SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Sunday, 28 February 2010

Audio Simplex Vee99 di laman blog. Satu dunia jugak boleh mendengar.

Jika anda dapat mendengar audio dari repeater disesetengah laman blog, kini anda dapat juga mendengar audio dari simplex 144.990MHz  tidak lama lagi. Proses 'tuning' terakhir sedang dijalankan dan sebarang komen membina boleh diajukan kepada admin. Diharap ia menjadi ikutan oleh lain2 kelab radio tidak lama lagi kerana sesuatu yang baik sepatutnya dapat diperpanjangkan.....
Kepada ahli2 luar yang tidak dapat mencapai simplex kami di sekitar Ipoh ini, boleh lah memantau di blog ini. Jika anda mempunyai blog sendiri dan ingin mendapatkan HTML kod, sila berhubung dengan admin...


p/s Buat sementara ini ujian audia adalah dari pelbagai sumber untuk memantapkan kualiti audio dan penerimaan..

Thursday, 11 February 2010

Majlis meraikan SWAL ZCP yang lulus RAE

 
  
Tahniah Abg Aziz atas kejayaan anda untuk terbang jauh. Kami mendoakan anda membawa pengalaman yang ada supaya dapat mengendali jaluran yang lebih luas dengan SOP yang baik... 

Monday, 8 February 2010

Keputusan RAE 2009/2 dah keluar.

Sediakan No kad pengenalan anda dan semak di sini
Tahniah kepada Abg Aziz (SWAL ZCP) atas kejayaannya kali ini...

Saturday, 6 February 2010

Senarai Akhir Peserta Konvoi Santai Kuala Terengganu

1. 9W2MTA (KETUA)
2. 9W2RIL
3. 9W2DKS
4. 9W2OKJ
5. 9W2OTH
6. SWAL MBP
7. 9W2HMI
8. HALIM - IPOH 4X4 TEAM
9. JOE - IPOH 4X4 TEAM
10. LONG (KEMBARA MALAYSIA)

Alhamdulillah, walaupun tidak ramai tetapi memadai untuk memeriahkan perjalanan kali ini. Bagi team ini, kebanyakkannya tidak pernah melalui Gua Musang pun. Inilah cabaran dikatakan.

Wednesday, 3 February 2010

Konvoi ke Kuala Terengganu - Final meeting 4/2/10

Perjumpaan terakhir sebelum konvoi akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: Khamis 4/2/2010
Masa : 9.00 mlm (awal sikit)
Lokasi: Capati Korner, Simpang Pulai.
Semua peserta diwajibkan hadir. Yang lain jika nak jumpa-jumpa juga dipersilakan.
Frekuensi dipergunakan: 144.990MHz