SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Friday 29 June 2007

CONTOH STIKER YANG ADA PADA KERETA.

Wow... cun nya stiker... Tah kereta sapa tah ni.. tapi macam kenal. Jangan marah......

Ini adalah sample sahaja. Stiker ni adalah jenis flouresent dan di cetak menggunakan Laser printer. Tak tau macammana nak elak dia dari rosak kalau kena hujan...

Gambar close- up. Siap nampak kereta tak cuci lagi.



Hehehe... jangan marah kalau tengok no plet kereta tu. saja nak perasan sikit. Nak tunjuk lokasi dimana stiker tu akan di letakkan. Jadi terpulanglah pada rakan-rakan jika setuju dengan idea yang di cadangkan ini.

**p/s.. pakai kereta buruk.. tak lama lagi dapat voucher Rm5000. ----> Boleh beli lagi kereta buruk.. Boleh pakai ke idea aku ni?

Thursday 28 June 2007

Majlis Kenduri Doa Selamat & Tahlil di rumah 9W2HMI

Alhamdulillah kenduri kesyukuran telah sempurna dijalankan dan juga tahlil untuk mereka yang telah pergi buat selamanya. Rakan HAM Vee99 telah menghadirkan diri demi menjayakan acara ini dan terimakasih juga kepada mereka kerana sudi hadir walaupun pada malam Jumaat.

Thursday 7 June 2007

Senarai Rakan-rakan yang akan ke konvoi Merdeka

MASA MAKIN DEKAT, JADI MAKIN HAMPIR KITA MENCAPAI TUJUAN KITA. ADA RAKAN-RAKAN YANG TIDAK DAPAT PERGI PADA SAAT-SAAT AKHIR. JADI DISINI SAYA PAPARKAN SENARAI TERAKHIR BUAT MASA INI YANG PASTI AKAN PERGI. BAGI MEREKA YANG HENDAK IKUT SERTA PADA SAAT AKHIR PERLU BERHUBUNG DENGAN USTAZ NAJDI UNTUK TEMPAT PENGINAPAN DSB.... TERIMAKASIH KEPADA MEREKA YANG MENYOKONG AKTIVITI INI.

1. 9W2HMI/SC5XLI - Hazli - AJK Jemputan
2. PRDI/SWAL DII - Ustaz Najdi - Pengarah Projek & AJK Lodging
3. SWAL ZOL - Zol - AJK Promosi & Percetakan
4. SWAL DCC - Haji Jamal - Ajk Logistik
5. SWAL OBM - Omar - AJK Derma
6. 9W2BOY - Musa - AJK Derma
7.9W2VEE- Abg Bud - AJK Logistik
8. 9W2AFR - Fariq - AJK Penaja
9.SWAL DIN - Din - AJK Derma
10. SWAL MBP- Hj Masri - AJK Derma
11. 9W2RIL - Shahril - AJK Marshall
12. 9W2PIZ - HAPIZ - AJK Marshall
13. SWAL SBI - Saiful - AJk Derma
14. SWAL RHM - Cikgu Rahim - AJK Penaja
15.SWAL CSI - Ariff - AJK Penaja
16. 9W2YZU - Yong Zu - AJK Logistik
17. ??9W2SBD - Solehan - AJK Pelepasan dan Logistik
18. SC3-XSD - Abg Sarip

Agenda & Jadual waktu penuh aktiviti ini boleh di upload diruangan "MENU VEE99".

Monday 4 June 2007

Seputar di kelas ulangkaji RAE di UTP Tronoh Perak

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar bagi kelas yang julung kalinya dianjurkan oleh Team Vee99. Semua persediaan seperti ruang kelas yang selesa, makan minum dan kemudahan parking disediakan sempurna sekali. Tahniah kepada 9W2SBD (Solehan) dan team dalam penganjuran kali ini.

Lebih dari 30 stesen SWAL telah hadir dengan satu tujuan iaitu menimba ilmu beserta megulangkali demi persediaan RAE nanti.

Rakan-rakan berlesen juga hadir untuk memberi sokongan serta semangat kepada mereka.





Dengan tenaga pengajar yang berkaliber 9M2AGC (Azlan) pihak kami pasti bakal-bakal HAM yang dilahirkan mampu mempunyai tahap disiplin yang tinggi juga akan disegani diserata pelosok dunia. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau kerana sudi mengorbankan masa cuti beliau demi menyaksikan kejayaan yang mendatang.



Sekalung terimakasih juga kepada 9W2SLJ (Pak Lope) atas ilmu-ilmu yang disumbangkan kepada rakan-rakan SWAL sebelum ini. Meskipun agak kurang sihat, demi HAM beliau hadir untuk membantu dalam pengajaran setiap minggu di Jalan Ashby.

Jasa-jasa beliau akan tetap kami kenang dan diharap beliau dapat meneruskan usaha-usaha yang murni ini.

Kelas berakhir pada jam 5.30 petang disusuli dengan sesi eyeball berkelompok.