SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Friday 4 January 2008

Kutipan bulanan ahli kelab VEE99. RM5 ?

Merujuk kepada undian yang telah dijalankan, saya dapati majoriti yang menyokong bahawa RM2-5 adalah tidak menjadi bebanan bagi ahli-ahli. Disini satu perkiraan mudah jika terdapat 50 ahli berdaftar yang tetap membayar yuran ini selama setahun.

RM5 x 12 bulan = RM60
RM60 x 50 ahli = Rm3000.00

Jadi secara tak langsung kita boleh mengadakan aktiviti amal pada setiap hujung tahun tanpa perlu mengada mesyuarat tergempar memohon derma ikhlas.

Jadi, ini adalah pendapat individu saya sahaja, segalanya bergantung kepada ahli-ahli sekalian. Bagi saya kepada mereka yang telah membayar RM10 cuma perlu membayar RM4.20 sahaja setiap bulan.

Sila bincang di e-qso untuk mengenalpasti sebarang idea opsyenal.

9W2HMI

No comments:

Post a Comment