SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Monday 5 February 2007

Hari Keluarga Vee99 - d'Chalet Sitiawan Perak

Alhamdulillah segala perancangan telah berjalan lancar. 8 stesen telah hadir di lokasi bersama keluarga masing-masing untuk bermalam di sana. Maaf juga dipohonkan kepada rakan-rakan lokalan Manjung kerana tidak mengwarwarkan aktiviti yang telah dijalankan dikawasan mereka.

Photobucket - Video and Image Hosting

Stesen yang hadir:
1. SWAL MAS - Pakaji Buluh Perindu
2. SWAL QFP - Hazizul
3. 9W2OMO - Azhar
4. 9W2RIL - Shahril
5. 9W2VEE - Abg BUD
6. 9W2PIZ - Hapis
7. SWAL ZOL - Zul
8. 9W2HMI - Hazli

Acra dimulakan denganmemasak untuk makan petang. Rebus ubi keledek (purple) cicah dengan kelapa parut bergaram dan gula. Fullmak.... dan ditambah dengan ubi kayu rebus dan paling istimewa ubikayu bakar... Terasa seperti zaman Jepun yang di cerita oleh orang tua kita dulu.


Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Sambil membakar dan merebus, kita mula memasak nasi dan juga membakar ayam, itik, kambing dan lembu. Masih terliur rasanya kerana perapan yang disedia kan oleh SWAL ZOL amat istimewa sehinggakan SWAL MAS yang tidak mahu makan itik telah meyental sehingga dua ketul... Fikirkanlah bagaimana enaknya.

Konsep outing berkeluarga telah tercapai dengan XYL semua stesen telah bergotong royong dalam memasak semua juadah dengan berbagai cara dan citarasa. Semuanya sedap dan semuanya istimewa.

Photobucket - Video and Image Hosting

Sebelah malamnya pula sambil menyediakan makan dan sambil meratah panggangan, sempat jugak berkaraoke. Semua menyampaikan lagu yang menjadi kegemaran masing-masing. Aduh..... kalaulah hujan malam tu.... bayangkanlah.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Larut malam dalam kekenyangan, SWAL ZOl memberi ceramah percuma kepada rakan-rakan untuk memotivasikan diri masing-masing. Saya sempat sental kerang bakar sampai 2 kilo tu... hmmm... favorite lah katakan.

Sebelah pagi, SWAL ZOL masak nasi goreng ala Vee99.... sedap jugak walaupun dalam serba kekurangan tu. Nasi lemak juga telah disediakan oleh pihak pengurusan chalet tetapi baki makanan semalam masih dimakan jugak sebagai tambahan pada apa yang disediakan itu.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Kumpulan bersurai lebih kurang jam 11 pagi. Meneruskan perjalanan masing-masing. Berkonvoi ataupun ke arah yang berlainan.

Segugus doa dipanjatkan kepada ilahi semoga kumpulan ini akan dapat bertahan sehingga bila-bila sesungguhnya amat jarang kita dapat merasakan suasana sebegini dalam situasi dimasa kita masih berlumba-lumba untuk mencari pencarian hidup duniawi.

No comments:

Post a Comment