SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Sunday 30 March 2008

Mega Eyeball PRADAS 5-6/4/2008

Berikut adalah petikan dari laman web PRADAS
Posted by: PRRY - on Wednesday, March 19, 2008 - 06:56 AM

SABTU - 5HB April 2008
9.00AM - 12.30PM : Pendaftaran perserta & Penempatan khemah perserta
12.30AM - 2.30PM : Makan Tengahari
3.00PM - 4.20PM : Sukaneka
4.20PM : Solat Asar
4.45PM - 6.30PM : Sambungan Sukaneka
7.20PM - 9.00PM : Solat Maghrib berjemaah, Yassin & Tahlil, Solat Isyak berjemaah
9.00PM : Makan malam, Majlis suai kenal & MALAM MEGA EYEBALL
11.00PM : Makan tengah malam (Supper)

AHAD - 6HB April 2008
7.00AM - 8.00AM : Senamrobik
8.00AM - 9.00AM : Sarapan pagi
9.30AM - 10.00AM : Pendaftaran AGM
10.00AM - 12.30PM : Mesyuarat AGM PRADAS 2008
12.30PM : Makan Tengahari
1.30PM : Aktiviti bebas
3.30PM - 4.30PM : Minum petang & Kebersihan
5.00PM : Bersurai

- PR LEE

Ujian 9N4BGP (cadangan)

Ujian telah dibuat mulai malam tadi dan akan berterusan sehingga mendapat frekuensi yang sesuai dan tuning fizikal sebelum pendaftaran secara rasmi di MCMC. Ujian hanya dapat dilakukan diwaktu malam sahaja memandangkan itulah masa dimana saya dapat memantau peralatan tersebut bekerja.
Kepada mereka yang menjadi penaja projek ini, anda akan diinfokan frekuensi yang dipergunakan dari masa kesemasa. Diharap anda dapat membantu memantau dan memberi laporan isyarat yang diperolehi.
Meski pun ia tidak secanggih peralatan dari persatuan/kelab lain, tapi kita sepatutnya tetap berbangga kerana dapat menyediakannya dalam situasi ini berserta pengetahuan teknikal juga RM yang tidak seberapa ini.

-9W2HMI

Sunday 23 March 2008

Repeater INAS - QRM di simplex VEE99 di IPOH

INAS terpaksa menggunakan semula frekuensi asal repeater setelah mencuba beberapa kali menukarkannya supaya memberi laluan kepada kita. Memandangkan SOP menyatakan bahawa kita patut berganjak ke frekuensi lain jika frekuensi yang telah kita guna sejak 2 tahun lepas mendapat gangguan dari pemancar yang telah diberi lesen dari MCMC.
Sebenarnya repeater ini tidak mendatangkan apa-apa masalah jika penggunanya berada disekitar lokalan Lenggong, tetapi jika rakan di Ipoh menggunakannya, ia akan mengganggu QSO kita di simplex 144.990MHz.
Demi semangat setiakawan dan menghhormati rakan-rakan RA, saya cadangkan jika ada rakan Ipoh yang menggunakan Inas semasa kita bersimplex, rakan-rakan hendaklah QSY ke frekensi BOTA atau V44. Anda dilarang sama sekali meletakkan tone dalam sebarang simplex yang dipergunakan.
Satu isu sekarang ini, saya tidak pasti sama ada rakan-rakan VEE99 menyerang rakan2 di Lenggong dalam mesej box mereka. Jangan keruhkan suasana, jangan cari lawan , jangan cari ketidaksenagan rakan2 lain. Ada rakan yang menangguk di air keruh dengan menegangkan lagi suasana, menyamar sebagai rakan kelab kita.
Saya berharap jangan lah lagi kita pedulikan perkara yang remeh-temeh tersebut. Jangan risau, kerana kelab kita ini tidak lama lagi akan mendaftarkan satu pemancar yang mana dapat memudahkan kita berkomunikasi diserata capaian. Mudah-mudahan.

Jangan pandang belakang, kerana kita telah lama bersusah payah menghidupkan kelab kita ini. Tumpukan perhatian kepada aktiviti lokalan. Dan harmonikan suasana dengan rakan2 lain diluar sana.

- YDPVEE99-9W2HMI

Monday 17 March 2008

Paint Ball? Anda Berani ???

VEE99 X-tream Sport akan mengadakan satu sesi latihan di Ipoh untuk sukan ini. Jika anda berani dan lasak, sila daftarkan nama anda kepada:
1. SWAL FZL
2. SWAL MAN
Hanya yang benar-benar berani sahaja digalakkan untuk mendaftar diri.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan di 144.990MHz

Friday 14 March 2008

Kelab Radio di Perak

Alhamdulillah,
Di perhati-perhatikan, telah banyak group radio di Negeri Perak ini.
1. VEE99
2. PARTS
3. Kelab Ham Labu Sayong
4. Kelab Ham Kampungku
5. Kelab Ham Lenggong
6. Kelab Ham Kg Gajah.
7. Kelab HAM Manjung
.......
dan mungkin akan ada banyak lagi tumbuh di sekitar negeri Perak ini. Ini membuktikan bahawa di setiap kawasan dan dimana jua rakan-rakan HAM telah sedar untuk berkumpul sesama mereka dilokalan untuk bertukar pendapat dan idea disamping mengeratkan lagi tali silatulrahim.
Kebanyakan mereka telah mempunyai laman web tersendiri dan dengan ini kita boleh mematau aktiviti mereka dan mungkin boleh turut serta di masa hadapan.
Tahniah sekali lagi pada rakan Negeri Perak dan Syabas kepada rakan-rakan HAM yang turut sama menjadi ahli kelab masing-masing.

-9W2HMI

Wednesday 12 March 2008

Repeater Team - Mengikut sumbangan yang diterima.

Disebabkan terlalu banyak permintaan untuk menjadi team pengurusan repeater ini, saya rasa adalah adil jika kita pilih rakan-rakan yang membayar dahulu. Disini saya paparkan senarai rakan yang telah selesai bayaran -Sehingga 12/03/2008


" AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN"


Kepada rakan-rakan yang telah menyatakan minat anda, sila buat bayaran dengan segera. Repeater akan sampai minggu depan.

Monday 10 March 2008

KEMPEN POLITIK DI RADIO AMATUR


Agak terkejut juga dengan berita ini kerana apa yang sepatutnya berlandaskan SOP telah dicemar. Sama ada penulis berita tidak memahami apa yang dikatakan atau ia memang berita benar hanya rakan Radio dikawasan lokalan tersebut mengetahui jawapannya.
Pada saya saya mengaggap berita ini dimanupulasi oleh penulis, kerana seorang yang memegang lesen KELAS A tidak akan melanggar SOP dengan berkempen di frekuensi amatur. Jika dia menggunakan radio sebagai alat untuk kebaikan semua pihak, itu adalah sesuatu yang memang perlu diketengahkan.
Tetapi berita ini sedikit sebanyak telah mencemar imej radio amatur kerana orang menyangka pemilik radio boleh mempergunakan alat tersebut unutk berkempen.
Saya selaku individu yang mengenalkan Simplex VEE99, dengan TEGAS tidak berkompromi dengan mana-mana kumpulan atau individu yang mempergunakan frekuensi yang telah diperkenalkan ini untuk tujuan berkempen juga tujuan-tujuan yang tidak berhemah ini.
Diharap rakan-rakan KELAB KOMUNIKASI AMAL VEE99 memahami dengan tujuan asal kita menubuhkan kelab ini.

-9W2HMI

ADVANCE TECHNICAL WORKSHOP FOR AMATEUR RADIO

PROGRAM TERPAKSA DI TANGGUHKAN DISEBABKAN ADA PERKARA YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN

MAAF ATAS SEGALA KESULITAN



ADVANCE TECHNICAL WORKSHOP FOR AMATEUR RADIO

Tarikh : 16/03/2008 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Blok 23, Universiti Teknologi PETRONAS

Anjuran
Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS)
Dengan kerjasama K/tangan UTP

RM10.00 Bayaran Makanan / Nota Workshop
Untuk Ahli PARTS/Kelab Komunikasi Amal VEE99/Student UTP

## RM10.00
Untuk Peralatan/Projek PCB Mose Code Pratice

Keterangan lanjut sila hubungi :-
9W2SBD – Sallehan Din
016-505 2354
9w2sbd@parts.org.my
Repeater : 9M4RIP 146.940 -0.600 203.5
Simplex : 144.990MHz

TEMPAT ADALAH TERHAD
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 14/03/2008 ( Jumaat )


Tentative Program

10.00am Pendaftaran
10.15am Introduction to Equipment
11.00am Handling SWR Meter @ Mobile
1.00pm Makan Tengahari
2.00pm PCB Lab Design – Computer Base Training CBT
4.00pm Projek PCB Mose Code Pratice
5.00pm Bersurai

Tuesday 4 March 2008

Eyeball 4/3/08 - Danial Fadzley Restoran



Perbincangan sekitar untuk memiliki satu repeater komersial untuk diguna pakai sekitar lokalan. Memerlukan dana sebanyak kurang lebih Rm2000 untuk menjayakan misi ini. Dengan ini pihak kelab memerlukan 20 orang yang sudi menyumbang RM100 setiap seorang. Pada malam tersebut seramai 8 stesen bersetuju untuk menyumbang kearah tujuan ini. Keistimewaan akan diberi kepada mereka yang menyumbang selepas repeater dilancarkan seperti:


1. Dikecualikan yuran pendaftaran

2. Callsign komersial yang unik
3. Berkongsi dalam keuntungan - jika ada.

Pihak kelab memerlukan 12 orang lagi untuk menyertai program ini. Siapa cepat dia dapat. Pembayaran boleh dibuat pada 9W2DFA.

-9W2HMI