SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Wednesday 30 July 2008

Malam SWAL VEE99 - 2/8/2008

Ipoh dan kawasan sekitarnya kini telah berkembang pesat dengan penyertaan rakan-rakan baru dalam dunia komunikasi dua hala yang mana agak suram satu ketika dahulu.
Juga, sejak kebelakangan ini banyak rungutan atau perkara yang tidak sesuai mewarnai komunikasi di frekuensi kita ini. Generasi baru dengan stail guru-guru masing masing membuatkan percanggahan SOP agak ketara yang dihasilkan. Teguran di udara juga ada dibuat dan mungkin boleh menyinggung perasaan rakan-rakan tersebut.
Berasaskan konsep mendidik generasi baru ini, pihak VEE99 merasakan perlu penyelarasan dalam cara berkomunikasi supaya tidak menyimpang atau melanggari SOP yang telah di cadangkan oleh MCMC.
Saya serta beberapa rakan senior telah bersetuju untuk mengadakan satu presentation kecil membincangkan teknik komunikasi serta soalan/perkara yang berbangkit yang mahu diketengahkan oleh rakan SWAL kita.
Sempena KENDURI DURIAN kita pada hari Sabtu ini, rasanya eloklah kita menyatukan semua rakan SWAL ini dan memberi penjelasan semaksima mungkin supaya mereka dapat menikmati keseronokan menjadi warga Radio amatur ini.
Jadi, saya mewakili pihak VEE99 menjemput semua rakan SWAL khasnya dan rakan berlesen amnya untuk sama-sama menggembeling tenaga merapatkan ikatan HAM dengan beramah mesra di MALAM SWAL ini. Kita beri keutamaan untuk mereka bertanya pendapat kita dalam apa juga yang berkaitan dengan Radio ini.

Tarikh : 2/8/2008 (sabtu)
Masa : 9.30 malam
Lokasi : Rumah Kelab VEE99 Batu gajah Perdana
Agenda : Suaikenal/ramahmesra/ makan durian.

Semua rakan dijemput hadir.


9W2HMI

Sunday 27 July 2008

Clubhouse VEE99 - Mempertimbangkan perubahan lokasi

Atas desakan, nasihat dan informasi rakan-rakan, lokasi rumah kelab mungkin akan diubah tidak lama lagi.
Ini adalah berdasarkan;
1. Kedudukannya yang agak jauh dari bandaraya Ipoh
2. Kadar sewaan yang agak mahal berbanding dengan lokasi
3. Sambutan penggunaan rumah kelab yang agak kurang memberangsangkan
4. Manjoriti ahli adalah dari kawasan Ipoh.

Dengan itu kepada sesiapa yang boleh mencadangkan satu lokasi baru rumah kelab yang dapat memanufaatkan semua pihak adalah dialu-alukan. Kita akan menyerahkan semula rumah kelab tersebut kepada tuan punya bangunan pada 31hb Ogos 2008 ini.

Sekian dimaklumkan. Semoga lokasi yang baru dapat memberi kemudahan kepada ahli-ahli kelab dimasa hadapan.

9W2HMI - YDP Kelab 2008

Thursday 24 July 2008

Kenduri Makan Durian VEE99 - 2/8/2008

Kenduri makan durian sambil berbincang mengenai apa saja di rumah kelab sambil menonton TV / Karaoke
Tarikh: 2/8/08 (Sabtu)
Masa : Bermula 9.00 malam
Lokasi : Clubhouse Vee99
Bayaran: RM5 / kepala - Makan puas-puas
*Sila bawak parang/ sarung tangan dan lain kelengkapan
* Pada yang nak bawak pulut dialu-alukan
* Tiada tapau dibenarkan....

Wednesday 23 July 2008

HARI KELUARGA VEE99 - Telok Batik 16&17 Ogos 2008


Lokasi diubah kepada Chalet Impian (Bersebelahan dengan chalet yang dicadangkan) kerana memberi laluan untuk syarikat lain yang menyewa 100% chalet tersebut.
Tapi apa kurangnya dengan chalet ini?
Lebih besar dan harganya agak berpatutan.
Menurut penjaga chalet, kebanyakkan bilik telah diupgred demi keselesaan pengunjung.





















Tuesday 22 July 2008

Mesyuarat aktiviti Kelab VEE99- 23/7/2008

Lokasi: Rumah Kelab Vee99
Masa : 9.30mlm
Agenda:

1. Program makan durian
2. Program hari Keluarga
3. Program Pameran Sempena KONVO di UTP
4. Lain-lain.

Sebarang pertanyaan sila panjangkan kepada penyelaras promosi SWAL SLM

p/s Sila infokan kepada rakan lain yg tiada kemudahn intenet ini.

Berikut adalah surat jemputan dari UTP Tronoh untuk mengadakan satu pameran dan penerangan mengenai radio dua hala ini.

Semua ahli diminta untuk memberi sumbangan yang sewajarnya dalam menjayakan aktiviti MEGA ini.

Friday 18 July 2008

Laman Blog- Peningkatan outlook

Atas kerja-kerja menaik taraf dan memperbetulkan mana-mana yang tidak betul. Akan diupgredkan kepada 4 lajur blog (terbaru) tidak lama lagi. Diharap anda puashati dengan rupabentuk blog sekarnag (lama) untuk tatapan sementara


Harap Maaf - 9W2HMI

Monday 14 July 2008

Penculikan???

Pada ketika ini rakan-rakan di Ipoh sedang membantu harmonik 9W2KLA yang mengalami musibah pada pukul 9 malam tadi. Rakan harmoniknya (YL) dilarikan sekali dengan motorsikal YAMAHA LC berwarna hitam dan hijau (AGM 5234). Peristiwa ini berlaku di Padang Polo, Ipoh.

Sesiapa yang dapat mengesan rakannya ini diharap dapat menghubungi Balai Polis yang berdekatan dengan segera.

**Menerima berita dari simpleks 145.350 pelajar tersebut telah ditemui - 1.55 pg.

Wednesday 9 July 2008

Check Net VEE99 - Bermula semula 14/7/2008

Dah lama tak check net di VEE99. Memberi ruang kepada rakan-rakan baru untuk mengambil RAE dan mentelaah nota. Mulai minggu depan, kita mulakan semula dengan SWAL MUZ akan mengambil tempat sebagai pengawal net. Sama-sama kita jayakan net ini. Masa bermula 9.00/9.30mlm sehingga selesai.

Tuesday 8 July 2008

HARI KELUARGA VEE99 - Pendaftaran



INFO TERBARU



Berikut adalah senarai lodging yang ada;

Chalet 3 segi = RM130 - 6 buah

Chalet batu = RM140 - 4 buah

Bilik Hotel = Rm100-140 - 20 buah.

**kita akan mengamalkan konsep siapa cepat bayar, dia boleh pilih chalet sendiri.



_____________________________________________________

Lokasi :- Clubhouse Vee99 Bt. Gajah Perdana

Tarikh :- Jumaat 11/07/2008. Bermula 9.30mlm

Berikut adalah senarai bayaran;



Pendaftaran: RM20.00







Lodging

Tapak khemah: RM15.00 (Khemah/tikar/bantal bawak sendiri)

Chalet : RM100 - RM140 (Bergantung kepada jenis bilik - boleh tempah sendiri)



Makanan

- Sila bawak makanan sendiri (bahan mentah), lepas tu share masak

- Rice cooker/blender/kuali/periok/dapur/kole/ -. Kita tentukan siapa bawak apa.

- Yang malas nak bawak barang sila bagi RM40/kepala kepada penyelaras.



Aktiviti

- Untuk explore race - DTL, RIL, SBI, AAA, MUZ otai untuk program ni. Dan dapat pengalaman dari projek yang dulu. Diorang akan handle.

-Untuk pertandingan memancing - Wan (CJS) akan handle. Briefing akan diberi nanti

- Telematch anak-anak (akan dibincangkan)


- Eyeball dgn rakan Manjung

- Show - karaoke, layang2, helikopter RC dll (akan dibincangkan)

- Cadangan lain akan dipertimbangkan



JANGAN LUPA UNTUK HADIR. SEBANRANG IDEA BOLEH DIAJUKAN DIBAWAH INI






Thursday 3 July 2008

Tentatif aturcara program Mini Explorace Hari Keluarga Vee99- T. batik

Berikut adalah cadangan program Mini Explorace Hari Keluarga.
16/8/08

2.00 ptg: Berkumpul dihadapan ClubHouse Vee99 Bt Gajah perdana
2.15ptg: Checkpoint dan tugas explorace diedarkan
2.20ptg:- Do & Don't dalam EXPLORACE.
2.30ptg: Pelepasan konvoi oleh YDP/TYDP

4.00ptg: tiba di lokasi perkhemahan. Crystal Bay Chalet /lodging. Hantar jawapan kepada Marshall
4.15 ptg: Check in/Pasang khemah/ Urus diri
5.00ptg: Minum petang/bakar ubi kayu/ masak roti dll (sendiri)
6.00ptg: Aktiviti telematch anak-anak di padang chalet
7.15 mlm: Bersurai/ solat maghrib
8.00mlm: BBQ/Komen tentang EXPLORACE/ Karaoke/ lawak jenaka/ hadiah
10.30mlm: Pertandingan memancing
2.00 pg : Penyampaian hadiah pemancing terbaik

17/8/08
8.00pg: Masak sarapan- makan sama-sama
9.30 pg: Aktiviti pantai/Team building/ Mandi laut/ compass marching
12.30 tghari: Check out/ lipat khemah
1.00tghari : Bergerak pulang
2.30 ptg: Sampai di Clubhouse - Bersurai

JIKA anda berminat, sila 55 penganjur anda.

**Harap dapat tokok tambah mana yang tak kena**

Wednesday 2 July 2008

HARI KELUARGA VEE99 - Telok Batik 16&17 Ogos 2008

Tarikh : Cadangan - 16 & 17 Ogos 2008
Lokasi : Telok Batik
Bayaran Penyertaan: RM20 - (untuk pengurusan kelab)
Chalet : RM130-140/ mlm . Khemah Sendiri : Rm15/tapak/mlm (untuk budjet rendah)
Sewa tapak BBQ = Rm50 - (kongsi)
Sewa Karaoke Set = RM400 (bawak sendiri RM100) -(kongsi)
Konsep : Bawa makanan sendiri, masak ramai-ramai, makan sama sama. Kalau ada sesiapa nak sponsor ubikayu, kerang, ayam, daging, ketam dan apa saja yg boleh dimakan.. sila maklumkan...
Lain-lain: Pertandingan bolasepak/volleyball/sepaktakraw pantai; mandi laut; snorkelling; berkayak, memancing, teambuilding, Telematch untuk harmonik; Remote control show (heli/car/boat); jungle trekking berbasikal (boleh diatur) . Eyeball dengan rakan Manjung dll...
Penyertaan: Semua dijemput hadir (tak kira ada radio ke tidak)

Sebarang pertanyaan/tempahan(diperlukan) boleh diajukan kepada saya di talian 012-5834067.(Untuk tempahan -SMS - telukbatik [nama][callsign] ) Anda boleh tempah chalet sendiri - Crystal Bay Chalet T. BAtik . Chalet = 9 buah Tapak Khemah = 20 lokasi. Jadi, siapa cepat, dia dapat.


JOM kawan-kawan . Apa lagi ditunggu. Bawa keluarga anda untuk berkenalan dengan keluarga yang lain. Bila kita rapat, hubungan makin erat dan kita lebih muafakat. Bila lagi nak tunjuk skill berkhemah anda.

Berikut adalah senarai yang telah mendaftar untuk turut serta (sehingga 4/7):
1. 9w2YIN
2. 9W2ZCB
3. 9W2HMI
4. 9W2DFA
5.
6.
7.
8.
9.
10.
.
.
.

Beberapa minit sebelum RAE

Tuesday 1 July 2008

Program membina antena anjuran PARTS

Jika kelapangan 5/7/08 ni..bolehlah ikut sama membantu....

klik untuk info lanjut: ---> Antenna

Mega Eyeball Vee99 - 2/7/2007 Rabu

"Seramai 50 stesen telah hadir dalam majlis eyeball ini. Beberapa topik telah diperbincangkan. Aktiviti seterusnya akan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan. Terimakasih kepada mereka yang sudi hadir. Termasuk rakan-rakan SWAL/9W2 yang baru. Sokongan anda akan menjana semangat untuk VEE99 terus kekal kukuh sebagai satu kumpulan -9W2HMI"

Dah lama kita tak eyeball. Kali ni kita buat kat luar dari Kelab House laa... Jemu pulak asik tempat yang sama.

Tarikh : Rabu 2/7/2008
Masa : Bermula 9.30mlm
Lokasi : (Cadangan) - Capati Corner Simpang Pulai. - <---CONFIRM LOKASI INI...
Agenda : Bincang-bincang tentang program Kelab untuk masa depan.

**Semua rakan dijemput hadir. Rakan baru wajib hadir sebab nak kenal dengan rakan senior.**

TOLONG INFO RAKAN RAKAN TENTANG AKTIVITI INI.

CADANGAN.: Aku ada nampak Kiosk ni kat belakang kedai BROTHERS. Tapi tak tahu pulak bila diorang nak mlakan perniagaan.

Boleh lah sesiapa tolong ushar tempat ni.. kalau dah buka boleh kita book 2 hb nanti....

TEMPAT AGAK TERHAD <--- kita tukar ke Capati Simpang Pulai