SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Tuesday, 30 June 2009

Pergerakan ke Kenduri Durian 9W2MPB 5/7/09

Tentatif pergerakan adalah seperti berikut:

9.00 pagi - Berkumpul di Stesen Mobil, Parit
9.15 pagi - Bergerak ke Manong (melalui Bota & Tepus)
9.45 pagi - Berkumpul di Depan Balai Polis Manong
10.00 pagi - Bergerak ke Suak Petai (Lokasi Kenduri)
10.15 pagi - Sampai di lokasi kenduri
Pergerakan balik - ikut masa sendiri
Frekuensi KONVOI - 144.990MHz
Frekuensi Kenduri - V22

Jadual ini bukan jadual rasmi Kelab VEE99, tetapi dibuat atas kapasiti individu sahaja. Kepada mereka yang ingin turut serta, bolehlah berjumpa dimana-mana lokasi seperti masa yang tertera. Kita tidak akan menunggu sebarang kelewatan kerana boleh ditunjukarah menggunakan komunikasi radio jika tersesat.

Harap dapat bertemu ramai rakan-rakan disana nanti.

Sunday, 28 June 2009

Kenduri Durian 5/7/2009 oleh 9W2MPB



Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita apalagi...tibai jerr.... Kecik tapak tangan, nyiru kita tadahkan.... sahaja memanjangkan jemputan rakan-rakan tambahan benda baik sebegini tak boleh kita abaikan dan mungkin dapat memanjangkan tali silatulrahim di daratan pula. Bagi mereka yang tidak ALERGIK dengan durian dan yang boleh menghabiskan durian 3-4 guni..sila-silakan lah. Untuk pengetahuan tuan-tuan...MANONG adalah terletak diantara jalan dari PARIT ke Kuala Kangsar..jangan terlajak sampai ke Penang dah la... hehhehe..

Sumber dari laman blog 9w2ipt.blogspot.com
Sekarang sudah masuk musim durian gugur di sekitar daerah di negeri Perak - pelbagai jenis durian sekarang sudah berada di pasaran dengan harga sedikit mahal dalam waktu yang terdekat ini (awal musim).

Sempena dengan musim durian kali ini rakan V22 kita 9W2 MPB menjemput semua rakan-rakan Radio Amatur tidak kira berada dimana menghadiri majlis jamuan makan durian secara berkelah pada, masa dan tempat berikut;

Tarikh: 5hb Julai 2009
Jam : 10 pagi (sampai habis buah durian)
Tempat : Di Kediaman Ayahandanya
di kampung Suak Petai, Manong.

Frekuensi perhubungan V.22 (145.275)
HP : 012 544 0454 ( Man )
#sebarang pertanyaan atau pandu arah bolehlah menghubungi kemudahan di atas.

Friday, 26 June 2009

Walimatulurus 9W2IPH 28/6 - Pergerakan ke lokasi

Perbincangan dengan JOn 9W2MVA adalah seperti berikut:

Masa: 12.00 - 12.30 tghari
Lokasi: Mobil (Belakang TESCO EXTRA)
Frekuensi : 144.990MHz

Konvoi akan bergerak kerumah pengantin tepat jam 12.30tghari. Jika ada yang terlewat diharap dapat menggunakan radio untuk berkomunikasi.

Sekian dimaklumkan. Terimakasih.




p/s lukisan khat oleh 'awangpurba'

Wednesday, 24 June 2009

Majlis Walimatul Urus 9W2IPH (Faizal) - 28/06/2009


Amanah untuk memanjangkan jemputan walimatul urus ini oleh empunya badan sendiri di letakkan dibahu saya untuk rakan-rakan radio di kawasan sekitar ini.

Majlis adalah seperti berikut;

Tarikh: Ahad 28/06/2009
Lokasi: No 39, Hala Tasek Timur 28, Taman Cahaya Bercham, 31400 Ipoh.


Semua warga HAM dijemput hadir.




p/s untuk jalan ke lokasi sebenar, anda boleh tanya 9W2MVA nanti

Tuesday, 23 June 2009

Kanak-kanak hilang. Minta tolong sebarkan.


NADIA NATASHA 8 TAHUN DAN AHMAD ZAKRY 10 TAHUN TELAH HILANG DARI RUMAH DI SRI PUTRAMAS, JALAN KUCHING, KL PADA 22 JUN 2009. KALI TERAKHIR KANAK-KANAK INI DI LIHAT BERADA DI SEKITAR KAWASAN PUTRAMAS JAM 7 MALAM PADA 22 JUN 2009

SEBARANG MAKLUMAT BOLEH DI SALURKAN KEPADA
PUAN MIZA DI TALIAN 013-3455661

DIHARAPKAN SEMUA RAKAN BLOGGER DAPAT MEMBANTU BAGI MENCARI KANAK-KANAK INI.
TOLONG SEBARKAN
p/s Untuk kepastian tentang info ini, sila hubung nombor yg tertera didalam berita diatas.

Selamat berjuang !!

Kepada rakan-rakan yang mengambil RAE
Semoga dipermudahkan segala urusan, selamat pergi dan selamt kembali.

Perturunkan apa juga ilmu yang telah dipelajari dan yakinlah dengan jawapan yang diberi

Monday, 22 June 2009

Apa dah jadi pulak ni?

1-2 hari ni dengar jugak desas desus cerita itu dan ini yang menyakitkan telinga ini.. Konsep asal dah diubah dan sekarang nak suruh orang menipu diri sendiri pulak?
Memang bercanggah dari konsep asal penubuhan dan aku rasa mungkin sebab cadangan sebeginilah dari ahlilah yg tidak aku terima membuatkan orang kata aku gila kuasa..
Jadi, pesanan aku..itu pun kalau nak dengar.. jangan praktik idealogi yang memang ditolak mentah-mentah dari dahulu oleh otai2 VEE99 ini..dan dengar2lah pendapat ahli2 sendiri... hehehehehe.....



Selamat maju jaya VEE99. Tanpa anda siapalah kita.....

Sunday, 21 June 2009

Peluang untuk mencuba !

Jika berminat boleh mencuba. Harga promosi mampu bayar. Jadikan ia satu cabaran lasak dan disini mampu dilihat kredibiliti anda sebagai pemimpin.
Kumpulkan pasukan anda dah moh kita gegarkan Kuala Dipang!!


Klik foto untuk info lebih lanjut

Thursday, 18 June 2009

Ada eyeball Sabtu ni 20/06/2009

Hanya ingin memanjang-manjangkan pesan tentang sesi eyeball rakan2 radio ini. Klik foto untuk gambar besar. Untuk sebarang pertanyaan boleh terus hubungi pencatat berita seperti tertera...

Tuesday, 16 June 2009

Hari Keluarga Kelab Kembara Malaysia (KM)


Pihak Kembara Malaysia menjemput semua warga VEE99 dan sesiapa sahaja yang berkelapangan untuk sama-sama menjayakan hari keluarga ini. Keterangan lanjut boleh didapati dari laman web http://www.km.my

Tempat : Crystal Bay Telok Batik
Tarikh : 11 & 12 Julai 2009
Konsep : Pot Luck.. (makanan bawa sendiri)
Lodging : Sendiri Uruskan.

Acara
1. Suaikenal antara peserta
2. Pertunjukan RC
3. Permainan Paintball
4. Penerangan mengenai Radio Amatur
5. Senamrobik
6. BBQ
7. Kuliah maghrib & subuh.
8. Telematch keluarga
9. Bual2 tentang injin, sparepart dan apa saja tentang kenderaan anda

Sila hubungi saya di 019-5958844 untuk keterangan lanjut

Sunday, 14 June 2009

Friday, 12 June 2009

Jawatan Kosong di YEE LEE EDIBLE OILS.

Syarikat yang berada di papan utama BSKL ini memerlukan mereka yang betul-betul berminat untuk bekerja. Sila datang terus bersama dokumen anda di Kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh Perak. Telefon 05-2911055 untuk pertanyaan lanjut.


p/s Info ini adalah sekadar untuk membantu mereka yang betul2 memerlukan wang untuk menyara hidup. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini, rasanya peluang ini adalah terbaik sehingga ini. Saya tidak mempunyai sebarang akses untuk menjamin anda mendapatkan jawatan itu kerana terpulang kepada anda sendiri untuk meyakinkan sipenemuduga nanti..

Wednesday, 10 June 2009

HF set - Ada dah nak cuba ni


Rasanya tak lama lagi adalah rakan kita akan mula mengendalikan HF set ini. Alhamdulillah.. dapat jugaklah kita jenguk-jenguk dan tanya-tanya pengalaman beliau nanti.
Siapakah rakan itu? Kena langut-langut lah kat atas bumbung rumah rakan-rakan kot2 ada antena yang lain macam jer tu...haaa..dia lah yang ada set HF ni.....

Sunday, 7 June 2009

Program Amal - Berbuka puasa bersama anak2 Yatim


Tahun ini baru sekali kita adakan program amal tersebut dan rasanya patut kita adakan sekali lagi sempena bulan puasa yang akan datang ini. Bukan mahu mencari nama, cuma untuk mencari pahala dibulan yang mulia itu. Sesungguhnya kadangkala kita terlupa disamping kita bergembira dengan juadah diatas meja, ada yang menangis kerana terpaksa berbuka dengan airmata.

Jika ada idea dan pendapat serta lokasi terbaik, boleh maklumkan kepada saya kerana perkara yang baik ini tidak patut kita lewat-lewatkan perlaksanaannya. Soal wang ringgit adalah faktor kedua cuma faktor semangat juga keringat ditagih dalam program amal ini.

Saya yakin masih ada rakan-rakan yang bersetuju dengan cadangan ini dan diharap dapat tampil dengan cadangan anda. Kita akan sama-sama rancangkan aktiviti ibadah ini.
p/s Program ini mungkin disertai oleh Kelab-kelab/individu yang lain. Ini tiada kaitan dengan aktiviti VEE99. Saya menyampaikan atas tiket individu sahaja.

Saturday, 6 June 2009

Serampang dua mata - KKM

Lama jugak aku tak memberi penerangan mengenai radio amatur ini kepada sesiapa pun kerana aku rasa dah sampai tahap maksima kebosanannya kerana selalu mengulang-ngulang benda yang sama. Tapi kali ini aku ingin mempromosikan rakan-rakan kelab kembara ini untuk mencuba radio amatur ini.
Ahad 7/6/09 ini kebetulan ada kenduri di rumah YDP kelab di Kunchi Air, sebagai ahli aku dijemput untuk menghadiri kenduri tersebut. Pertandingan paintball juga telah dirancang awal untuk anggota kelab dan rasanya dimasa ini aku bercadang untuk menerangkan dengan terperinchi radio amatur ini.
Diharap ini boleh memperluaskan lagi penggunaan radio amatur di kalangan kelab sebegini..

Thursday, 4 June 2009

Echolink Projek: V59 - 146.5375MHz ada QRM


Entah datang dari mana tapi sepanjang malam tadi aku cuba monitor untuk memastikan frekuensi ini sesuai tidak untuk projek echolink aku nanti.
Aku akan cuba monitor untuk beberapa hari lagi, jika masih berkeadaan sama mungkin terpaksa mencuba difrekuensi 144mHz sahaja..
Pesawat yang digunakan : ICOM ICV82
Antenna yang digunakan : Slim Jim (komersil) 50 kaki.

Tuesday, 2 June 2009

Wajah baru blog


Menyedari keperluan 3-lajur ini penting dalam penyampaian yang berkesan, saya sekali lagi menjadikan laman web ini lebih informatif dan senang untuk digunakan (user-friendly). Isi kandungan akan ditambah dari masa kesemasa dan tidak hanya kepada berita dan informasi tapi kepada arah teknikal dan pembaharuan.
Kepada yang mahukan linking anda di blog ini, anda haya perlu maklumkan kepada saya dan syarat utama adalah blog anda tiada unsur politik dan fanatik agama dan juga anda perlu linkkan laman VEE99 ini diblog anda juga. Yang paling penting, blog anda harus di update sekerap mungkin untuk mendapat rating 5 yang teratas.
Terimakasih kerana masih sudi melayari laman blog ini. Tanpa anda siapalah VEE99.