SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Tuesday 29 December 2009

Mana VEE99?


Banyak orang luar bertanya tentang VEE99 ini dan jawapannya hanya ada pada penerajunya yang diamanahkan untuk mempertahankan kedudukannya. Saya berharap jika beliau dapat mengadakan satu sesi eyeball untuk kita sama-sama mengetahui duduk perkara sebenar.
Kepada mereka yang bersama-sama berjuang untuk VEE99 ini, terimakasih banyak-banyak diucapkan kerana sanggup meruangkan masa demi radio amatur ini. Jasa kalian tetap akan dikenang.

-9W2HMI

Monday 21 December 2009

Jemputan Kenduri dari 9W2FAN (Wan Cacing)

9W2FAN menjemput kesemua rakan-rakan HAM untuk kerumah adik beliau di Kg Sri Kinta pada 26/12/2009 ini untuk kenduri walimatulurus adindanya itu. Sekian dimaklumkan..

Sunday 20 December 2009

Silent Key - 9W2ZMB


Al-fatihah kepada alahyarham Azizan yang telah kembali ke rahmatullah pada 19hb yang lepas. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan berada dikalangan para solehin...
Teringat jenakanya pada satu masa dulu... "makan jer lah bang oi.. ajal maut di tangan tuhan..." itu nasihatnya bila saya menolak beberapa jenis makanan masa eyeball di Simpang pulai dahulu. Itu lah beliau.. sering merendah diri dan lucu dengan jenakanya..




p/s. Gambar diambil oleh saya semasa menanti konvoi ASTRA di R&R Sg Perak satu masa dahulu.

Friday 18 December 2009

Pastikan Radio anda ada kelulusan SIRIM


Kecoh di RAE utara baru-baru ini dengan penangkapan pejual radio tanpa cop SIRIM. Di dada akhbar METRO semalam tersiar berita mengenainya sehingga separuh mukasurat besar. Jika anda mengunakan radio tanpa kelulusan SIRIM tersebut bolehlah bertindak sekarang dengan membuat permohon segera ke pejabat SIRIM yang berdekatan.Elakkan kejadian yang sama berulang. IKRAP amat simpati kepada pihak yang terkena tangkap tempohari

Monday 14 December 2009

KUKJAE KJ/S 102M - Apa punya Radio ni?

Puas cari dalam internet masih tak pasti apakah jenis radio ini. Jenis Korea yang jarang dijumpai ini didapati dari rakan lama. Pada sesiapa yang mengetahui sebarang info tentang radio ini harap dapat kongsi bersama.....


Tuesday 8 December 2009

Eyeball Tasek 7/12/2009


Eyeball Isnin lepas banyak membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Penukaran lokasi eyeball saat akhir amat dikesali kerana lokasi pertama itu ada sedikit masaalah teknikal

Wednesday 2 December 2009

Eyeball IKRAP 7/12/2009 - 8.30mlm


Perancangan adalah seperti berikut:
Tarikh: 7/12/2009 Isnin
Masa : 8.30 malam
Lokasi: Resoran Ammyra, IGB Tasek
Kehadiran: Semua Rakan IKRAP & Rakan IPOH 4X4

Agenda:
1. Konvoi Kuala Terengganu
2. Konvoi Walimatulurus 9W2ZLA
3. Konvoi Walimatulurus Rakan Ipoh4X4
4. Aktiviti untuk tahun hadapan
5. Lain-lain hal

Diharap berkelapangan untuk turut serta. Pada yang tak dapat hadir, anda dimaafkan.

YAESU VX-150 secondhand untuk dijual

Ada rakan yang kesuntukan wang mahu let go handy nya degan kadar segera. Hubungi 019-5598831 jika anda berminat.


Tuesday 24 November 2009

Eyeball IKRAP - Menanti pengumuman dari Mr Prezz.


Kemungkinan akan dijalankan tidak lama lagi dan kali ini mungkin menjemput team 4X4 Ipoh untuk turut serta. Nantikan perisytiharannya..

Monday 16 November 2009

Kenduri Gotong-Royong IKRAP

Akan diperbincangkan di majlis perjumpaan nanti.
Semoga semangat bantu membantu ini dapat ditiupkan kembali di sanubari hati warga kita seperti yang dituntut dalam agama.

Monday 9 November 2009

Alfatihah & Takziah kepada 9W2RIL


Sekalung takziah dari warga IKRAP kepada keluarga 9W2RIL diatas kepergian bapa mertua beliau ke rahmatullah. Semasa berita ini ditulis, saudara 9W2RIL sedang mengiringi jenazah dari Ayer Keroh menuju balik ke Ipoh. Semoga roh dicucuri rahmat dari ALLAH swt.

Thursday 5 November 2009

Konvoi Silatulrahim IKRAP - 13 - 16 Februari 2010


Konvoi bertujuan untuk memanjangkan silatulrahim diantara rakan radio juga rakan bisnes di sepanjang perjalanan nanti. Cuti Tahun Baru Cina itu dapat dimanafaatkan dengan keluarga bersiar-siar disamping berbelanja serta memperkenalkan IKRAP sebagai salah satu kumpulan yang sedang bergiat aktif di Ipoh ini. Kepada mereka yang berkelapangan bolehlah turut serta sementara pihak kami akan menghubungi rakan-rakan disana untuk temujanji.
Walaubagaimana pun perbincangan lanjut akan diadakan di mesyuarat biro yang akan datang.

Cadangan konvoi adalah seperti berikut :-
IPOH - KUALA TERENGGANU - KUANTAN - KL - IPOH

Tuesday 3 November 2009

Batal..

Mengambil kira situasi semasa yang tidak mengizinkan dan nasihat dari mereka yang lebih arif, program Kula Woh yang dirancang selama ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang tidak dapat ditetapkan lagi. Mensyuarat malam tadi sebulat suara bersetuju akan penangguhan ini.



b/p Mr Prez..

Jangan lupa ..Perjumpaan kekeluargaan hari ini..3/11/2009


Perjumpaan antara rakan IKRAP akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 3/11/2009 (Selasa)
Masa : 10.30 malam
Lokasi : Gerai pokok Ceri Silibin
Agenda: Pelarasan program Santai di Kuala Woh.
Kehadiran: Semua yang berminat dijemput hadir.

b/p Mr Prez IKRAP

Foto dari GPS lokasi gerai tersebut seperti dibawah ini;
Photobucket

Sunday 1 November 2009

Walimatul Urus 9W2ZLA -- akhirnya........

No 13 Jalan Bunga Seroja
Taman Parit Jaya...
pada 13 Disember 2009 hari Ahad

Akhirnya...............menikah jugak kawan aku sorang nie... 9W2SBD, 9W2DFA.. amacam.. nampaknya cabaran kita disahut kali ini.... hehehe
p/s.. Semua rakan HAM di WAJIBkan hadir..kerana majlis ini memang dinantikan oleh semua sejak dari 3-4 tahun lepas lagi..

3 pelajar mati lemas - Kampar lagi

Menurut berita terbaru diterima melalui radio, 3 pelajar dari UNITAR tersebut mati lemas ketika berkelah di satu kawasann perkelahan air terjun berdekatan Kampar semalam. Ia berpunca daripada air yang datang mendadak yang terlalu deras dan menghayutkan mereka. Sumber rasmi masih tidak diperolehi dan diharap mereka yang merancang untuk berkelah dikawasan-kawasan sensitif sebegini agar menukar hala ke kawasan tepi laut yang lebih selamat.



p/s nampaknya program Kuala Woh IKRAP 15/11 nanti juga terpaksa di 'kaji' semula di eyeball nanti.

Monday 26 October 2009

Jambatan Runtuh - Ramai Pelajar dikhuatiri lemas

Kula Dipang - Malam tadi, menurut sumber tidak rasmi menyatakan bahawa kumpulan pelajar tersebut sedang menyeberangi jambatan untuk makan malam dan secara tiba-tiba arus deras menghanyutkan jambatan tersebut bersama pelajar malang itu. Program perkhemahan itu dianjurkan oleh sekolah berkenaan.
Difahamkan 9W2SBD & 9W2FAN berada dilokasi kejadian untuk membantu dalam operasi mencari. Jika anda berkelapangan bolehlah kesana untuk membantu apa yang terdaya. Frekuensi Simplex adalah 144.410MHz..


p/s..28/10- berita terkini - 1 pelajar mati 2 lagi hilang.

Friday 23 October 2009

Listing 'pot luck' program Kuala Woh


Yang dah ada nak bawak
1. Ayam, Itek (untuk BBQ)
2. Mineral water (24 botol)
3. Kerang
4. Donat & kueh mueh
5. Nasi Putih
6.
7.

Peralatan
1. Dapur gas
2. Mestin & jug
3. Peralatan membakar
4. Perkakas makan. 
5.
6.

keperluan yang lain akan di update lagi nanti selepas perjumpaan terakhir sebelum tarikh perkelahan.

Friday 16 October 2009

Tawaran Kerja di Yee Lee Edible Oils Tasek Ipoh

Kepada yang sedang mancari kerja di sekitar Ipoh.

Jawatan: QC R&D Assistant
Umur : Tidak melebihi 35 tahun
Gaji : RM700-800
Kelayakan : SPM
Lain-lain: Kerja tanpa shif, insentif kedatangan, dan lain -lain.
Hubungi : http://www.yeelee.com.my

p/s Jawatan lain? sila datang ke Pejabat

Photobucket

Thursday 15 October 2009

Jom Santai sekeluarga di Kuala Woh - 15/11/2009

Perbincangan program Santai bersama Keluarga di Kuala Woh telah berjalan lancar malam tadi dan beberapa ketetapan telah dibuat untuk menjayakan progam ini sebaik mugkin. Konsep 'bawa makanan sendiri' dan kongsi ramai-ramai untuk makan dipersetujui oleh semua yang hadir.
Tarikh program adalah pada 15/11/2009 Ahad dan kesemua yang ingin turut serta bolehlah bersama-sama berkumpul di Karisma Simpang Pulai pada jam 9.00 pagi Ahad itu.


Rasa rindu terlepas juga kerana rakan lama yang sudah kurang 'memancar' menghadirkan diri untuk sama-sama turut serta dalam perbincangan malam tadi.
Perbincangan berakhir pada jam 12.30malam. Terimakasih kepada yang sudi menghadirkan diri.

Monday 12 October 2009

Perjumpaan untuk perbincangan

Satu perjumpaan akan diadakan pada 15/10/2009 hari KHAMIS untuk berbincang mengenai program IKRAP bertempat di restorn nashmir tmn klebang restu bermula 9.30 mlm. Harap semua ahli dapat hadir.

p/s tarikh ditukarkan dgn persetujuan Tuan Presiden

Sunday 11 October 2009

Program Kuala Woh

Menanti pengerusi untuk menetapkan hari perjumpaan untuk membincangkan program ini...

Saturday 10 October 2009

Booth Paintball di MAF Pdg Polo

Alhamdulillah, dlam kekalutan sempat juga menyiapkan gimmik untuk booth tersebut. Terimakasih kepada yang sanggup membantu saya...

Friday 9 October 2009

TENTATIF MARTIAL ARTS FEST


10th Oktober 2009 (Sabtu)

07.00 am - 1Malaysia Senamrobik
08.00 am - Rehat
09.00 am - Pameran bermula
10.00 am - Majlis Perasmian
11.00 am - “Kick-A-Ton” bermula
12.00 tengahari - Demonstrasi Muay Thai
01.30 pm - Rehat
02.30 pm - Bengkel mempertahankan diri
04.00 pm - Demonstrasi Silat Cekak Hanafi UTP
05.00 pm - Demonstrasi Tae-kwan-do GTF
07.00 pm - Rehat
08.00 pm - Persembahan dari pelajar Universiti Teknologi PETRONAS
10.00 pm - Bersurai


11th Oktober 2009 (Ahad)

07.00 am - 1Malaysia Senamrobik
08.00 am - Rehat
09.00 am - Pameran bermula
11.00 am - “Kick-A-Ton” tamat
12.00 tengahari - Demonstrasi Tae-kwan-do UTP
01.30 pm - Rehat
02.00 pm - Demonstrasi Silat Gayong Malaysia UTP
03.00 pm - Demonstrasi Aikido UTP
04.00 pm - Majlis Penutup
07.00 pm - Rehat
08.00 pm - Persembahan dari pelajar Universiti Teknologi PETRONAS
10.00 pm - Bersurai

Thursday 8 October 2009

Rumah Terbuka lagi......

Menurut 9W2JOI, saudara Swal MBP menjemput anda semua ke majlis hari terbuka dirumah beliau pada hari sabtu ini 10/10/2009 selepas solat asar. Jangan lepaskan jemputan ini dan untuk pengetahuan anda, rumah MBP adalah di Bemban Raya, Bemban (depan HITACHI lama)

Monday 5 October 2009

Rumah Terbuka 9W2RIL



Sempat jugak menyinggah rumah beliau untuk memastikan menu 'rahsia' nya dan kebetulan waktu itu terpaksa balik kerja agak lewat. Menjadi tetamu terawal beliau dan diiringi oleh hujan yang agak lebat, terganggu jugak konsentrasi untuk menjamu selera. Apapun, terimakasih kerana masih sudi menjemput kami... 

Thursday 1 October 2009

Jemputan Rumah Terbuka 9W2RIL - 3/10/2009


Saya diwakilkan Tuan Presiden kita menjemput anda semua untuk ke majlis tersebut diatas bermula jam 4.00 petang. Lokasi rumah adalah seperti berikut;
NO 35, JALAN PUTRA 3C, TAMAN KLEBANG PUTRA, IPOH PERAK.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diperpanjangkan di frekuensi 144.910MHz.