Saturday, 8 August 2009
Intipati Perjumpaan antara pemilik/peminat radio 4/8/09 lepas..
4/8/2009 menjadi sejarah kerana satu majlis mempertembungkan pemilik dan peminat radio sekitar sini. Antara yang hadir adalah seperti berikut;
9W2TOR, SWAL MAT 9W2MTA, 9W2LKE, SWAL ZIZ, 9W2DRH, 9W2FAN, SWAL MMS, 9W2SBD, 9W2DFA 9W2PJE, 9W2CFU dan beberapa lagi yang tak sempat dicatat kehadirannya. Bertempat di Restoran A Ghazali kami berbincang panjang lebar beberapa kemusykilan yang selama ini menjadi tanda tanya.
Beberapa topik yang agak menarik yang dapat saya simpulkan disini ungkaiannya.
1. Komitmen pemilik radio - radio hanya hobi dan komitmen hanya boleh diberi dimasa kelapangan sahaja.
2. Kurang keudara/menjawab panggilan - pemilik radio berasa bosan kerana tiada topik menarik yang hendak dibincangkan cuma bertanya kabar, lokasi dan cuaca..
3. Cadangan aktiviti boleh ditanya pada umum jika mahu mendapat sambutan - kurang sambutan jika aktiviti itu atas idea individu sahaja.
4. Frekuensi yang diwartakan - tiada penjaga, panggilan dari luar tiada jawapan. Sepatutnya kepada yang berkelapangan boleh bantu rakan luar jika bantuan diperlukan.
5. Aktiviti untuk rakan baru peminat radio - buat kelas SOP yang betul dan bimbing cara komunikasi yang sepatutnya
6. Kepada SWAL- berhati2 dalam QSO kerana dirasakan frekuensi disekitar Ipoh ini di log/pantau oleh MCMC kerana agak panas pada suatu masa dahulu. Cadangan menggunakan malam SWAL yg di buat oleh 'jalur lebar'
7. Untuk VEE99, pengurus baru 9W2TOR patut diberi peluang/ruang untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan kelab. Semua yang hadir akan cuba membantu sedaya mungkin.
8. Cadangan/pendapat lain tidak dapat saya catitkan disini...
Perjumpaan malam tersebut berakhir jam 12.30mlm kerana aku balik cepat (kurang sihat)
Harapan saya, kehadiran yang menggalakkan jika ada lagi perjumpaan selepas ini. Saya harap uraian diatas akan dapat membantu rakan2 radio lain dalam memantapkan kumpulan masing2.
Labels:
Pendapat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment