SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Tuesday 29 April 2008

Kalau tak dipecahkan ruyung.......

Terharu melihat tempat yang akan di nobatkan sebagai 'rumah kelab' kerana saya tidak menyangka bahawa dalam penat jerih, jatuh bangun, bangkangan dan sokongan dapat jua saya mencapai cita-cita saya juga rakan-rakan yang lain amnya.
Mungkin ramai yang menyangka kelab terlalu awal untuk bergerak kehadapan, tetapi jika tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya. Perancangan masa hadapan demi untuk memartabatkan kelab selari dengan kelab/pertubuhan lain di Malaysia ini perlu diperhebatkan. Daripada ber'eyeball' bercerita tentang 'dx'ing atau 'brew' baru di lokasi luar, pada pendapat saya, adalah lebih baik kita ber'eyeball' benda yang sama ditambah pula dengan aktiviti lain seperti kelas dan juga seminar untuk rakan-rakan lain di rumah kelab sahaja.
Kelab juga mempunyai kemudahan workshop untuk kita sama2 mem'brew' dan ini membolehkan kita berkongsi pengalaman/pendapat secara praktikal tidak dari segi teori sahaja selama ini. Ini juga dapat memantapkan lagi keakraban rakan2 RA setempat mahupun yang luar kerapa kita mempunyai satu lokasi sempurna untuk aktiviti sosial mahupun ibadah..
Jadi, dengan adanya tempat ini, juga bersesuaian dengan konsep "AMAL" kelab diharap rakan-rakan yang mahu untuk menyumbangkan ibadah dengan memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan lain, keluarga mahupun anak-anak kita semua boleh lah dipergunakan tempat ini sebagai titik permulaan. "TIDAK HILANG ILMU KITA JIKA KITA PANJANGKAN ILMU TERSEBUT KEPADA INSAN LAIN'

Terbayang dikepala ini beberapa aktiviti yang dirasakan agak sesuai dengan lokasi dan susunatur Rumah Kelab ini:
1. Kelas/Bengkel RAE
2. Kelas mem'brew'
3. Kelas matapelajaran sekolah untuk anak2 ahli/ anak2 keluarga daif
4. Kelas Fardu Ain/mengaji untuk semua rakan RA & keluarga
5. Jualan produk kelab (baju,stiker , topi dll)
6. Penyewaan tempat untuk sebarang seminar (selain RA)
7. Pejabat urusan/operasi untuk Kelab.

Mungkin ada banyak lagi yang tidak dapat saya fikirkan bersendirian dan mengharap rakan-rakan lain meng'input' idea untuk kelab ini.

Akhirkata.. impian kita sudah menjadi kenyataan dan kini kita perlu uruskan impian itu supaya dapat mencapai impian yang satu lagi..

Sekian.. Sekelumit pendapat dari saya.

p/s Jika ada ayat yg ter'gantung' (tak faham langsung) adalah kerana kesalahan transmisi komputer sahaja..... (hehehe..tak mau salah diri sendiri)

9W2HMI

Saturday 26 April 2008

Rumah Kelab - Pembersihan & persediaan

Tercapai juga cita-cita kita untuk mendapatkan satu tempat dimana kita boleh bertemu dan menjalankan aktiviti -aktiviti kelab secara sempurna.
Jadi saya bagi pihak pengurusan kelab menjemput kesemua rakan-rakan VEE99 khasnya juga rakan -rakan lain secara amnya untuk sama-sama membersihkan tempat tersebut supaya lebih kemas dan teratur.
Berikut adalah butir-butirnya;

Tarikh : 1 Mei 2008
Masa : 10.00 pagi.
Lokasi: Rumah Kelab, No 15, Bangunan Rumah Kedai Batu Gajah Perdana. Laluan Batu Gajah Perdana 1, 31500, Pusing Perak

Agenda:

-10.00pg- Berkumpul di Kelab
- 10.30pg - Mengemaskan kelab dan menyusun mana-mana patut
- 11.00pg- Menaikkan antena radio
- 12.00pg - Bacaan doa selamat
- 1.00 tghari - Makan tengahari (tong-tong)....
- 1.30tghari - Bersurai

Harap dapat hadirkan diri demi kelab kita.

Tuesday 22 April 2008

ICOM Clone/pirate punya?

Terbaca di blog 9W2AFR mengenai ada cubaan untuk menciplak beberapa model ICOM sekarang ini. Untuk info selanjutnya boleh layari link ini.




Monday 21 April 2008

Teguran di Jalur

Baru-baru ini terdengar juga desas desus ketidakpuasan hati rakan-rakan baru, mahupun lama atas satu teguran yang membina oleh rakan lain. Saya tidak memantau pada waktu itu, ttapi beberapa panggilan telefon kepada saya membuatkan saya cuba menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.
Siasat punya siasat dan kesimpulan yang saya buat adalah berikut;
1. Rakan SWAL salah menggunakan Q code
2. Rakan yang ber 'AA' menegur secara terbuka akan kesalahan.
3. Rakan-rakan dijalur ketika itu tidak puas hati kerana teguran tersebut agak keras dan menegur sekali rakan lain yg ada 'AA' sebagi sengaja membiarkan kesalahan berulang kali.

Kesimpulannya;
1. Teguran sepatutnya jangan secara terbuka dan ini akan memalukan rakan tersebut dengan rakan-rakan lain sewaktu itu. Telefon beliau dan nyatakan kesalahannya. Jika anda tiada nombor telefonnya, minta kepada saya. Sebab 95% nombor telefon rakan VEE99 ada dalam rekod saya.
2. Memang sepatutnya rakan SWAL patut ambil ini sebagai satu nasihat, tetapi dunia radio ini terlalu unik untuk di fahami. Sessi eyeball yang dianjurkan patut di hadiri untuk memperkenalkan kepada rakan-rakan SWAL ini. Jika anda sudah bermesra dan kenal hati budi masing-masing, jadi cara teguran sebagaimana kasar pun akan diterima oleh rakan-rakan tersebut.
3. Cuba dengan cara berdiplomasi atau dengan cara bersahaja menegur. Jangan tegur secara terus, jadikan pengalaman anda sendiri 'ditegur' semasa SWAL sebagai permulaan nasihat.
4. Kepada rakan SWAL yang ditegur, diharap boleh menerimanya dengan cara terbuka. Jika anda tidak kenal siapa yang menegur anda, anda boleh terus telefon saya atau rakan senior yang lain.
5. Cepat minta maaf kepada penegur atau yang kena tegur, supaya kes tidak berlarutan. Bukan rugi pun untuk menyatakan kemaafan. Mohon maaf bukannya bererti anda kalah atau menang.
6. Bertenang dan minta sesi eyeball dilakukan dengan segera untuk menyelesaikan pertikaian ini. Kita rakyat Malaysia yang penuh dengan adat ketimuran. Jangan jadikan HOBI ini sebagai punca perpecahan antara kita disini.

Akhirkata, segala yang saya nyatakan diatas adalah pendapat saya sendiri. Tidak bersangutan dengan mana-mana pihak.

**p/s** Kes ini dianggap selesai dan diharap adalah terakhir dalam sejarah VEE99. Kita mempunyai banyak tugas yang lebih mencabar di masa depan dari memikirkan perkara remeh temeh ini.

Wednesday 16 April 2008

MENJANA PENDAPATAN CARA MUDAH?


Pihak pengurusan Kelab akan menganjurkan satu kursus sehari untuk menjana pendapatan sampingan rakan-rakan radio amatur di Malaysia ini. Butir-butirnya adalah seperti berikut:


TAJUK : KURSUS ASAS LANGKAH-DEMI LANGKAH PENANAMAN CENDAWAN SECARA KOMERSIL

FASILITATOR : MOHD. ZAFUAN BIN OSMAN (PEMILIK LADANG CENDAWAN)

TEMPAT : PUSAT CENDAWAN PARIT, PERAK

TARIKH : 18 MEI 2008, AHAD, 8.30PAGI - 5.00 PETANG

BAYARAN: RM100.00 (UNTUK AHLI VEE99) RM 140.00 (USAHAWAN LAIN)

MAKAN MINUM, NOTA DISEDIAKAN.

Jika anda berminat sila isikan borang di bawah dan hantar

DATA-DATA HENDAKLAH DIISI TEPAT UNTUK URUSAN PENSIJILAN KELAK



Friday 11 April 2008

RAE2008-1 - Sekitar program isi/semak borang

Cuba perhati perkara (iv) syarat2 lain dalam borang permohonan RAE ...







Aktiviti bermula jam 10.30mlm dimana rakan-rakan membantu mengisi borang tersebut. Banyak kesalahan kecil diperolehi yang mana juga menjadi pengalaman pada rakan-rakan yang lepas dan diharap menjadi pengalaman pada rakan-rakan baru ini.




Generasi pelapis ini juga bakal meneruskan perjuangan kami untuk mendidik rakan-rakan peminat radio komunikasi dua hala yang memang selama ini sebagai hala tuju kelab ini. Di malam itu juga ramai muka baru hadir untuk mengenali satu sama lain. Harapan kami hasrat kami mendidik rakan radio amatur ini akan berterusan supaya mendapatkan pengalaman di lokalan sebelum boleh terbang ke dunia yang lebih luas.




Kenapa di Kelab Eksklusif Al-Ghazali Batu Gajah Perdana?

'Entah?' Datang lah sendiri....................:)







Ini dia YL Tasek....

Wednesday 9 April 2008

RAE2008-1 - Mengisi/menyerah borang permohonan

Tarikh : Jumaat 11/4/2008
Masa : Mulai 10.30mlm - Last 11.59mlm
Lokasi : Kelab AlGhazali, Batu Gajah Perdana
Sila bawa fotostat IC dan duit yuran peperiksaan
Borang akan diberi percuma oleh penganjur majlis - SWAL WAN

Friday 4 April 2008

PERHATIAN KEPADA AHLI PARTS

**Dipetik dari laman blog 9W2SBD - TQ Rakan**

Kepada;
Semua Ahli PARTS.

Tuan-tuan dan Puan-puan Sekelian.

Assalamualaikom;

Per: NOTIS MESYUARAT AGUNG PARTS KEDUA 2008.

Sukacita dinyatakan bahawa mengikut persetujuan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang bermesyuarat pada 2hb. Mac 2008 yang lalu dan mengikut Perlembagaan PARTS, Fasal 8, Mesyuarat Agung (1) Dan (3), bahawa Mesyuarat Agung Kedua Pertubuhan ini akan diadakan pada dan tempat seperti berikut:

Tempat : Pusat Pelajar Islam Perak, Jalan Kelab Golf,Ipoh, Perak D.R.
Tarikh : 20hb. April, 2008 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari

2. Antara agenda yang akan dibincangkan ialah:

AGENDA MAJLIS:
A. ATURCARA MAJLIS BERMULA - 10.15 pagi
1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
2. Ucapan Pengerusi PARTS
3. Ucapan Peresmian Oleh Pengerusi PARTS

B. JAMUAN RINGAN - 10.30 pagi

C. MESYUARAT BERMULA - 10.25 pagi
1. Ucapan Pengerusi PARTS Yang Mempengerusikan Mesyuarat
2. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2007
3. Membentang Dan Meluluskan Laporan Setiausaha Kehormat 2007
4. Membentang Dan Meluluskan Laporan Bendahari 2007
5. Perkara-perkara Berbangkit.
6. Perlantikan Pengamanah (Fasal 13),
7. Penasihat/Penaung (Fasal 15).
8. AJK Daerah dan Biro-biro.
9. Membahaskan Usul-usul, (jika ada);
10. Lain-lain hal.11. Ucapan Penangguhan -11.45 pagi

Kehadiran tuan / puan akan menunjukkan minat, sumbangan serta meriahkan perjalanan mesyuarat tersebut.

“KEAKRAPAN MELALUI GELOMBANG UDARA”

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

Ditandatangan
…………………………….
(9W2PHE Mahadi bin Yahya)
Setiausaha,Pertubuhan Penyiar Radio Amator Perak .

Thursday 3 April 2008

HARI KELUARGA VEE99

***Terkini: Aktiviti ini terpaksa dibatalkan oleh kerana chalet 9W2BOY 'full House'. Harap Maaf ***

SATU AKTIVITI HARI KELUARGA VEE99 AKAN DIADAKAN MEMANDANGKAN SUDAH LAMA KITA TIDAK MELAKUKAN AKTIVITI SEDEMIKIAN. KEBETULAN 19HB NI CUTI UMUM NEGERI PERAK, ELOK JUGA KITA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGADAKAN SATU HARI KELUARGA BERSAMA. PENYERTAAN TERBUKA KEPADA WARGA MALAYSIA YANG SUDI UNTUK MENJAYAKAN AKTIVITI INI.
TEMPAT ADALAH TERHAD: ADA 6 CHALET 4 FAMILY ROOM DAN 2 DORM SAHAJA

CADANGAN:

TARIKH: 19&20/4/2008 - SABTU&AHAD
LOKASI: D'CHALET KG SITIAWAN
LODGING: CHALET RM 75, BILIK BESAR RM110, DORM: RM15 SATU KEPALA.
KONSEP:
1. BAWAK MAKANAN SENDIRI, PERIOK SENDIRI - KITA BBQ DISANA (DISEDIAKAN DAPUR)
2. CHALET - SILA BAYAR SENDIRI MASA KETIBAAN. NAMA HENDAKLAH DIBERI PADA SAYA (UNTUK BOOKING) SELEWAT-LEWATNYA 16/04/2008. LAMBAT DARI ITU - SORRY!!

AKTIVITI:
1. MEMANCING
2. BBQ
3. KARAOKE
4. EYEBALL SAMPAI PAGI
5. LAYAN BUKIT KATIL

- 9W2HMI