SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Sunday 31 August 2008

Ucap Selamat

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua rakan-rakan. Semoga segala amalan diberkatiNya sentiasa.

Thursday 28 August 2008

Silent Key 280808 - 9M2DS



Semoga roh beliau berada dikalangan orang-orang yang soleh. Amin......

Monday 25 August 2008

Check Net Malam Kemerdekaan VEE99 - 30/08/08

Sesiapa yang ingin menawarkan diri untuk menjadi Net controller diminta menghubungi pihak AJK Kelab. Check net akan bermula pada 10.30mlm sehingga selesai.
Kepada yang berpeluang dan ingin bercheck net, anda boleh memberi ucapan kemerdekaan anda juga harapan anda di masa hadapan.
Semoga program ini berjalan lancar, dan berkemungkinan kita akan cuba linkkan ke Kuala Kangsar/ Manjung jika diizinkan.

VEE99 Boleh
9W2HMI

Program Melepaskan Ikan di Masjid An-Nur, UTP

Program yang di Ketuai oleh SWAL CJS telah melepaskan anak-anak ikan ( Kap Jepun ) sebanyak 300 ekor di kolam Masjid An Nur UTP sempena Pesta Konvo UTP ke-8. Dimana Perak Amateur Radio Transmintter’s Society (PARTS) dan Kelab Komunikasi Amal VEE99 ( VEE99)juga telah mengadakan Pameran Radio Amatur di Tapak Pesta Konvo 2008 yang telah diadakan pada 22hb Ogos hingga 24hb Ogos 2008 yang lalu



Sehingga kini hampir 700 anak ekor ikan telah selamat di lepaskan di Masjid An-Nur, UTP. Dimana semasa batch pertama telah membesar dengan begitu cepatnya..



Bersama-sama ini disertakan ucapan terima kasih daripada :-
________________________________________________________________________
## AF Ustaz Rahmat Abu Seman, Iman 1, Masjid An-Nur
Assalamu alaikum warahmatullah

Bagi pihak Unit Pentadbiran Masjid yang menerima amanah menjaga ‘kesejahteraan’ ikan-ikan intake baru ini, kami mengucapkan terima kasih atas tambahan koleksi ikan tersebut. Mohon juga kerjasama kepada yang berkunjung ke masjid untuk memberi makan ikan dari bungkusan makan yang telah disediakan oleh masjid sambil menderma untuk memastikan kelangsungan bekalan makanannya.

Semoga kita dapat pahala dengan zikir makhluk2 Allah ini.
Jazakumullah khaira ....
________________________________________________________________________
## Mohamed Noor Rosli Bin Baharom, Director of Student Services, UTP
Assalammualaikum.

Terima kasih kpd Perak Amateur Radio Transmintter’s Society (PARTS) dan Kelab Komunikasi Amal VEE99 ( VEE99) atas sumbangan ini.

Semoga Allah memberkati segala jasabaik tuan/puan.
Wassalam.

___________________________________________________________________________

-9w2sbd-

TAHNIAH ! -Selamat datang ke dunia yang lebih luas...

Saya mewakili rakan-rakan VEE99 ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada mereka yang telah berjaya mencipta kejayaan di peperiksaan RAE baru-baru ini. Semoga kejayaan ini akan membolehkan anda untuk terbang lebih jauh membawa bekalan yang telah ditimba dari pengalaman di VEE99 ini.

Bagi yang kurang bernasib baik, usaha lebih gigih diperlukan dan bimbingan rakan-rakan patut di ambil berat untuk menghasilkan kejayaan di peperiksaan mendatang

Yang dinanti-nantikan..

Keputusan RAE 2008- 1

Thursday 21 August 2008

Eyeball Perdana VEE99 - 22/08/08 Jumaat Tapak Pameran UTP

Tarikh : Jumaat 22/08/08
Masa : Bermula 9.00 malam
Lokasi : Tapak Pameran Radio VEE99, UTP Tronoh
Agenda : Berbincang sambil memeriahkan lagi booth pameran kita disamping membawa ahli keluarga ke pesta konvokeyen ini.

Sila gunakan 144.990MHz untuk mengetahui tapak sebenar lokasi.

Harap rakan tanpa ekses internet dimaklumkan oleh anda.

Monday 18 August 2008

Al-Fatihah untuk arwah ayahanda mertua SWAL ZMK



..

Dipanjatkan doa kepergian arwah kerahmatullah, semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya. Salam takziah dari kami warga VEE99, semoga kalian tabah menghadapi dugaan ilahi ini. Al Fatihah.

-9w2hmi-

Pertandingan Paintball antara Kelab/persatuan Radio dua-hala peringkat kebangsaan

Anjuran : Kelab Komunikasi Amal VEE 99 Perak
Tarikh : 26/10/2008
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Lapangan taktikal NAPSHOT Telok Batik Perak
Bayaran : RM300/team
Konsep : Round Robin with limited time.

Amacam? Kelab kita boleh anjur kot aktiviti macam ni? Siapa berani nak offer diri jadi AJK Penaja untuk aktiviti besar ini?

Sunday 17 August 2008

HARI KELUARGA VEE99- Selesai



Alhamdulillah, walalu pun dengan kumpulan yang kecil berkonvoi ke Telok Batik, berjaya juga kita mengumpulkan rakan-rakan radio di situ.
Kehadiran rakan Pangkor dan Kak Yong serta rakan Telok Intan yanbg menjayakan game paintball melengkapkan acara hari keluarga ini.

Terimakasih kepada rakan-rakan semua yang hadir dan rakan-rakan lain yang mendoakan kejayaan hari keluarga ini.




Permain Painball VEE99 kita yang berpakaian lengkap sebelum acara peperangan dijalankan.

Kemungkinan pihak VEE99 akan menganjurkan pertandingan seumpama ini diantara Persatuan/Kelab radio yang lainnya. Kita nantikan sahaja.

Friday 15 August 2008

Konvoi kenduri Besout

10/8/2008 - Sebanyak 8 kereta bergerak ke Besaout 4 untuk menunaikan jemputan MUZ kerumah kenduri kawin adik ipar beliau.

Walaupun perjalanan agak memenatkan, tetapi kegembiraan terasa kerana aktiviti sebegini jarang dilakukan dan dapat juga menambah pengalaman rakan-rakan untuk berkonvoi....

Terimakasih MUZ, kerana kenduri tersebut... dapat juga karaoke selagu dua.

Friday 8 August 2008

Bergerak ke laman web berbayar

Saya telah mengusahakan supaya laman blog percuma vee99 yang digunakan selama ini di tukar ke laman yang berbayar supaya dapat menaiktarafkan segala isi kandungannya.
Dicadangkan juga setiap ahli jawatan kuasa akan memiliki e-mail tersendiri dan mengadakan juga ruangan forum online

Laman lama : http://vee99.blogspot.com
Laman baru : http://www.vee99.prk.my <--dalam pembinaan

Harap dapat input/maklumbalas dari rakan-rakan lain

Thursday 7 August 2008

Keahlian VEE99 Melaka

Kepada rakan-rakan Melaka, terima kasih atas permohonan anda untuk menjadi ahli Kelab VEE99 ini. Tahniah diucapkan kepada 9W2XAQ kerana bersusah payah untuk mempromosikan Kelab disana.

Borang permohonan anda akan diproses tidak lama lagi..


9W2HMI

Monday 4 August 2008

Pameran Radio Amatur di UTP Convofair 08







Perak Amateur Radio Transmintter's Society (PARTS) dan Kelab Komunikasi Amal VEE99 ( VEE99) akan mengadakan Pameran Radio Amatur di Tapak Pesta Konvo 2008 yang akan diadakan pada 22hb Ogos hingga 24hb Ogos 2008.

Semua rakan-rakan dijemput hadir

Tentafif Program:-

22hb Ogos 2008 ( Jumaat )
2.30 PM 11.30 PM - Pameran Radio Amatur & Demo - Komunikasi

23hb Ogos 2008 (Sabtu)
10:00 AM 11.30 PM - Pameran Radio Amatur & Demo Komunikasi
11:00 AM 12.30 PM - Demo Membuat Antenna
5:00 PM 6:00 PM - Demo Membuat Antenna
8.30 PM 11:30 PM - Special Check Net di 9M4RIP ##


24hb Ogos 2008 (Ahad)
10:00 AM 11.30 PM - Pameran Radio Amatur & Demo Komunikasi
11:00 AM 12.30 PM - Demo Membuat Antenna
5:00 PM 6:00 PM - Demo Membuat Antenna

## Sijil Edisi Khas akan dikeluarkan kepada yang berjaya "Check In"

-9w2sbd-

Sunday 3 August 2008

Eyeball Perdana VEE99 - 6/8/2008 Rabu

Eyeball bulan Ogos adalah seperti berikut:

Tarikh : 06/08/2008
Masa : 9.30 mlm - 12.00 mlm
Lokasi : Restoran Daniel Fadzley ( menghormati Rakan Ipoh)
Agenda Perbincangan:
1 - pertukaran Rumah Kelab - realiti/fantasi
2 - Hari Keluarga - final call/agenda/kutipan bayaran/lain-lain
3 - Suaikenal SWAL <--> 9W2
4 - Konvoi makan kenduri Besaut 10/8
4- Cadangan2 yang membina yang lain.

Diharap semua rakan dapat menghadiri majlis ini.

9W2HMI