Ujian telah dibuat mulai malam tadi dan akan berterusan sehingga mendapat frekuensi yang sesuai dan tuning fizikal sebelum pendaftaran secara rasmi di MCMC. Ujian hanya dapat dilakukan diwaktu malam sahaja memandangkan itulah masa dimana saya dapat memantau peralatan tersebut bekerja.
Kepada mereka yang menjadi penaja projek ini, anda akan diinfokan frekuensi yang dipergunakan dari masa kesemasa. Diharap anda dapat membantu memantau dan memberi laporan isyarat yang diperolehi.
Meski pun ia tidak secanggih peralatan dari persatuan/kelab lain, tapi kita sepatutnya tetap berbangga kerana dapat menyediakannya dalam situasi ini berserta pengetahuan teknikal juga RM yang tidak seberapa ini.
-9W2HMI
No comments:
Post a Comment