Agak terkejut juga dengan berita ini kerana apa yang sepatutnya berlandaskan SOP telah dicemar. Sama ada penulis berita tidak memahami apa yang dikatakan atau ia memang berita benar hanya rakan Radio dikawasan lokalan tersebut mengetahui jawapannya.
Pada saya saya mengaggap berita ini dimanupulasi oleh penulis, kerana seorang yang memegang lesen KELAS A tidak akan melanggar SOP dengan berkempen di frekuensi amatur. Jika dia menggunakan radio sebagai alat untuk kebaikan semua pihak, itu adalah sesuatu yang memang perlu diketengahkan.
Tetapi berita ini sedikit sebanyak telah mencemar imej radio amatur kerana orang menyangka pemilik radio boleh mempergunakan alat tersebut unutk berkempen.
Saya selaku individu yang mengenalkan Simplex VEE99, dengan TEGAS tidak berkompromi dengan mana-mana kumpulan atau individu yang mempergunakan frekuensi yang telah diperkenalkan ini untuk tujuan berkempen juga tujuan-tujuan yang tidak berhemah ini.
Diharap rakan-rakan KELAB KOMUNIKASI AMAL VEE99 memahami dengan tujuan asal kita menubuhkan kelab ini.
-9W2HMI

No comments:
Post a Comment