SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Tuesday, 29 April 2008

Kalau tak dipecahkan ruyung.......

Terharu melihat tempat yang akan di nobatkan sebagai 'rumah kelab' kerana saya tidak menyangka bahawa dalam penat jerih, jatuh bangun, bangkangan dan sokongan dapat jua saya mencapai cita-cita saya juga rakan-rakan yang lain amnya.
Mungkin ramai yang menyangka kelab terlalu awal untuk bergerak kehadapan, tetapi jika tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya. Perancangan masa hadapan demi untuk memartabatkan kelab selari dengan kelab/pertubuhan lain di Malaysia ini perlu diperhebatkan. Daripada ber'eyeball' bercerita tentang 'dx'ing atau 'brew' baru di lokasi luar, pada pendapat saya, adalah lebih baik kita ber'eyeball' benda yang sama ditambah pula dengan aktiviti lain seperti kelas dan juga seminar untuk rakan-rakan lain di rumah kelab sahaja.
Kelab juga mempunyai kemudahan workshop untuk kita sama2 mem'brew' dan ini membolehkan kita berkongsi pengalaman/pendapat secara praktikal tidak dari segi teori sahaja selama ini. Ini juga dapat memantapkan lagi keakraban rakan2 RA setempat mahupun yang luar kerapa kita mempunyai satu lokasi sempurna untuk aktiviti sosial mahupun ibadah..
Jadi, dengan adanya tempat ini, juga bersesuaian dengan konsep "AMAL" kelab diharap rakan-rakan yang mahu untuk menyumbangkan ibadah dengan memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan lain, keluarga mahupun anak-anak kita semua boleh lah dipergunakan tempat ini sebagai titik permulaan. "TIDAK HILANG ILMU KITA JIKA KITA PANJANGKAN ILMU TERSEBUT KEPADA INSAN LAIN'

Terbayang dikepala ini beberapa aktiviti yang dirasakan agak sesuai dengan lokasi dan susunatur Rumah Kelab ini:
1. Kelas/Bengkel RAE
2. Kelas mem'brew'
3. Kelas matapelajaran sekolah untuk anak2 ahli/ anak2 keluarga daif
4. Kelas Fardu Ain/mengaji untuk semua rakan RA & keluarga
5. Jualan produk kelab (baju,stiker , topi dll)
6. Penyewaan tempat untuk sebarang seminar (selain RA)
7. Pejabat urusan/operasi untuk Kelab.

Mungkin ada banyak lagi yang tidak dapat saya fikirkan bersendirian dan mengharap rakan-rakan lain meng'input' idea untuk kelab ini.

Akhirkata.. impian kita sudah menjadi kenyataan dan kini kita perlu uruskan impian itu supaya dapat mencapai impian yang satu lagi..

Sekian.. Sekelumit pendapat dari saya.

p/s Jika ada ayat yg ter'gantung' (tak faham langsung) adalah kerana kesalahan transmisi komputer sahaja..... (hehehe..tak mau salah diri sendiri)

9W2HMI

No comments:

Post a Comment