SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts

Wednesday, 19 August 2009

Hasil Perjumpaan 19/8/2009



Seramai 9 stesen yang sudi menyahut panggilan IKRAP untuk melaksanakan misi perpaduan pemilik & peminat radio di sekitar sini.
Resolusi telah diambil seperti berikut.
1. Keahlian boleh dari mana-mana kelab kumpulan atau individu sendiri. Kelulusan permohonan keahlian mesti menerusi biro tatatertib & disiplin komuniti.
2. Ahli-ahli boleh menggunakan frekuensi kumpulan masing-masing atau frekuensi cadangan IKRAP (144.910MHz) sebagai perantara. Anda oleh memanggil kami di frekuensi ini mulai 20/8/2009. Kami juga akan menggunakan frekensi kumpulan lain sebagai satu inisatif untuk bekerjasama dan bersatu padu.
3. Menjalankan aktiviti-aktiviti yang mampu menarik minat orang luar untuk menyertai komuniti ini. Promosi kain rentang komuniti bercorak ucapan juga akan di perkenalkan di sekitar Ipoh
4. Mengasuh dan membantu ahli-ahli yang berminat untuk mendapat lesen amatur.
5. Membekalkan pelekat kereta, baju kerja dan tag pengenalan kepada ahli IKRAP supaya mudah dikenali dan diselia.
6. Cadangan aktiviti sulung (pameran & pertunjukan) telah dikenalpasti dan lokasinya yang akan diberitahu kelak.
7. Lantikan Pengerusi & Biro sementara Komuniti

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 malam.




Wednesday, 8 July 2009

Cadangan untuk program Amal Bulan Puasa ini..

Cadangan (sahaja) untuk program kali ini kita memilih Rumah Anak Yatim/Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda Chemor. Urusan rasmi sedang dibuat untuk mendapatkan informasi serta persetujuan dari pihak rumah Budi Mulia tersebut.
Kepada rakan-rakan yang berkesempatan untuk turun sembang2 pada 15/07/09 ini diharap boleh memberi cadangan atau idea-idea bernas bagi urusan amal ini.
Pendapat & kehadiran anda di alu-alukan. Semoga program kita ini diberkati Allah.


Oleh itu, adapun anak yatim
maka janganlah Engkau
berlaku kasar terhadapnya,
"Treat not the orphan
with harshness"
(Qur’an 93:9)
p/s jika anda rasa ada tempat lain yang lebih 'memerlukan' harap dapat ketengahkan nanti..


Untuk sebarang pendapat/idea/ komen.. sila isi borang di SINI

Friday, 27 March 2009

Meeting PARTS - Kewajipan anda sebagai AHLI


PADA : 29 - 03 - 2009 (Ahad)

WAKTU: 09.00 pagi

TEMPAT : Wakaf PARTS. Kuaters JKR No: 561-562, Jalan Slibin, Ipoh.

p.s. jangan Lupa Bawa Laporan AGM yang telah diposkan tengoh hari..

Thursday, 19 March 2009

Meeting & Meeting - Tunaikan kewajipan anda sebagai ahli..


Astra - Sabtu 28/03/2009 - Ada makan malam pada malam sebelum tu di rumah 9M2RR. Untuk keterangan lanjut boleh kelaman web http://www.astra.org.my/



PARTS - Ahad 29/03/2009 - Kali pertama dibuat diwakaf sendiri. Anda boleh layari http://www.parts.org.my/ untuk info lebih lanjut.








p/s Tunaikan tanggungjawab anda sebagai ahli.....

Monday, 10 November 2008

SWAL - Maafkan kami

Harap maaf jikaQSO ada tidak akan dilayan di VEE99 selepas ini. Harap anda memahami masalah kami dan jangan kecil hati jika di suruh berhenti untuk memancar.
Meskipun anda mungkin mengatakan kami sombong walaupun kami bertahun-tahun membantu SWAL belajar ber QSO cara yang betul juga menunjukkan cara untuk menggunkan radio dengan betul, kami tidak kisah. Undang-undang, tetap undang-undang.
Memang sedih meninggalkan anda terkontang kanting. Kita tidak akan lagi memantau anda, menjaga anda, menasihati anda. Buatlah apa anda suka, dan jika ada komplen tentang anda, pihak VEE99 tidak akan bertanggungjawab lagi.. tidak akan mem'backup' anda lagi. Kami berharap anda berusaha cara mana pun untuk memiliki AA dan akan mengikuti lunas undang-undang kerajaan selepas ini.
Perbincangan malam tadi banyak memberikan pandangan dan pendapat... jadi selepas ini, pihak VEE99 tidak akan bertanggung jawab kepada sesiapa atau SWAL yang menyalahi kod etika yg di ketengahkan oleh MCMC tempohari. ANda nak main tekan2 PTT terpulanglah kepada anda. Nak mencarut ke, maki hamun ke...ikut lah. Sebab kita ada "RAKAN' yang akan melaporkan apa juga pergerakan kita, kerana tugas itu sudah sinonim dgn suku sakat bangsa dia sejak azali.

MAAF KAN KAMI

9W2HMI (0195958844)

Tuesday, 22 July 2008

Mesyuarat aktiviti Kelab VEE99- 23/7/2008

Lokasi: Rumah Kelab Vee99
Masa : 9.30mlm
Agenda:

1. Program makan durian
2. Program hari Keluarga
3. Program Pameran Sempena KONVO di UTP
4. Lain-lain.

Sebarang pertanyaan sila panjangkan kepada penyelaras promosi SWAL SLM

p/s Sila infokan kepada rakan lain yg tiada kemudahn intenet ini.

Berikut adalah surat jemputan dari UTP Tronoh untuk mengadakan satu pameran dan penerangan mengenai radio dua hala ini.

Semua ahli diminta untuk memberi sumbangan yang sewajarnya dalam menjayakan aktiviti MEGA ini.

Thursday, 5 June 2008

Mesyuarat Kelab VEE99- 10/6/2008

Seperti SMS yang anda telah dapati;

Tarikh: 10hb June 2008 ; SELASA
Masa : 10.00 malam tepat
Lokasi : Bilik ICOM - Clubhouse VEE99

Agenda:
1. Pembentangan Kunci Kira-Kira akaun kelab
2. Post Motem konvoi Muhibbah
3. Perancangan Konvoi berikutnya.
4. Perlantikan Warga Kerja baru
5. Hala tuju kelab - idea peningkatan
6. Pameran 14/6 - Susunatur
7. Hal-hal lain

Semua AHLI di jemput hadir.