SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Wednesday, 26 December 2007

GANGGUAN DARI RADIASI PEMANCARAN SEPENUH KUASA


Sekali lagi kita terpaksa menghadapi dugaan setelah Persatuan dari jalur lebar menetapkan satu frekensi repeater dimana downlinknya berdekatan dengan frekuensi simplex kita. Mengikut SOP jika satu-satu frekuensi itu telah diperuntukkan oleh MCMC kepada mana-mana pihak, kita terpaksa bertukar ke frekuensi yang lain. Itu adalah tradisi yang patut kita ikuti tanpa ada sebarang soal jawab.
Tetapi apa yang dimusykilkan dan berada didalam benak fikiran saya ini repeater tersebut terletak jauh dari tempat kita. Jadi pada dasarnya adalah tidak menjadi masalah jika kita menggunakan frekuensi downlink/ berdekatan downlink repeater sebut kerana tidak mengganggu repeater itu sendiri. Saya telah cuba memantau repeater tersebut dan hanya 2 bar sahaja yang diterima sekiranya saya memancar sepenuh tenaga(75W) dan masih tidak boleh di dengar oleh rakan tentang audio saya. Maknanya, jika ada rakan-rakan dari lokalan yang sama memancar ke sana, beliau telah menggunakan lebih dari yang sepatutnya jika ingin membuka repeater tersebut.
Dengan pemancaran yang maksima ini, telah menggangu frekuensi diantara +0.020 sehingga -0.020. Selaku seorang pemegang lesen radio amatur yang senior, sepatutnya tidak perlulah memncar ke repeater yang terlalu jauh untuk dicapai dengan kekuatan maksima melainkan ingin menunjuk-nunjuk bahawa beliau adalah seorang yang 'professional'.
Kita tidak menghalang atau ingin memprotes, tetapi jika anda tiada pilihan repeater untuk memancar dilokalan anda, sememangnya anda seorang yang buta perut dan tidak prihatin dengan sekeliling. Siapa makan cili, dia rasa pedasnya. Siapa dah rasa pedas, harap makanlah garam banyak-banyak.

-9W2HMI

No comments:

Post a Comment