SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Thursday 1 May 2008

Clubhouse VEE99

Cadangan layout


Lokasi: 15A, Laluan Bt. Gajah Perdana 1, Taman Batu Gajah Perdana, 31500 Pusing Perak

Tahniah kepada semua rakan-rakan yang bertungkus lumus untuk mengemaskan rumah kelab tersebut dan juga kepada mereka yang tidak hadir yang turun memberi sokongan moral kepada ahli2 lain.
Seramai lebih kurang 25 rakan hadir silih berganti dalam aktiviti ini. Terimakasih kepada anda. Selepas penat bekerja, satu sessi penerangan oleh 9W2DMG tentang persatuan di jalur lebar dan serta jemputan beliau untuk rakan-rakan menjadi ahli. Beliau juga menerangkan tentang keistimewaannya. Bagi saya dan rakan-rakan yang lain, kami disini tidak melarang sama sekali untuk ahli-ahli menyertai mana-mana kelab dan persatuan lain, asalkan mendapat manafaat kepada diri mereka sendiri.
Dari pandangan kecil saya, sesuatu harus dilakukan oleh persatuan tersebut jika mahu terus mengungguli jaluran di Malaysia ini. Di Ipoh sendiri, pemancar yang diletakkan selalunya bermasaalah sehinggakan tiada rakan senior yang berani untuk mempromosikan jalur lebar tersebut. Tindakan cepat dan berkesan patut dilakukan segera kerana beberapa kelab/persatuan lain sedang memperkembangkan sayap mereka keseluruh negara. Saya rasa belum terlambat untuk melakukan sesuatu peubahan besar kepada persatuan. Ini adalah pandangan peribadi saya selama lebih kurang 2 tahun menjadi pengendali radio amatur.
Gotong royong diakhiri dengan makan tengahari di kedai berdekatan (bukan 786). Saudara kita 9W2DMG sekali lagi meyumbang Rm untuk jamuan tersebut. PANJANG UMUR TOK MEGAT!!.
Akhir sekali, untuk ahli-ahli kelab, inilah masa untuk kita menggembeng tenaga untuk menaikkan status kelab sebaris dengan kelab-kelab lain di Malaysia ini. Di tangan andalah penentuan jatuh bangun kelab. Pengorbanan harus dilakukan. Aktiviti harus dicari, tidak kita ber RM ataupun untuk AMAL.

Tepuk dada tanya selera...

9W2HMI @ vee_99@streamyx.com

p/s gambarfoto akan diupload tak lama lagi.... browser MAXTHON kat rumah ada masaalah script...

No comments:

Post a Comment