SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Monday, 21 April 2008

Teguran di Jalur

Baru-baru ini terdengar juga desas desus ketidakpuasan hati rakan-rakan baru, mahupun lama atas satu teguran yang membina oleh rakan lain. Saya tidak memantau pada waktu itu, ttapi beberapa panggilan telefon kepada saya membuatkan saya cuba menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.
Siasat punya siasat dan kesimpulan yang saya buat adalah berikut;
1. Rakan SWAL salah menggunakan Q code
2. Rakan yang ber 'AA' menegur secara terbuka akan kesalahan.
3. Rakan-rakan dijalur ketika itu tidak puas hati kerana teguran tersebut agak keras dan menegur sekali rakan lain yg ada 'AA' sebagi sengaja membiarkan kesalahan berulang kali.

Kesimpulannya;
1. Teguran sepatutnya jangan secara terbuka dan ini akan memalukan rakan tersebut dengan rakan-rakan lain sewaktu itu. Telefon beliau dan nyatakan kesalahannya. Jika anda tiada nombor telefonnya, minta kepada saya. Sebab 95% nombor telefon rakan VEE99 ada dalam rekod saya.
2. Memang sepatutnya rakan SWAL patut ambil ini sebagai satu nasihat, tetapi dunia radio ini terlalu unik untuk di fahami. Sessi eyeball yang dianjurkan patut di hadiri untuk memperkenalkan kepada rakan-rakan SWAL ini. Jika anda sudah bermesra dan kenal hati budi masing-masing, jadi cara teguran sebagaimana kasar pun akan diterima oleh rakan-rakan tersebut.
3. Cuba dengan cara berdiplomasi atau dengan cara bersahaja menegur. Jangan tegur secara terus, jadikan pengalaman anda sendiri 'ditegur' semasa SWAL sebagai permulaan nasihat.
4. Kepada rakan SWAL yang ditegur, diharap boleh menerimanya dengan cara terbuka. Jika anda tidak kenal siapa yang menegur anda, anda boleh terus telefon saya atau rakan senior yang lain.
5. Cepat minta maaf kepada penegur atau yang kena tegur, supaya kes tidak berlarutan. Bukan rugi pun untuk menyatakan kemaafan. Mohon maaf bukannya bererti anda kalah atau menang.
6. Bertenang dan minta sesi eyeball dilakukan dengan segera untuk menyelesaikan pertikaian ini. Kita rakyat Malaysia yang penuh dengan adat ketimuran. Jangan jadikan HOBI ini sebagai punca perpecahan antara kita disini.

Akhirkata, segala yang saya nyatakan diatas adalah pendapat saya sendiri. Tidak bersangutan dengan mana-mana pihak.

**p/s** Kes ini dianggap selesai dan diharap adalah terakhir dalam sejarah VEE99. Kita mempunyai banyak tugas yang lebih mencabar di masa depan dari memikirkan perkara remeh temeh ini.

No comments:

Post a Comment