SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Wednesday, 29 April 2009

I-bol untuk Vee99 yang Kedua

Majlis perjumpaan Ahli dan Ajk Kelab Vee 99, Ahli dan Ajk Kelab diwajibkan hadir.

Topik: 1. Perjalanan Blog Vee99

2. Pertimbangan yuran Keahlian

3. Projek Vee99

4. Cadangan-cadangan lain

Tarikh : 02- May – 2009

Tempat: Capati coner Simpang Pulai

Masa: 9.30 malam

HAZIZUL ZAIDI BIN MD ISA

9W2-DRH

Selesema babi.. tahukah anda?


Penyakit selesema babi atau swine influenza kini sedang mendapat perhatian ramai. Sehingga 27 April 2009 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan wabak Swine Influenza A (H1N1) terdapat 40 kes yang disahkan di Amerika Syarikat, 6 kes di Kanada, 2 kes di Scotland dan 1 kes di Sepanyol. Sementara itu 1,840 kes yang disyaki dengan 104 kematian di Mexico dan 25 kes disyaki di New Zealand.

Wabak Selesema Babi
Di Malaysia buat masa ini tiada kes yang disyaki memenuhi kriteria penyakit Swine Influenza. Berdasarkan pemerhatian 'influenza like illness', tiada peningkatan kes dan kes berkelompok yang dilaporkan.

Bagi meningkat pengetahuan mengenai wabak selesema babi atau swine influenza ini, berikut adalah soalan-soalan lazim mengenainya;

1. Apakah Selesema Babi?

Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).

2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yang wujud?

Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi).

Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant).

Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia.

Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerima laporan kes Selesema Babi dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

4. Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?

Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan? (bagi bukan Islam)

Ya. Tiada bukti mengaitkan Selesema Babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Selesema Babi boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160°F/70°C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selesema Babi. Terdapat juga kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.

7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?

Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

8. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?

Kebanyakkan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

9. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?

Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset).

Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.

Ambil langkah-langkah berikut:

* Jika anda batuk atau bersin:
- Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
- Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
- Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

* Amalkan kebersihan diri.
Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.

* Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

* Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka.

* Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.

Kementerian Kesihatan menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak melakukan lawatan ke luar negara terutamanya ke negara yang sedang dilanda wabak sekiranya tidak perlu dan keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Maklumat lanjut mengenai wabak selesema babi atau swine flu ini boleh diperolehi dengan menghubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200 / 03-8881 0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my. Orang ramai boleh juga melayari laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.my untuk maklumat terkini.
Info dari 9W2HMI

Tuesday, 28 April 2009

Junior 9W2PIZ

Tahniah diucapkan kepada 9W2PIZ – ( Hafiz) dan keluarganya atas kelahiran cahaya mata barunya,

Anak perempuan….., diharap XYLnya didalam keadaan sihat. Sesiapa yang ingin melawat boleh mengunjungi Hospital Besar Ipoh.

Sekian ….

9W2DRh

Monday, 27 April 2009

Ais Krim PERCUMA untuk anda


Jika anda dan keluarga tidak kemana-mana di hari pekerja ini (1hb Mei 2009), dengan ini saya ingin menjemput semua ahli VEE99 dan rakan-rakan lain ke kilang WONDERFUL CREAMERY di Jelapang untuk menikmati ais krim pelbagai jenis dengan PERCUMA. Makan sebanyak mana termampu; Cuma anda tidak dibenarkan tapau jerr....
Hubungi saya 9W2HMI di 144.990MHz untuk pertanyaan lanjut.
p/s: Salah satu dari info berguna dari 9W2HMI

Eyeball..........

Dipetik dari Forum VEE99
__________________________


TARIKH : 2/5/2009
LOKASI : CAPATI CONER MEDAN GOPENG
MASA : 9.00MLM

TAJUK : MEMBINCANGKAN TENTANG VEE99 DAN WEBBLOG - SOKONGAN PADA PENTABIRAN BARU - SEBARANG KETIDAKPUASAN BOLE DIUTARA PADA HARI TERSEBUT.

KEHADIRAN ANDA AMAT DIALU ALUKAN.

AHLI DAN AJK DIWAJIBKAN HADIR PADA HARI TERSEBUT.

BAGI YG INGIN MEJADI AHLI DAN YG INGIN MEMPERBAHARUI KEAHLIAN BOLEHLAH MENDAPATKAN BORANG DISANA.

sebarang pertanyaan contact 9W2MVA/9W2DRH

Sunday, 26 April 2009

Kenduri rumah 9W2RIL 2/5/2009


Kepada yang nak berkonvoi kesana;

Harap dapat tunggu di Restoran Karisma; Simpang Pulai jam 12.30pm, Konvoi akan mula bergerak ke lokasi jam 1.oo petang.
Pantau di frekuensi 144.990MHz untuk informasi lanjut dihari tersebut.


p/s: gambar hanya hiasan

- atas ihsan 9W2HMI-

Saturday, 25 April 2009

Walimatul Urus Adinda 9W2RIL - 2/5/2009 -Jangan Lupa...


Bagi pihak 9W2RIL menjemput semua rakan untuk sama-sama meraikan majlis ini.

Marilah kita bersama-sama berkonvoi kesana kerana jemputan perkahwinan adalah sesuatu yang wajib untuk kita hadiri.













Semoga dapat bertemu dimajlis walimatul urus ini...