SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Friday 16 February 2007

Eyeball 16/02/2007 - Restoran SukaRasa Pangkalan Ipoh

Kehadiran:
1. 9W2HMI
2. 9W2PIZ
3. 9W2OMO
4. 9W2RIL
5. SWAL NAJ
6. SWAL AZI
7. SWAL JAG
8. SWAL MAS
9. SWAL OMMama
10. dan beberapa rakan baru yang meminati HAM Radio ini

Eyeball kali ini di adakan di restoran tomyam dimana bermulanya V99 ini. Kehadiran ramai rakan-rakan baru telah menyerikan lagi majlis ini.
Perjumpaan bermula dengan perbincangan antara rakan-rakan mengenai program Hari Keluarga ke-dua yang dijangka akan di adakan di Kuala Gula Taiping Perak. Dengan konsep memancing dari pintu bilik, kesemua rakan bersetuju untuk mendapatkan informasi lebih lanjut lokasi tersebut.

Photobucket - Video and Image Hosting

Agenda kedua adalah berkisar pada frekuensi yang sering digunakan yang acap kali terganggu dengan siaran teksi yang kebetulan mempunyai frekuensi yang hampir sama. Rakan-rakan telah menetapkan untuk menggunakan 144.990 MHz sebagai frekuansi ujian sebelum menetapkan ia sebagai frekuensi rasmi kumpulan

Photobucket - Video and Image Hosting

Saranan dari kumpulan supaya mempunyai satu baju rasmi sebagi tanda pengenalan juga mendapat sambutan. Kemeja T berkolar, Kemeja T leher bulan atau pun vest telah di cadangkan sebagai pakaian rasmi. Kita akah mencari satu logo sesuai untuk di letakkan pada baju tersebut.

Photobucket - Video and Image Hosting

Saranan untuk menempah stiker kereta supaya orang ramai dapat mengenal pasti kumpulan ini juga mendapat sambutan.

Eyeball bersurai satu demi satu dan kumpulan terakhir meninggalkan tempat duduk jam 12.45 mlm.

Terimakasih kepada rakan-rakan kerana sudi menghadirkan diri di majlis eyeball ini.

No comments:

Post a Comment