Lebih dari 30 stesen SWAL telah hadir dengan satu tujuan iaitu menimba ilmu beserta megulangkali demi persediaan RAE nanti.
Rakan-rakan berlesen juga hadir untuk memberi sokongan serta semangat kepada mereka.
Dengan tenaga pengajar yang berkaliber 9M2AGC (Azlan) pihak kami pasti bakal-bakal HAM yang dilahirkan mampu mempunyai tahap disiplin yang tinggi juga akan disegani diserata pelosok dunia. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau kerana sudi mengorbankan masa cuti beliau demi menyaksikan kejayaan yang mendatang.
Jasa-jasa beliau akan tetap kami kenang dan diharap beliau dapat meneruskan usaha-usaha yang murni ini.
Kelas berakhir pada jam 5.30 petang disusuli dengan sesi eyeball berkelompok.
No comments:
Post a Comment