SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...
Showing posts with label amal. Show all posts
Showing posts with label amal. Show all posts

Wednesday, 15 July 2009

Cadangan berbuka puasa bersama anak2 Yatim - Asrama Darussalam


Perbincangan terbuka malam tadi memutuskan bahawa Asrama Darussalam akan menjadi lokasi majlis berbuka puasa anjuran rakan-rakan radio, guru-guru, serta dari kelab kembara Malaysia.
Kesesuaian adalah kerana Asrama tersebut berhampiran dengan Masjid dan kerana memenuhi kriteria 'keperluan' semasa kini.

Tarikh: 12/09/2009 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang - 12.00 mlm
Tentatif program: Akan di beritahu kelak

Kepada mereka yang ingin ber'kongsi' dalam jamuan makan, boleh menghubungi saya atau 9W2JOI untuk keterangan lanjut. Kepada yang ingin menderma terus pada malam itu boleh menghadirkan diri pada majlis tersebut.

"Mudah-mudahan amal kita di terima ALLAH"

Di sini adalah sedikit tentang Asrama tersebut;

Tuesday, 23 June 2009

Kanak-kanak hilang. Minta tolong sebarkan.


NADIA NATASHA 8 TAHUN DAN AHMAD ZAKRY 10 TAHUN TELAH HILANG DARI RUMAH DI SRI PUTRAMAS, JALAN KUCHING, KL PADA 22 JUN 2009. KALI TERAKHIR KANAK-KANAK INI DI LIHAT BERADA DI SEKITAR KAWASAN PUTRAMAS JAM 7 MALAM PADA 22 JUN 2009

SEBARANG MAKLUMAT BOLEH DI SALURKAN KEPADA
PUAN MIZA DI TALIAN 013-3455661

DIHARAPKAN SEMUA RAKAN BLOGGER DAPAT MEMBANTU BAGI MENCARI KANAK-KANAK INI.
TOLONG SEBARKAN
p/s Untuk kepastian tentang info ini, sila hubung nombor yg tertera didalam berita diatas.

Tuesday, 14 April 2009

Anak Hilang. Minta bantuan sebarkan maklumat

Sumber berita dari blog isuhangat

Seorang kanak-kanak perempuan hilang,

Assalamualaikum
Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa anak saudara saya :

Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .

Jika ada maklumat sila hubungi :

Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003

atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.

Juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan terutamanya di sekitar KL

Friday, 6 March 2009

Asrama Darussalam


Mungkin ramai yang tidak tahu dimana lokasi tempat ini dan mungkin ramai yang akan tahu bahawa pada hari Ahad ini rakan2 VEE99 akan menganjurkan majlis meraikan anak-anak yatim di tempat ini.
Jadi jangan lupa untuk kesana Ahad ini bermula jam 8.00 malam.
Jumpa anda disanaaaaaaaaa.....

Wednesday, 25 February 2009

Liputan Akhbar Majlis Meraikan anak2 yatim Pulai Jaya

Dimaklumkan oleh wartawan Sinar Harian bahawa aktiviti Amal ini akan mendapat liputan berita dari mereka. Jadi di harap anda dapat turut serta bersama-sama kami dengan memakai baju rasmi VEE99 untuk memeriahkan majlis tersebut nanti. Kepada yang masih tiada baju rasmi VEE99 sila hubungi saya dengan segera. Kita akan cuba usahakan mana yang termampu. Juga pastikan kenderaan anda dilengkapi dengan peralatan radio yang secukupnya juga untuk proses bergambar.

Dengan itu satu sesi eyeball untuk membincangkan susun atur majlis, pembahagian tugas dan lain2 telah dicadangkan pada 4/3/2009 (Rabu) ini dan lokasi akan diberitahu kelak.

Untuk memudahkan pihak logistik, dicadangkan kepada yang akan hadir kemajlis Amal tersebut sila SMS seperti berikut; (callsign/nama) hadir dan hantar ke 0142511954. Ini adalah untuk penyenaraian kehadiran nanti

Sekian. Kerjasama anda dihargai.

Sunday, 1 February 2009

Bantulah Gaza. Satu lagi projek amal VEE99


Demi perikemanusiaan juga projek amal, VEE99 akan mengadakan jualan amal baju-T yang berlogokan seperti yang tertera pada 7hb Februari 2009 di perkarangan Hotel Majestic (Stesen Keretapi Ipoh) mulai jam 2 petang. Ini juga adalah bersempena menyambut kedatangan rakan radio PRADAS dalam misi berbasikal mereka dari Shah Alam ke Ipoh.
Cadangan harga Rm10 sehelai (minima..sesiapa nak sedekah lebih..alhamdlillah) dan semua keuntungan jualan akan diumumkan dan disalurkan ke tabung kemanusiaan GAZA.
Kepada yang ingin membat tempahan, sila berbuat demikian dengan segera. Kuantiti baju adalah terhad. Siapa yang lambat tidak merasalah jawabnya

Thursday, 25 December 2008

Amal - Sesetengah pihak mahu bantuan anda

JANGAN LUPUSKAN, pakaian dan kasut sekolah anak anda yang masih elok, pihak kami akan membuat hebahan untuk sumbangan keperluan tersebut menjelang KEMPEN KEMBALI KE SEKOLAH nanti !!! Kutipan akan dijalankan bermula pada bulan Disember. Mohon dipanjangkan info ini kepada kenalan2 tuan/puan.

Terdapat seramai hampir 80 orang anak-anak dari Rumah Kasih Harmoni kini belajar di Tadika Harmoni, dan hampir 50 orang dari mereka akan menaiki sekolah rendah pada tahun 2009. Jesteru itu pihak kami sedang mencari dana untuk keperluan mereka ini, pihak kami juga menerima sumbangan dalam bentuk pakaian (lelaki dan perempuan) dan kasut sekolah bagi anak-anak ini. Walaubagimana pun bagi menceriakan kali pertama mereka menduduki alam persekolahan diperingkat rendah ini, diharapkan pakaian atau kasut sekolah yang disumbangkan adalah yang masih elok.

Sekian, semoga usaha kita ini akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk bekalan kita di hari akhirat kelak. Amin.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI: http://www.ummuain.com/rumahamal.htm

p/s.. Jika dapat membantu, apa salahnya ruangkan sedikit masa untuk merealisasikan harapan mereka - 9W2HMI