SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Thursday 27 December 2007

Senarai Pemacar Berdaftar menurut MCMC sehingga 28/12/2007







Misi bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir di Pahang


Kita mungkin beruntung disini dimana kehidupan yang selesa kita perolehi, kemana saja boleh bergerak dengan lancar. Cuba anda bayangkan jika anda berada ditempat rakan-rakan yang terlibat dalam banjir besar baru-baru ini. Mungkin anda tidak mengharap simpati, tetapi tulang dua kerat untuk membantu mereka meringankan beban mebersih tempat kediaman atau mencari benda-benda penting yang hilang.
Oleh itu misi kali ini adalah membantu mereka yang memerlukan dari segi kebersihan kawasan, tempat tinggal, tempat ibadah mungkin sekolah-sekolah. Jadi dengan itu diharap rakan-rakan dapat mengikut konvoi ini dengan biaya sendiri kesana nanti. Urusan lokasi dan lain-lain boleh dibincangkan kelak. Walaupun kumpulan kita agak kecil, capaian kita adalah setarap dengan kumpulan-kumpulan yang besar di rantau ini. Tentatif tarikh adalah pada 6&7 Januari 2008 (Sabtu&Ahad). Kita akan menghubungi pihak media untuk liputan aktiviti .. (apa macam?)
Daripada kita sakit kepala memikirkan benda yang remeh temeh, lebih baik kita sumbangkan tenaga kita membantu apa yang termampu. Sila berikan nama anda kepada saya, 9W2HMI jika anda berminat untuk meyertai program ini.
1. 9W2HMI - 2D/2K
2
3
4
5 DIBATALKAN OLEH SEBAB2 TERTENTU
6
7
8
9
10
...

Wednesday 26 December 2007

GANGGUAN DARI RADIASI PEMANCARAN SEPENUH KUASA


Sekali lagi kita terpaksa menghadapi dugaan setelah Persatuan dari jalur lebar menetapkan satu frekensi repeater dimana downlinknya berdekatan dengan frekuensi simplex kita. Mengikut SOP jika satu-satu frekuensi itu telah diperuntukkan oleh MCMC kepada mana-mana pihak, kita terpaksa bertukar ke frekuensi yang lain. Itu adalah tradisi yang patut kita ikuti tanpa ada sebarang soal jawab.
Tetapi apa yang dimusykilkan dan berada didalam benak fikiran saya ini repeater tersebut terletak jauh dari tempat kita. Jadi pada dasarnya adalah tidak menjadi masalah jika kita menggunakan frekuensi downlink/ berdekatan downlink repeater sebut kerana tidak mengganggu repeater itu sendiri. Saya telah cuba memantau repeater tersebut dan hanya 2 bar sahaja yang diterima sekiranya saya memancar sepenuh tenaga(75W) dan masih tidak boleh di dengar oleh rakan tentang audio saya. Maknanya, jika ada rakan-rakan dari lokalan yang sama memancar ke sana, beliau telah menggunakan lebih dari yang sepatutnya jika ingin membuka repeater tersebut.
Dengan pemancaran yang maksima ini, telah menggangu frekuensi diantara +0.020 sehingga -0.020. Selaku seorang pemegang lesen radio amatur yang senior, sepatutnya tidak perlulah memncar ke repeater yang terlalu jauh untuk dicapai dengan kekuatan maksima melainkan ingin menunjuk-nunjuk bahawa beliau adalah seorang yang 'professional'.
Kita tidak menghalang atau ingin memprotes, tetapi jika anda tiada pilihan repeater untuk memancar dilokalan anda, sememangnya anda seorang yang buta perut dan tidak prihatin dengan sekeliling. Siapa makan cili, dia rasa pedasnya. Siapa dah rasa pedas, harap makanlah garam banyak-banyak.

-9W2HMI

Tuesday 25 December 2007

Konvoi ke Melaka 8-11 Mac 2008 - 20 bilik/famili sahaja.



Updated: 25/12/2007

"Kita akan mula mengutip wang untuk pembayaran hotel mulai eyeball akan datang dan eyeball-eyeball seterusnya. Tempat adalah terhad dan deposit pembayaran adalah bukti anda berminat untuk mengikuti program konvoi ini. Harap Maklum.

____________________________________________________

Kita hanya akan menetapkan kepada 20 keluarga/bilik sahaja. Surat permohonan (klik pada image sebelah) telah dihantar kepada hotel berkenaan. Diharap anda dapat memastikan penyertaan anda seberapa segera untuk mengelakkan kekecewaan.

---9W2HMI
___________________________________________________________


KONVOI MUHIBBAH MELAKA 2008
TARIKH: 8-11 MAC 2008 (CUTI SEKOLAH)
LODGING: HOTEL SERI MALAYSIA
AYER KEROH, MELAKA
KADAR : RM150.00 SATU MALAM (FAMILY ROOM)
AKTIVITI: AKAN DI TETAPKAN KELAK.
Sebarang cadangan membina untuk aktiviti boleh diperbincangkan dalam sesi eyeball kelak. Penyertaan kali ini adalah terhad dan kutipan deposit hotel adalah sebagai bukti anda layak untuk mengikuti konvoi ini (jgn. marah).
Perjalanan kali ini dijangka adalah lebih baik berbanding konvoi ke Pantai Timur dulu memandangkan pengalaman yang ada dapat dipergunakan pada kali ini. Semua yang berkeluarga dimestikan membawa family mereka sekali dan yang bujang (ehemm..ehem.. single) boleh lah berkongsi dengan rakan-rakan bujang (sejenis) yang lain.
Konsep first come fist serve akan di applikasikan disini dan butir-butir diri perlu di panjangkan kepada pengerusi projek Melaka (SC5XLI-0195958844) ini. Harap maaf jika kelekaan anda menyebabkan anda tercicir dari senarai kami kerana program kali ini terbuka kepada semua rakan radio dan bukan radio juga pada rakan dari lokalan atau persatuan lain.

Peta lokasi hotel telah disertakan dan diharap rakan-rakan boleh meneliti arah dan program kita pada kali ini.
Semoga program yang dijalankan ini mendapat restu daripada semua pihak dan juga dapat sokongan dari pihak-pihak berwajib juga NGO.
Berikut adalah peserta yang confirm untuk berkonvoi:

1. 9W2HMI/SC5XLI - 3 dewasa 2 kanak-kanak
2. 9W2DFA - 2D/1K
3. 9W2DTT/SC3DT - 2D3K
4. 9W2JOI - 2D/5K
5. SWAL MBP - 2D/1k
6. SWAL OBM - 2D/4K
7. 9W2YZU- 1D
8. SWAL DKK - 2D/2K
9. 9W2RIL - 2D/1K
10. SWAL MUZ - 2D/1K
11. SWAL SBI - 3D/1K
12. 9W2PIZ - 2D/2K
13. SWAL MUK - 2D/3K
14. 9W2YIN - 2D/3K
15. 9W2AAA - 5D-BUJANG
16. 9W2LKE - 2D/5K
17. 9W2LIS - 2D/3K
18. 9W2PSP/SWAL AGP - 4D SINGLE
19. SWAL ZPR - 2D
20. 9W2ZCB- 2D/2K
21. 9W2SBQ - ?D/?K
22. SWAL JBR - 2D/3K
23 SC3 KO -?D/?K
24. 9W2YOP - 2D/2K

Sunday 23 December 2007

Result RAE nak keluar

Kepada rakan-rakan SWAL yang yang telah menduduki RAE yang lepas ini. Sudahkan anda bersedia untuk memiliki AA anda sendiri.

Perkara-Perkara Yang Perlu anda sediakan :-
1. Borang APPLICATION FOR APPARATUS ASSIGNMENT Oleh MCMC
2. Borang Sumpah
3. Borang 9M Recommend
4. Salinan KP
5. Salinan Keputusan RAE
6. Borang Cadangan Callsign Pilihan Anda
7. RM... ##untuk 5 Tahun RM60.00 + RM24x5 Tahun @ RM180.00

Rakan-rakan yang ada Bonus Hujung tahun ini .. boleh simpan-simpan untuk AA anda.Jangan lupa juga kepada Budget Harmonic anda yang akan masuk sekolah awak januari ini.

Bila Result keluar? Hanya MCMC yang tahu jawapannya...

-9w2sbd-

Wednesday 19 December 2007

Akhirnya......

Alhamdulillah, akhirnya permohonan menjadi ahli jalur lebar diluluskan juga walaupun dengan pelbagai rintangan dan desas-desus yang melanda. Maka nampaknya rakan-rakan VEE99 banyak juga menganggotai persatuan jalur lebar ini dalam diam tak diam. Ini membuktikan bukan kita meminggir diri kita cuma khabar-khabar angin sahaja yang datang dari sebelah pihak banyak mencacatkan jalinan persahabatan antara kita di Malaysia ini. Kita di VEE99 tidak menghalang rakan-rakan untuk memilih Kelab atau Persatuan mana yang ingin di anggotai sama ada amatur ataupun komersial. Kita menghormati hak rakan-rakan untuk menentukannya.

9W2HMI - VEE99-099/ PARTS-053/ SCS - 162/ASTRA-1240

Wednesday 12 December 2007

'Break...Break' atau 'Short Break'

Saya tidak pasti bahawa kegunaan 'short break' ini benar-benar terdapat dalam SOP. Tapi pada pengetahuan saya 'break...break' ada dipergunakan dalam situasi kecemasan. Bagi pendapat saya break...break.... dan short..break kedengarannya adalah lebih kurang sama jika audio yang kedengaran agak jauh ataupun semasa berada di pemancar yang kurang jelas kuasa pemancarannya. Lebih-lebih lagi kalau kita dengar perkataan 'break' sahaja dan kita tidak pasti samaada kecemasan atau tidak.
Saya perhatikan didalam jalur berbayar, kegunaan 'short break' ini sudah tidak ada dan digantikan dengan perkataan 'satu pancaran'. Adalah berbeza bunyi nya jika kita memerlukan feedback dengan satu station tanpa menganggu putaran. Walaupun bunyinya nampak 'kemelayuan' tetapi kita boleh pasti apa yang dikehendaki tanpa was-was.
Ini adalah pendapat saya sahaja.

Monday 10 December 2007

Keahlian Kelab - RM10

Borang keahlian akan diedarkan tidak lama lagi. Butiran perbadi dalam bentuk database diperlukan agar memudahkan Kelab untuk menjejaki rakan sekiranya satu keadaan kecemasan.
Selain itu wang tersebut digunakan untuk membentuk jaringan dan membiayai kumpulan SMS yang dihantar agar berita dan siaraya dapat disampaikan dengan segera.
Selebihnya adalah bertujuan sebagai tabung kelab agar dapat dipergunakan semasa keadaan yang amat diperlukan dimasa akan datang.
Borang pendaftaran boleh didapati dari saya, 9W2HMI dan saya akan uploadkan kelaman ini tidak lama lagi. Borang yang siap diisi mesti disertakan dengan 2 keping gambar ukuran pasport dan jumlah bayaran dalam bentuk tunai.
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada 9W2HMI atau di talian 019-5958844/012-5153968.

Saturday 8 December 2007

Sambutan Rakan-rakan ASTRA Pantai Timur di IPOH


Terimakasih kepada rakan-rakan Pantai Timur kerana sudi menjadikan Ipoh sebagai destinasi pertama anda. Kunjungan anda dan kehadiran anda disini amat dialu-alukan dan semestinya kami di VEE99 sentiasa bersedia menyambut anda dengan seadanya. Maaf juga dipinta sekiranya ada kekurangan dalam masa kunjungan anda disini kerana maklum sajalah Kelab kami baru saja di tubuhkan tidak lama dulu dan dan dirasmikan secara simbolik semasa kehadiran anda disini. Sekalung tahniah juga kepada 9W2WCL dan 9W2DTS kerana bersusah payah mengumpulkan rakan-rakan dari Pantai Timur untuk di eratkan perhubungan dengan kami disini.
Foto-foto kenangan banyak dirakamkan dan sudah pastinya kami akan simpan sebagai satu memori indah dimasa-masa akan datang.


Jangan serik dengan kekurangan, jangan sedih dengan perpisahan kerana itu semua hanya sekadar sementara sahaja. Moga-moga di masa mendatang kita akan bertemu lagi, mengeratkan tali silatulrahim yang telah terjalin erat ini. Terimakasih sekali lagi kepada anda semua.


Thursday 6 December 2007

Audit Konvoi ke Melaka 2008

Jika ada cadangan masa dan rancangan aktiviti bolehlah di info-infokan kepada semua. Audit akan dibuat tidak lama lagi. Sesiapa yang mahu turut dalam audit ini boleh lah merancang perjalanan ini.

Tuesday 4 December 2007

Eyeball Sg Tapah - Satu Sejarah

Satu kenangan manis dilakarkan di S Tapah Manjoi apabila majlis eye ball yang penuh dengan perbualan yang membina serta idea-idea yang bernas di sajikan disitu. Seramai 40 stesen lebih menghadiri majlis ini di medan selera berdekatan.
Kali pertama ia diadakan disitu dan lokasi yang amat mudah serta menarik. Seperti biasa rakan-rakan menjamu tekak serta berbual sambil berseloroh demi menceriakan malam itu.
Satu sejarah juga bagi saya yang sesat buat pertama kalinya di Negeri kelahiran sendiri. Ketawa berderai rakan-rakan yang membantu 'mengeluarkan' saya yang telah sesat larat di sekitan kampung manjoi tersebut. Bukan lah cakap besar kerana saya pernah ke KL juga ke luar negara dan tidak pulak sesat sampai begitu sekali. Mungkin agaknya usia telah meningkat dan kadar memori yang agak berkurang maka terpaksalah beralah dengan bantuan rescue dari rakan-rakan setempat. Tergelak jugak rakan yang memang sudah 'expert' dikawasan itu jugak sesat dalam kegelapan malam tadi.
Walaubagaimanapun satu kenangan manis kerana rakan-rakan dapat memberi kerjasama penuh dalam dalam memberi bantuan demi menyambut rakan-rakan dari Pantai Timur hujung minggu ini. Tahniah rakan-rakan. semoga konvoi ke Melaka nanti melakar satu sejarah dalam dairi aktiviti kita.

9W2HMI

Monday 3 December 2007

Penggunaan Strobe/Beacon light - Menurut JPJ

Permohonan pemasangan lampu mata arah
Lampu mata arah (beacon light) merupakan satu lampu penanda amaran pelbagai warna dan dikategorikan sebagai komponen aksesori yang dipasang di atas bumbung atau bahagian atas sesebuah kenderaan
Tujuan penggunaan alat
Penggunaan lampu ini adalah bertujuan untuk memperingatkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain bahawa mereka perlu memperlahankan kenderaan , berhati-hati dan berwaspada semasa berada di kawasan tersebut
Menurut kaedah 24 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lalulintas Jalan) 1959 hanya kenderaan Polis,Bomba,Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak haluan (Priority Over Traffic) di mana-mana jalan raya negara ini. Walau bagaimanapun menurut Kaedah 138(1) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (pembinaan dan penggunaan ) 1959 , Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk mengecualikan mana-mana kenderaan daripada mematuhi mana-mana kaedah yang sedia ada. Kenderaan kegunaan persendirian tidak akan dibenarkan memasang alat tersebut

Bagaimana memohon
Syarat-Syarat
1. Kenderaan berkenaan telah didaftarkan sebagai kenderaan kegunaan syarikat
2. Hanya pemilik atau setiausaha syarikat sahaja yang berhak membuat permohonan ini-
3. Kenderaan kegunaan persendirian tidak dibenarkan memasang dan menggunakan alat tersebut
Selain daripada apa yang ditetapkan dalam kaedah 24, permohonan pemasangan lampu mata arah boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan rasmi ke Jabatan ini. Surat permohonan tersebut hendaklah mengandungi
1. Latar belakang syarikat
2. Tujuan Penggunaan alat
3. Jenis alat yang akan digunakan
4. Salinan kad pendaftaran kenderan

Cara pemasangan
Lampu mata arah jenis panjang (light Bar) hendaklah dipasang di atas bumbung secara kekal tanpa membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain -
1. Lampu mata arah jenis bulat (kecil) pula boleh dipasang di atas bumbung atau bahagian atas kenderaan sama ada secara kekal atau bermagnet.
2. Penggunaan bunyi siren adalah dilarang sama sekali kecuali bagi Agensi Kerajaan yang dibenarkan oleh Undang-undang.
Cara penggunaan
Sesebuah kenderaan yang telah diberi kebenaran untuk memasang dan menggunakan lampu mata arah boleh menggunakannya semasa menjalankan tugas-tugas rasmi yang dikategorikan sebagai perlu sahaja. Alat ini tidak boleh digunakan dengan sewenangnya kerana ini akan mengganggu aliran lalu lintas.