SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...
Showing posts with label Program Amal. Show all posts
Showing posts with label Program Amal. Show all posts

Monday, 10 August 2009

Perbincangan Program Amal Berbuka Puasa

Puasa dah dekat ni dan rasanya perlu kita turun sekali lagi untuk berbincang tentatif program yang akan dijalankan semasa Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak Yatim 12/9 nanti.
Dengan itu kepada yang ingin turut serta dengan RM atau idea atau tenaga di harap dapat turun seperti perancangan berikut;

Lokasi; Kedai Capati Simpang Pulai
Tarikh: 12/08/2009 Rabu
Masa : Mulai 10.30 mlm

Kepada mereka yang saja datang nak berjumpa di galakkan juga. Semoga perancangan kali ini mendapat rstu illahi

Sunday, 12 July 2009

Perjumpaan untuk projek Amal di Rumah anak2 Yatim

Harap tidak lupa dengan janji kita seperti berikut:

Tarikh: Rabu 15/09/2009
Masa : 10.30mlm - 12.00mlm
Lokasi: Capati Korner Simpang Pulai
Semua rakan2 tak kira dari jersey mana pun di jemput hadir untuk memberi sumbangan PENDAPAT dan IDEA, serta tunjuk ajar untuk menjalankan program yang agak besar ini.
Kemungkinan hadir selain dari kita;
1. Wakil Kelab Guru SMK TIWA Batu Gajah
2. Wakil Kelab Kembara Malaysia
3. Wakil lain

Diharap perjalanan majlis ini akan lancar sehingga tarikh perlaksaanan program.


p/s sebarang pertukaran lokasi (atas sebab2 yg tak dpt dielakkan) disaat-saat akhir akan diberitahu melalui radio dan telefon(wakil).

Renungan
.... sesungguhnya kebajikan akan menghapuskan keburukan... (Hud:114)

· Bantulah orang yang sedang mengalami kesulitan!
· Berilah orang yang tidak pernah mahu memberi kepada anda!
· Tolonglah orang yang dianiaya!
· Berilah makan orang yang kelaparan!
· Berilah minum orang yang kehausan!
· Jenguk orang yang sakit!
· Hantarlah jenazah!
· Layanilah dengan baik orang yang ditimpa musibah!
· Pimpinlah orang yang buta!
· Berilah petunjuk orang yang bingung!
· Muliakanlah tetamu!
· Berbuat baiklah kepada tetangga!
· Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda!
· Bahagikanlah makanan anda yang anda miliki kepada orang lain!
· Sedekahkanlah wang anda!
· Berbicaralah dengan kata-kata yang baik!
· Elakkanlah diri anda agar tidak sampai menyakiti orang lain, sebab hal itu sedekah bagi anda.

9W2HMI/019-5958844/144.990MHz

Sunday, 5 July 2009

Sembang2 Amal 15/07/09

Keseronokan dunia tidak kekal lama, hanya ibadat dan doa dari anak2 yang soleh dapat melapangkan kubur kita di sana nanti. Sekali lagi saya dan beberapa rakan ingin mengadakan satu majlis meraikan anak-anak yatim sempena bulan ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi.

Perbincangan dari hati ke hati, tanpa perbezaan baju akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 15/07/2009 Rabu
Masa : 10.30 malam - 12.00mlm
Lokasi: Capati Korner Simpang Pulai.
Agenda:
1. Menetapkan rumah anak yatim yang akan dilawati
2. Susun atur majlis
3. Petugas-petugas.
4. Penderma-penderma.
5. Makanan & aktiviti lain
6. Lain2 hal.

Kehadiran tuan/puan amat dihargai. Kemungkinan program ini akan di sokong oleh kelab2 bukan radio yang lain serta badan NGO.

Jumpa anda di sana nanti.

Sunday, 7 June 2009

Program Amal - Berbuka puasa bersama anak2 Yatim


Tahun ini baru sekali kita adakan program amal tersebut dan rasanya patut kita adakan sekali lagi sempena bulan puasa yang akan datang ini. Bukan mahu mencari nama, cuma untuk mencari pahala dibulan yang mulia itu. Sesungguhnya kadangkala kita terlupa disamping kita bergembira dengan juadah diatas meja, ada yang menangis kerana terpaksa berbuka dengan airmata.

Jika ada idea dan pendapat serta lokasi terbaik, boleh maklumkan kepada saya kerana perkara yang baik ini tidak patut kita lewat-lewatkan perlaksanaannya. Soal wang ringgit adalah faktor kedua cuma faktor semangat juga keringat ditagih dalam program amal ini.

Saya yakin masih ada rakan-rakan yang bersetuju dengan cadangan ini dan diharap dapat tampil dengan cadangan anda. Kita akan sama-sama rancangkan aktiviti ibadah ini.
p/s Program ini mungkin disertai oleh Kelab-kelab/individu yang lain. Ini tiada kaitan dengan aktiviti VEE99. Saya menyampaikan atas tiket individu sahaja.

Tuesday, 23 December 2008

Gas cylinder at your kitchen - Do you know the danger??

Expired Cylinders are not safe for use and may cause accidents. In this regard please be cautious at the time of accepting any LPG cylinder from the Vendor.
Here is how we can check the expiry of LPG cylinders:
On one of three side stems of the cylinder, the expiry date is coded alpha numerically as follows A or B or C or D and some two digit number following this e.g. D06.

The alphabets stand for quarters -
1. A for March (First Qtr),
2. B for June (Second Qtr),
3. C for Sept (Third Qtr),
4. D for December (Fourth Qtr).

The digits stand for the year till it is valid. Hence D06 would mean December qtr of 2006.Please Return Back the Cylinder that you get with a Expiry Date, they are prone to Leak and other Hazardous accidents ..

For D-13 expired forth Quarter of 2013.

Monday, 22 December 2008

Missing girl - Rabiatul Adawiyah

Assalamualaikum.. .
Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maz nah di talian 019-7186618(hp) 07-8955761(h)atau e-mailkan ke hazlan_ngah@yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu.

Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.

.Sekian, terima kasih.

Yg m'mnta kerjasama
Hazlan Bin Ngah
07-55556562(office)
p/s Tolong panjang-panjangkan perkara ini kepada semua kenalan anda/laman blog anda

Monday, 25 August 2008

Program Melepaskan Ikan di Masjid An-Nur, UTP

Program yang di Ketuai oleh SWAL CJS telah melepaskan anak-anak ikan ( Kap Jepun ) sebanyak 300 ekor di kolam Masjid An Nur UTP sempena Pesta Konvo UTP ke-8. Dimana Perak Amateur Radio Transmintter’s Society (PARTS) dan Kelab Komunikasi Amal VEE99 ( VEE99)juga telah mengadakan Pameran Radio Amatur di Tapak Pesta Konvo 2008 yang telah diadakan pada 22hb Ogos hingga 24hb Ogos 2008 yang lalu



Sehingga kini hampir 700 anak ekor ikan telah selamat di lepaskan di Masjid An-Nur, UTP. Dimana semasa batch pertama telah membesar dengan begitu cepatnya..



Bersama-sama ini disertakan ucapan terima kasih daripada :-
________________________________________________________________________
## AF Ustaz Rahmat Abu Seman, Iman 1, Masjid An-Nur
Assalamu alaikum warahmatullah

Bagi pihak Unit Pentadbiran Masjid yang menerima amanah menjaga ‘kesejahteraan’ ikan-ikan intake baru ini, kami mengucapkan terima kasih atas tambahan koleksi ikan tersebut. Mohon juga kerjasama kepada yang berkunjung ke masjid untuk memberi makan ikan dari bungkusan makan yang telah disediakan oleh masjid sambil menderma untuk memastikan kelangsungan bekalan makanannya.

Semoga kita dapat pahala dengan zikir makhluk2 Allah ini.
Jazakumullah khaira ....
________________________________________________________________________
## Mohamed Noor Rosli Bin Baharom, Director of Student Services, UTP
Assalammualaikum.

Terima kasih kpd Perak Amateur Radio Transmintter’s Society (PARTS) dan Kelab Komunikasi Amal VEE99 ( VEE99) atas sumbangan ini.

Semoga Allah memberkati segala jasabaik tuan/puan.
Wassalam.

___________________________________________________________________________

-9w2sbd-