SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Thursday 21 February 2008

Check Net Istimewa V44 - Ipoh 21/2/2008

Dalam menyahut seruan 9W2OCD, 9M2NNL dan beberapa rakan senior yang lain, pihak VEE99 setuju untuk 'beralah' demi semangat Radio Amatur di Malaysia ini. Kelab kami yang selalu dianggap sebagai 'tidak professional', 'bermasalah', 'tidak reti QSO', buta SOP , 'bangkai', sampah dan sebagainya telah mengadakan satu 'check net' bagi merapatkan silatulrahim antara dua simplex yang ada di Ipoh ini.
Dengan 9W2RIL sebagai net controller membawa motto 'SATU HOBI, SATU HATI', telah berjaya menceriakan net tersebut. Kebanyakan rakan HAM bersetuju dengan adanya aktiviti ini setiap minggu dapat mereka mengenali satu sama lain disekitar lokalan ini.
Seramai 48 stesen ber'AA' termasuk rakan SWAL sudi untuk menghubungi pengawal rangkaian pada malam tadi.
Apa yang diperhatikan, pihak yang kononnya 'professional' di V44 ini terlalu 'QRL' sehingga tidak dapat bersama pada malam tadi. Itulah adanya.
Sekarang apa lagi patut kami lakukan?

No comments:

Post a Comment