Saturday, 29 December 2007
Majlis perasmian KELAB KOMUNIKASI AMAL VEE99
Thursday, 27 December 2007
Misi bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir di Pahang

Kita mungkin beruntung disini dimana kehidupan yang selesa kita perolehi, kemana saja boleh bergerak dengan lancar. Cuba anda bayangkan jika anda berada ditempat rakan-rakan yang terlibat dalam banjir besar baru-baru ini. Mungkin anda tidak mengharap simpati, tetapi tulang dua kerat untuk membantu mereka meringankan beban mebersih tempat kediaman atau mencari benda-benda penting yang hilang. Oleh itu misi kali ini adalah membantu mereka yang memerlukan dari segi kebersihan kawasan, tempat tinggal, tempat ibadah mungkin sekolah-sekolah. Jadi dengan itu diharap rakan-rakan dapat mengikut konvoi ini dengan biaya sendiri kesana nanti. Urusan lokasi dan lain-lain boleh dibincangkan kelak. Walaupun kumpulan kita agak kecil, capaian kita adalah setarap dengan kumpulan-kumpulan yang besar di rantau ini. Tentatif tarikh adalah pada 6&7 Januari 2008 (Sabtu&Ahad). Kita akan menghubungi pihak media untuk liputan aktiviti .. (apa macam?)
Daripada kita sakit kepala memikirkan benda yang remeh temeh, lebih baik kita sumbangkan tenaga kita membantu apa yang termampu. Sila berikan nama anda kepada saya, 9W2HMI jika anda berminat untuk meyertai program ini.
1. 9W2HMI - 2D/2K
2
3
4
5 DIBATALKAN OLEH SEBAB2 TERTENTU
6
7
8
9
10
...
Wednesday, 26 December 2007
GANGGUAN DARI RADIASI PEMANCARAN SEPENUH KUASA
Sekali lagi kita terpaksa menghadapi dugaan setelah Persatuan dari jalur lebar menetapkan satu frekensi repeater dimana downlinknya berdekatan dengan frekuensi simplex kita. Mengikut SOP jika satu-satu frekuensi itu telah diperuntukkan oleh MCMC kepada mana-mana pihak, kita terpaksa bertukar ke frekuensi yang lain. Itu adalah tradisi yang patut kita ikuti tanpa ada sebarang soal jawab.
Tetapi apa yang dimusykilkan dan berada didalam benak fikiran saya ini repeater tersebut terletak jauh dari tempat kita. Jadi pada dasarnya adalah tidak menjadi masalah jika kita menggunakan frekuensi downlink/ berdekatan downlink repeater sebut kerana tidak mengganggu repeater itu sendiri. Saya telah cuba memantau repeater tersebut dan hanya 2 bar sahaja yang diterima sekiranya saya memancar sepenuh tenaga(75W) dan masih tidak boleh di dengar oleh rakan tentang audio saya. Maknanya, jika ada rakan-rakan dari lokalan yang sama memancar ke sana, beliau telah menggunakan lebih dari yang sepatutnya jika ingin membuka repeater tersebut.
Dengan pemancaran yang maksima ini, telah menggangu frekuensi diantara +0.020 sehingga -0.020. Selaku seorang pemegang lesen radio amatur yang senior, sepatutnya tidak perlulah memncar ke repeater yang terlalu jauh untuk dicapai dengan kekuatan maksima melainkan ingin menunjuk-nunjuk bahawa beliau adalah seorang yang 'professional'.
Kita tidak menghalang atau ingin memprotes, tetapi jika anda tiada pilihan repeater untuk memancar dilokalan anda, sememangnya anda seorang yang buta perut dan tidak prihatin dengan sekeliling. Siapa makan cili, dia rasa pedasnya. Siapa dah rasa pedas, harap makanlah garam banyak-banyak.
-9W2HMI

Tuesday, 25 December 2007
Konvoi ke Melaka 8-11 Mac 2008 - 20 bilik/famili sahaja.

Updated: 25/12/2007
"Kita akan mula mengutip wang untuk pembayaran hotel mulai eyeball akan datang dan eyeball-eyeball seterusnya. Tempat adalah terhad dan deposit pembayaran adalah bukti anda berminat untuk mengikuti program konvoi ini. Harap Maklum.
____________________________________________________
Kita hanya akan menetapkan kepada 20 keluarga/bilik sahaja. Surat permohonan (klik pada image sebelah) telah dihantar kepada hotel berkenaan. Diharap anda dapat memastikan penyertaan anda seberapa segera untuk mengelakkan kekecewaan.
---9W2HMI___________________________________________________________
KONVOI MUHIBBAH MELAKA 2008TARIKH: 8-11 MAC 2008 (CUTI SEKOLAH)
LODGING: HOTEL SERI MALAYSIA
AYER KEROH, MELAKA
KADAR : RM150.00 SATU MALAM (FAMILY ROOM)
AKTIVITI: AKAN DI TETAPKAN KELAK.
Sebarang cadangan membina untuk aktiviti boleh diperbincangkan dalam sesi eyeball kelak. Penyertaan kali ini adalah terhad dan kutipan deposit hotel adalah sebagai bukti anda layak untuk mengikuti konvoi ini (jgn. marah).
Perjalanan kali ini dijangka adalah lebih baik berbanding konvoi ke Pantai Timur dulu
memandangkan pengalaman yang ada dapat dipergunakan pada kali ini. Semua yang berkeluarga dimestikan membawa family mereka sekali dan yang bujang (ehemm..ehem.. single) boleh lah berkongsi dengan rakan-rakan bujang (sejenis) yang lain.Konsep first come fist serve akan di applikasikan disini dan butir-butir diri perlu di panjangkan kepada pengerusi projek Melaka (SC5XLI-0195958844) ini. Harap maaf jika kelekaan anda menyebabkan anda tercicir dari senarai kami kerana program kali ini terbuka kepada semua rakan radio dan bukan radio juga pada rakan dari lokalan atau persatuan lain.
Peta lokasi hotel telah disertakan dan diharap rakan-rakan boleh meneliti arah dan program kita pada kali ini.
Semoga program yang dijalankan ini mendapat restu daripada semua pihak dan juga dapat sokongan dari pihak-pihak berwajib juga NGO.
Berikut adalah peserta yang confirm untuk berkonvoi:
1. 9W2HMI/SC5XLI - 3 dewasa 2 kanak-kanak
2. 9W2DFA - 2D/1K
3. 9W2DTT/SC3DT - 2D3K
4. 9W2JOI - 2D/5K
5. SWAL MBP - 2D/1k
6. SWAL OBM - 2D/4K
7. 9W2YZU- 1D
8. SWAL DKK - 2D/2K
9. 9W2RIL - 2D/1K
10. SWAL MUZ - 2D/1K
11. SWAL SBI - 3D/1K
12. 9W2PIZ - 2D/2K
13. SWAL MUK - 2D/3K
14. 9W2YIN - 2D/3K
15. 9W2AAA - 5D-BUJANG
16. 9W2LKE - 2D/5K
17. 9W2LIS - 2D/3K
18. 9W2PSP/SWAL AGP - 4D SINGLE
19. SWAL ZPR - 2D
20. 9W2ZCB- 2D/2K
21. 9W2SBQ - ?D/?K
22. SWAL JBR - 2D/3K
23 SC3 KO -?D/?K
24. 9W2YOP - 2D/2K
Monday, 24 December 2007
Sunday, 23 December 2007
Result RAE nak keluar
Kepada rakan-rakan SWAL yang yang telah menduduki RAE yang lepas ini. Sudahkan anda bersedia untuk memiliki AA anda sendiri.
Perkara-Perkara Yang Perlu anda sediakan :-
1. Borang APPLICATION FOR APPARATUS ASSIGNMENT Oleh MCMC
2. Borang Sumpah
3. Borang 9M Recommend
4. Salinan KP
5. Salinan Keputusan RAE
6. Borang Cadangan Callsign Pilihan Anda
7. RM... ##untuk 5 Tahun RM60.00 + RM24x5 Tahun @ RM180.00
Rakan-rakan yang ada Bonus Hujung tahun ini .. boleh simpan-simpan untuk AA anda.Jangan lupa juga kepada Budget Harmonic anda yang akan masuk sekolah awak januari ini.
Bila Result keluar? Hanya MCMC yang tahu jawapannya...
-9w2sbd-

Subscribe to:
Posts (Atom)