SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Sunday, 13 September 2009

Selamat Hariraya..اهلان وسهلا يا رمضان


Assalaamu'alaikum
Ramadan tahun ini semakin meninggalkan kita. Syawal semakin hampir menjelma.
Berikut saya sertakan beberapa artikel tentang Sambutan Hari Raya Mengikut Sunnah Nabi SAW dan beberapa hukum tentang Puasa Enam.
Semoga ianya bermanfaat. Tidak dapat Buat Semua Jangan Tinggalkan Semua.
Sekian Wassalaam

2. ADAKAH DISUNNAHKAN MENZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA AIDILFITRI5. RAYA SELEPAS PUASA ENAM

Sumber: akob73
Khat: awangpurba

Wednesday, 9 September 2009

Keajaiban Buah Manggis


Penyakit bukanlah sejenis masalah yang dapat diubati dalam sekelip mata dan kejadiannya juga seringkali berlaku secara perlahan - lahan sebelum dapat dikesan oleh doktor atau dapat kelihatan sebarang tanda
Kesan perubatan dari buah Manggis ini pula adalah bergantung kepada jenis badan seseorang dan berkesan kepada setiap individu. (Tambahan pula produk ini diklasifikasikan sebagai minuman/makanan kesihatan dan bukannya ubat-ubatan)
Produk dari buah Manggis ini juga perlu diambil sekerap yang mungkin bagi menampakkan keberkesanannya

Antioksidan yang diperkuat oleh vitamin
Jus Manggis mengandungi vitamin bersifat antioksidan , iaitu Vitamin A (sebagai beta karotena), Vitamin C dan E untuk membantu menentang radikal bebas dan mencegah tekanan pengoksidaan kepada badan*.

Melindung dan menyokong jantung yang sihat
Mengekalkan kesihatan kardiovaskular dan membantu membentuk sel darah merah yang sihat dan sistem saraf yang sihat.*

Mengekalkan tahap asid amino homosisteina yang sihat*

Melindungi sel dan membantu kandungan kolesterol pada tahap yang sihat.*

Membekalkan vitamin B pada tahap yang sihat kepada jantung.*
Merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang dengan kandungan lemak tepu dan kolesterol yang rendah, dan mengandungi asid folik, vitamin B6 dan Vitamin B12 yang dapat mengurangkan risiko penyakit vaskular
Menjadikan mata, kulit dan rambut lebih sihat.
Menolong menggalakkan kesihatan penglihatan, penglihatan pada malam, dan kesihatan mata.
Menjanakan tenaga yang mencukupi.
Memainkan peranan dalam penyerapan dan metabolisme protein dan karbohidrat .*

Membantu dalam penukaran tenaga dan dalam penjanaan tenaga dari glukosa.
Menyokong sistem pengimunan.
Menyokong sistem pengimunan dan dengan meningkatkan fungsi sistem pengimunan.
Penghapus Radikal Bebas yang kuat.
Satu antioksidan yang unggul dengan nilai ORAC yang paling tinggi. Antioksidan membantu badan menentang radikal bebas yang bahaya dan juga menggalakkan panjang umur sel.*

Bukti saintifik menunjukkan bahawa penggunaan vitaman antioksidan boleh mengurangkan risiko sesetengah jenis kanser.***

Sistem Pencernaan yang sihat.
Membantu menyokong sistem saluran usus yang normal dan sihat.*

Rumusan Biosoluble
Rumusan berbentuk cecair yang sedap lebih mudah diguna dan lebih bioavailable (sedia diserap oleh badan) daripada pil atau Taplet

Monday, 7 September 2009

Berpantang maut sebelum ajal !


BLOOMINGTON, Amerika Syarikat (AS)

1. Musibah bukan hanya kena pada manusia, bahkan pada haiwan juga. Pada manusia, musibah berkemungkinan besar sebagai kaffarah kepada dosa-dosanya, namun musibah yang tertimpa atas haiwan banyaknya kerana kerakusan dan kecuaian manusia.

2. Di Bloomington, seekor kucing dilaporkan cedera parah terkena tujaman anak panah. Yang ajaibnya ia masih mampu hidup kepalanya telah ditembusi anak panah tersebut.Sungguh Allah Maha Kuasa.

3. Kucing yang diberi nama Brownie itu dipercayai dipanah oleh individu yang tidak bertanggungjawab namun doktor haiwan tersebut percaya kucing itu selamat kerana ia baru kehilangan salah satu daripada sembilan nyawanya.

4. Seorang doktor haiwan di sini berjaya menyelamatkan nyawa Brownie yang berusia empat tahun apabila anak panah sepanjang 33 sentimeter di bahagian tengkorak itu dikeluarkan.

5. Inilah yang dikatakan berpantang maut sebelum ajal. Cuba bayang dan dengar-dengarkan apakah kata-kata dan rintihan si Brownie ini sebelum anak panah selamat dikeluarkan? Allah Allah Allahh, nyiluunya.

Tuesday, 18 August 2009

Apa khabar 9M2EMI?


Hari ni sempat bersembang dengan dia di telefon. Khabarnya beliau telah beransur pulih dan mula bekerja pada 1 hb September. Akan tetapi beliau akan menyambung cutinya supaya benar-benar pulih dan paling mengejutkan beliau akan memulakan tugasnya nanti di PLUS Bertam, Penang dan bukan lagi di Ipoh. Keseluruhan keluarganya akan mengikuti beliau hujung tahun nanti.

Apa-apa pun selamat sembuh dan menjalankan tugas seperti biasa selepas ini. Jika sesiapa yang melalui Sg Dua ke tikam batu, boleh lah calling2 beliau disana nanti.

Saturday, 25 July 2009

Bakal Tiba


Sangkut yang lama dah ganti ke?

Tuesday, 14 July 2009

Pelarasan Arah Kiblat Khamis ini


Dari- BERNAMA

Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

Friday, 10 July 2009

Blog VEE99 bersih dari ancaman virus dll.....


Untuk memastikan tiada link dan sumber input mengandungi sebarang gangguan virus dan sebagainya, saya telah scankan nya menggunakan Office Link Scan. Hasilnya adalah seperti anda lihat diatas...

Sunday, 14 June 2009

Makna Persahabatan?


Apakah ini makna persahabatan pada anda?

Thursday, 28 May 2009

VEE99 @ 146.5375MHz (V59)

Bagi memberi ruang kepada bahagian komersial menjalankan tugas-tugasnya dengan berkesan, saya mencadangkan satu frekuensi lain untuk di pergunakan. V59 - 144.5375MHz adalah frekuensi simplex yang dicadangkan oleh MCMC dalam band plan nya.
Saya harap rakan-rakan boleh membuat ujian antena jellopy dengan SWR meter dan satu tarikh akan ditetapkan untuk tujuan tersebut. Diharap rakan-rakan sudi untuk menguji pemancaran masing-masing disetiap masa yang ada. Saya akan cuba berada disana pada masa terluang untuk mengesahkan audio anda..

p/s Selalunya kita dilingkungan 144 HHz sahaja... cuba tengok keupayaan antena anda pada 146MHz ....... Kemungkinan saya akan menyambungkan kepada echolink tidak lama lagi.... dapat jugak kita merasa QSO dengan rakan luar...

Wednesday, 27 May 2009

Lari dari tujuan asal?

Saya memang telah menduga bahawa perkara ini akan terjadi semasa saya membaca E-QSO satu masa dahulu. Cadangan tersebut memang saya tolak mentah-mentah kerana ia telah jauh bercanggah dari tjujuan asal pembentukan VEE99 ini. Ini menyebabkan sesetengah pihak menyerang saya secara peribadi dan kini segalanya telah menjadi kenyataan bila hasil 'eyeball' yang lalu memgesahkan pihak mana yang mahu cadangan itu dilaksanakan.
Sedikit soalan dari saya selaku pemegang amanah yang diberi tugas menjaga kepentingan VEE99. Anda fikirkan dan anda jawab sendiri...
1. Kenapa sekarang VEE99 perlukan penaung sedangkan selama ini VEE99 digerakkan oleh ahli-ahli itu sendiri dengan sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit yang tidak ternilai itu?
2. Kenapa perlukan penaung kerana jika ada penaung sebarang aktiviti mesti melalui penaung dan tidak boleh dilakukan sesuka hati kita. Apakah VEE99 tidak mempunyai tenaga dan wang ringgit dan mengharapkan agar penaung akan menawarkan budget untuk sebarang aktiviti kita?
3. Pihak VEE99 tidak menghalang mana-mana pihak untuk memasuki mana-mana Persatuan/Kelab pun selagi mereka diterima oleh Persatuan/Kelab tersebut. Anda boleh pantau banyak grup di Ipoh ini yang ada kumpulan-kumpulan tersendiri... VEE99 tidak pernah mengambil tindakan sendiri dengan mereka.
4. Kenapa eyeball dibuat dilokasi 'tidak popular' oleh kebanyakan ahli VEE99 yang setia sehingga sekarang ini? Adalah disitu semua ahlinya mendaftar dengan Vee99 atau tidak pun memeriahkan VEE99 selama ini? Bukan mahu menidakkan hak individu tetapi tujuan apa juga disitu masih memilih YDP sekali lagi? Buktinya adalah pemilik VEE Sembilan Sembilan yang sah hadir?
5. Menidakkan konsep 'AMAL' dalam VEE99 adalah amat bercanggah dengan perjalanan kumpulan ini. Bayaran keahlian adalah perlu untuk VEE99 Komersil kerana untuk menggerakkan sesuatu Kelab, perlukan modal ( setakat laporan terkini 12 orang sahaja mendaftar). Untuk memancar di Frekuensi 144.990MHz adalah BEBAS selagi anda mempunyai lesen yang sah atau SWAL yang dibawa oleh 9W2 dan mesti dibimbing oleh pembawa SWAL itu sendiri. Konsep ini sudah lama dipraktikkan.
144.990MHz bukan milik mana-mana individu atau kumpulan cuma digunapakai oleh ahli2 VEE99 di Ipoh ini sahaja.
6. Saya sudah cuba berunding dengan 'YDP' baru berkenaan perkara ini dan malang sekali tidak diendahkan dan dianggap mencampuri urusan pentadbiran beliau. Jika saya dituduh tidak mendengar nasihat ahli2... kenapa sekarang saya sebagai ahli berbayar tidak mahu terima nasihat saya.
7. Akhir sekali, bagi saya.. konsep AMAL ini akan tetap saya teruskan demi tanggungjawab yang diberi oleh pelopor VEE99 satu masa dahulu. Ini adalah pendapat saya dan tidak mencerminkan pendapat ahli2 kelab yang lain. Anda mempunyai hak untuk tidak setuju dengan pendapat saya ini

p/s Saya akan biarkan kepada ahli-ahli untuk memilih hala tuju perjalanan kelab ini...
Maafkan saya kerana gagal untuk mempertahankan konsep asal kelab ini

Sunday, 24 May 2009

http://vee99.blogspot.com - Isu besar?

Banyak sangat menyangkal dan banyak sangat buat komen. Tapi yang buat komen langsung tidak pernah ikut perkembangan kelab. Yang seronoknya, bukan ahli pun dan dapat cerita dari rakan-rakan yang kebanyakkannya menambah kesedapan cerita dengan menokok tambah dari cerita asal. Eyeball yang dirancang oleh YDP baru pada 26/5/2009 ini mungkin dapat merungkai persoalan ini,
1. Tujuan asal VEE99 amal membenarkan penubuhan VEE99 komersil (VEE sembilan sembilan, 9W2MVA & 9W2DRH)? Walaubagaimanapun saya tetap juga menguruskan VEE99 Amal.

2. Kenapa suara bukan ahli (yg tak bayar yuran tahunan 2009) selalu ditonjolkan sebagai betul? Kalau benar2 sayangkan VEE99, kenapa tidak saja menjadi ahli yang bernaung dibawah vee sembilan sembilan?

3. Blog ini telah diberikan admin access kepada pengurusan baru dan kenapa takut owner mengganggu kerana kalau betul perjalanan dan tujuan asal kelab ini seperti dipersetujui.. owner dengan senang hati tidak akan update apa2 lagi... Saya tidak mahu terjadi kepada satu laman dimana kepercayaan telah diberi kepada seseorang untuk menjalankannya tetapi tiba-tiba didelete tanpa memberitahu kepada empunya laman. Itu satu pengajaran terbaik untuk saya supaya lebih berhati-hati. Bila masa gembira, kita tidak kisah apa pun. Bila sudah rasa tidak puashati, segalanya bertukar rupa.

4. Kenapa orang lain sibuk2 dalam VEE99 ini? Adalah mereka betul2 ikhlas dalam membantu atau saja2 nak biarkan VEE99 ini terus dimaki dan dikecam seperti mana mereka mahukan sejak dulu lagi.

5. Saya berhak untuk menyuarakan pendapat saya kerana saya. 9W2PIZ & 9W2DRH adalah pengguna asal 144.990MHz, dan 9w2AFR memberi nama dari Simplex keluarga Ipoh ke Vee99. Frasa 'Kelab komunikasi Amal VEE99' adalah idea saya dan design logo adalah idea asal 9W2SBD.

Wednesday, 29 April 2009

Selesema babi.. tahukah anda?


Penyakit selesema babi atau swine influenza kini sedang mendapat perhatian ramai. Sehingga 27 April 2009 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan wabak Swine Influenza A (H1N1) terdapat 40 kes yang disahkan di Amerika Syarikat, 6 kes di Kanada, 2 kes di Scotland dan 1 kes di Sepanyol. Sementara itu 1,840 kes yang disyaki dengan 104 kematian di Mexico dan 25 kes disyaki di New Zealand.

Wabak Selesema Babi
Di Malaysia buat masa ini tiada kes yang disyaki memenuhi kriteria penyakit Swine Influenza. Berdasarkan pemerhatian 'influenza like illness', tiada peningkatan kes dan kes berkelompok yang dilaporkan.

Bagi meningkat pengetahuan mengenai wabak selesema babi atau swine influenza ini, berikut adalah soalan-soalan lazim mengenainya;

1. Apakah Selesema Babi?

Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).

2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yang wujud?

Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi).

Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant).

Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia.

Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerima laporan kes Selesema Babi dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

4. Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?

Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan? (bagi bukan Islam)

Ya. Tiada bukti mengaitkan Selesema Babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Selesema Babi boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160°F/70°C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selesema Babi. Terdapat juga kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.

7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?

Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

8. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?

Kebanyakkan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

9. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?

Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset).

Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.

Ambil langkah-langkah berikut:

* Jika anda batuk atau bersin:
- Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
- Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
- Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

* Amalkan kebersihan diri.
Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.

* Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

* Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka.

* Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.

Kementerian Kesihatan menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak melakukan lawatan ke luar negara terutamanya ke negara yang sedang dilanda wabak sekiranya tidak perlu dan keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Maklumat lanjut mengenai wabak selesema babi atau swine flu ini boleh diperolehi dengan menghubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200 / 03-8881 0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my. Orang ramai boleh juga melayari laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.my untuk maklumat terkini.
Info dari 9W2HMI

Monday, 27 April 2009

Ais Krim PERCUMA untuk anda


Jika anda dan keluarga tidak kemana-mana di hari pekerja ini (1hb Mei 2009), dengan ini saya ingin menjemput semua ahli VEE99 dan rakan-rakan lain ke kilang WONDERFUL CREAMERY di Jelapang untuk menikmati ais krim pelbagai jenis dengan PERCUMA. Makan sebanyak mana termampu; Cuma anda tidak dibenarkan tapau jerr....
Hubungi saya 9W2HMI di 144.990MHz untuk pertanyaan lanjut.
p/s: Salah satu dari info berguna dari 9W2HMI

Saturday, 25 April 2009

Erti sebuah c.i.n.t.a... sebaldi k.a.s.i.h... secubit s.a.y.a.n.g....

selalu yg terjadi....

CINTA :
(sebelum kahwin)

C
= cubit kiri, kanan rasa.
I
= impian indah ibarat syurga.
N
= nikah impian utama.
T
= taat setia membawa bahagia.
A
= awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C
= cuka yang dituang pada luka.
I
= iblis yang merosak minda.
N
= nafsu semata-mata..
T
= tuba yang dibalas semula.
A
= api dalam neraka.



(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.


(selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :

(sebelum kahwin)

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.


HATI :

(sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)

H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat
macam mana?


tetapi yg seharusnya ialah...


C- Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I- Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N- Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T- Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A- Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga..


K- Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A- Akad dilafaz cinta berbunga
S- Suami disanjung-tinggi
I- Isteri disayangi
H- Harumlah kasih sepanjang zaman


S- Sayangkan Isteri kasihkan suami
A- Ada masalah, dibincangkan bersama
Y- Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A- Amalkan hidup bertoleransi
N- Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G- Gaduh sesekali tu perkara biasa


H- Hati suami mesti dijaga
A- Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T- Tanggung-jawab dipikul bersama
I- Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

HAZIZUL ZAIDI BIN MD ISA

9w2-Drh

Sunday, 12 April 2009

Tahniah kepada 9W2TUO - Jadi ayah

12/04/2009 - tarikh keramat bagi 9W2TUO dan isteri kerana dikurniakan seorang putri dan mereka kini bergelar ayah dan ibu.. Selamat datang ke kelab keluarga.



-9w2hmi

Saturday, 4 April 2009

Friday, 26 December 2008

Peristiwa penting Awal Muharam

Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.Nabi Isa diangkat ke langit.