Ujian telah dibuat mulai malam tadi dan akan berterusan sehingga mendapat frekuensi yang sesuai dan tuning fizikal sebelum pendaftaran secara rasmi di MCMC. Ujian hanya dapat dilakukan diwaktu malam sahaja memandangkan itulah masa dimana saya dapat memantau peralatan tersebut bekerja.
Kepada mereka yang menjadi penaja projek ini, anda akan diinfokan frekuensi yang dipergunakan dari masa kesemasa. Diharap anda dapat membantu memantau dan memberi laporan isyarat yang diperolehi.
Meski pun ia tidak secanggih peralatan dari persatuan/kelab lain, tapi kita sepatutnya tetap berbangga kerana dapat menyediakannya dalam situasi ini berserta pengetahuan teknikal juga RM yang tidak seberapa ini.
-9W2HMI
Showing posts with label Repeater. Show all posts
Showing posts with label Repeater. Show all posts
Sunday, 30 March 2008
Wednesday, 12 March 2008
Repeater Team - Mengikut sumbangan yang diterima.
Disebabkan terlalu banyak permintaan untuk menjadi team pengurusan repeater ini, saya rasa adalah adil jika kita pilih rakan-rakan yang membayar dahulu. Disini saya paparkan senarai rakan yang telah selesai bayaran -Sehingga 12/03/2008
Kepada rakan-rakan yang telah menyatakan minat anda, sila buat bayaran dengan segera. Repeater akan sampai minggu depan.
" AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN"
Kepada rakan-rakan yang telah menyatakan minat anda, sila buat bayaran dengan segera. Repeater akan sampai minggu depan.
Tuesday, 4 March 2008
Eyeball 4/3/08 - Danial Fadzley Restoran

Perbincangan sekitar untuk memiliki satu repeater komersial untuk diguna pakai sekitar lokalan. Memerlukan dana sebanyak kurang lebih Rm2000 untuk menjayakan misi ini. Dengan ini pihak kelab memerlukan 20 orang yang sudi menyumbang RM100 setiap seorang. Pada malam tersebut seramai 8 stesen bersetuju untuk menyumbang kearah tujuan ini. Keistimewaan akan diberi kepada mereka yang menyumbang selepas repeater dilancarkan seperti:
1. Dikecualikan yuran pendaftaran
2. Callsign komersial yang unik3. Berkongsi dalam keuntungan - jika ada.
Pihak kelab memerlukan 12 orang lagi untuk menyertai program ini. Siapa cepat dia dapat. Pembayaran boleh dibuat pada 9W2DFA.
-9W2HMI
Subscribe to:
Posts (Atom)