SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Wednesday 30 July 2008

Malam SWAL VEE99 - 2/8/2008

Ipoh dan kawasan sekitarnya kini telah berkembang pesat dengan penyertaan rakan-rakan baru dalam dunia komunikasi dua hala yang mana agak suram satu ketika dahulu.
Juga, sejak kebelakangan ini banyak rungutan atau perkara yang tidak sesuai mewarnai komunikasi di frekuensi kita ini. Generasi baru dengan stail guru-guru masing masing membuatkan percanggahan SOP agak ketara yang dihasilkan. Teguran di udara juga ada dibuat dan mungkin boleh menyinggung perasaan rakan-rakan tersebut.
Berasaskan konsep mendidik generasi baru ini, pihak VEE99 merasakan perlu penyelarasan dalam cara berkomunikasi supaya tidak menyimpang atau melanggari SOP yang telah di cadangkan oleh MCMC.
Saya serta beberapa rakan senior telah bersetuju untuk mengadakan satu presentation kecil membincangkan teknik komunikasi serta soalan/perkara yang berbangkit yang mahu diketengahkan oleh rakan SWAL kita.
Sempena KENDURI DURIAN kita pada hari Sabtu ini, rasanya eloklah kita menyatukan semua rakan SWAL ini dan memberi penjelasan semaksima mungkin supaya mereka dapat menikmati keseronokan menjadi warga Radio amatur ini.
Jadi, saya mewakili pihak VEE99 menjemput semua rakan SWAL khasnya dan rakan berlesen amnya untuk sama-sama menggembeling tenaga merapatkan ikatan HAM dengan beramah mesra di MALAM SWAL ini. Kita beri keutamaan untuk mereka bertanya pendapat kita dalam apa juga yang berkaitan dengan Radio ini.

Tarikh : 2/8/2008 (sabtu)
Masa : 9.30 malam
Lokasi : Rumah Kelab VEE99 Batu gajah Perdana
Agenda : Suaikenal/ramahmesra/ makan durian.

Semua rakan dijemput hadir.


9W2HMI

No comments:

Post a Comment