan toilet yang besar aircond..fuhhh sejukkkkkkk.... dan angin yg kuat bila buka tingkap... bersesuaian dengan bayaran yang dikenakan.

Konvoi Kelantan - Satu kenangan I


Sebelah petang, sempat juga melawat kilang batik NORDIN.














Makan tengahari di GEE Restoran Rantau Panjang. Dalam kesesakan yang gawat, sempat juga mencari lokasi untuk menjamu selera sebelum masuk ke kawasan membeli belah










Mencari kain batik dan seumpamanya di Pasar Siti Khadijah amat mengelirukan. Banyak pilihan tetapi tak banyak 'pitih' ... Layan jer mata jawabnya












Sarapan pagi, seperti biasa.. nasi lemak di Stadium Sultan Muhamad ke 4. Fuhh..balun sakan.. macam2 ada...

Wednesday, 14 January 2009

Kelantan - Tunggulah kehadiran kami

Tinggal seminggu lebih saja lagi Konvoi VEE99 akan bergerak ke Kelantan untuk merehatkan minda disamping membeli belah. Sudah tak sabar rasanya para peserta untuk menanti saat tersebut.


Kami akan cuba updatekan perjalan ini nanti dari masa kesemasa. Nanti-2kan lah..

Sunday, 11 January 2009

Tentatif program Konvoi Suka-Suka ke Kelantan 24-27 Januari 2009

24/1/2009
8.30 pagi - Berkumpul di depan Dewan Orangramai Taman Meru
9.30 pagi - Breifing perjalanan, tatacara/susunatur konvoi, lekat stiker d.l.l.
9.50 pagi - bacaan doa beramai-ramai
10.00 pagi - Konvoi bergerak
1.00 tghari - Hentian Perah Grik - Makan tengahari/ toilet/solat
2.00 ptg - Konvoi Bergerak semula
3.00 ptg - Hentian Panorama - bergambar, makan angin
3.30 ptg - Bergerak ke Kelantan
6.00 ptg - Sampai ke Hotel Seri Cemerlang - check in/rehat/mandi dll
8.00 mlm - Makan malam - lokasi - akan diberitahu kelak
9.00mlm - Ronda2 Kota Bharu - tengok2 lampu.
12.00mlm - Balik hotel/lepak/sembang2

25/01/2009 & 26/01/2009
7.00 pg - Sarapan pagi - Pasar Siti Khadijah
8.00 pg - Shopping/ melawat pasar d.l.l
1.00 tghari - Makan tengahari - Masa sendiri/ lokasi sendiri
2.00ptg - Sambung shopping/ Lawatan /Berkelah
7.00 mlm - Makan Malam - dibincang nanti
8.30mlm - Pasar Malam/ Shopping
12.00 mlm balik hotel tidur

27/01/2009
7.00pg - Sarapan
8.00pg - Berkemas untuk bergerak pulang
10.00pg - Bergerak pulang ke Ipoh
6.00 ptg - Sampai ke Ipoh - bergerak kerumah masing2.

FREKUENSI YANG DIGUNAKAN : 144.990MHz
FREKUNSI TENTATIF : 144.910 MHz

**Jadual ini adalah sebagai tentatif sahaja dan mukan akan ditukar pada saat-saat akhir.

Tuesday, 16 December 2008

Konvoi Ke Kelantan ...24-27 Januari 2009

Mau tak mahu...kita akan berkonvoi lagi.. Lokasi...Kota Bharu Kelantan... 3 hari 2 malam.... Nak bershopping sakan disamping melawat tempat2 yang tertinggal masa konvoi pertama dahulu....

Dengan itu satu eyeball akan diadakan untuk menyelaraskan aktiviti yang agak mencabar dan menarik ini... Jadi bagi yang berminat... sila hadirkan diri ke lokasi berikut:


Tarikh: 19/12/2008 (Jumaat)
Masa : 9.30 malam
Lokasi : Capati Corner... Simpang pulai.

Tempat terhad... hanya yang terawal membayar utk penginapan akan diutamakan...
Menurut 9W2JOI, hanya ada 6 bilik yang kosong...

Yang lain akan diuruskan kemudian nanti....



9W2HMI

Monday, 15 December 2008

Konvoi ke RAE Wilayah Utara

Rakan-rakan SWAL/9W/9M dari kawasan lembah kinta yang ingin bersama sila berkumpul di :-

Tarikh : 17hb Dis 2008 ( Rabu)
Masa : 8.45 hingga 9.00 pagi
Tempat : Tempat letak kereta Bawah Pokok "Saga"
di depan Kedai "Abg Din" Kuehteow Kerang Stadium Perak

Waktu tayar bergolek ke pusat RAE jam 9.05 pagi.

"Good luck" untuk yang nak mabil RAE, berhati-hati ketika memandu. semoga dipermudahkan segala urusan.

Frekuensi yang dipergunakan 144.990MHz.

Wednesday, 4 June 2008

Konvoi Muhibbah Melaka - Alhamdulilah..selesai


Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya ke destinasi dan dapat bersama rakan-rakan disepanjang laluan konvoi.
Sepertimana biasa, segala onak dan duri, karenah dan perangai boleh kita selami dikala kita bersama ini.
Masing-masing telah kenal hati budi, dan ini dapat mengeratkan tali siratulrahim yang lebih lagi selepas konvoi ini. Mudah-mudahan.Andainya ada kesilapan kecil, kekurangan dan tidak puas hati perlu diketepikan demi semangat setiakawan yang hakiki.
**foto di 'rompak' dari koleksi 9w2YZU- sorry yerr..**

Monday, 26 May 2008

KONVOI MELAKA - Final Breifing

Tarikh: Rabu 28/5/2008
Lokasi: Bilik YAESU, Rumah Kelab VEE99
Masa : 8.30 mlm (tepat)
Agenda:
1- Briefing tentang Audit Melaka
2- Aturcara pergerakan, lawatan tempat dan masa
3 - SOP berkonvoi
4- Pembahagian baju konvoi (RM10) & Baju Kelab (RM25) - keutamaan untuk yang ke Melaka sahaja
5- Bergambar untuk Name TAG untuk peserta
6.- Edaran stiker, voucher minyak percuma (jika ada), makanan/minuman ringan (jika ada)
7 - Lain-lain hal

SEMUA PESERTA KONVOI & AJK PROGRAM MESTI HADIR. Yang lain boleh hadir dan tengok dari jauh sahaja...

p/s makan/minum semasa breifing ini akan ditanggung oleh anda sendiri. Harap Maklum

Monday, 21 January 2008

Konvoi ke Melaka - T-shirt aktiviti

T-Shirt Konvoi akan diedar tidak lama lagi. Pesanan dibuka sekarang
Warna: Kuning air, tanpa kolar
Logo diatas akan berada dihadapan t-shirt
Berikut adalah harga yang dicadangkan.
Peserta Konvoi: RM10 sehelai
Bukan Peserta: RM 25 sehelai.
Sila buat bayaran (9W2DFA) dan nyatakan saiz/kuantiti baju yang di kehendaki.