SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Wednesday 19 August 2009

Hasil Perjumpaan 19/8/2009



Seramai 9 stesen yang sudi menyahut panggilan IKRAP untuk melaksanakan misi perpaduan pemilik & peminat radio di sekitar sini.
Resolusi telah diambil seperti berikut.
1. Keahlian boleh dari mana-mana kelab kumpulan atau individu sendiri. Kelulusan permohonan keahlian mesti menerusi biro tatatertib & disiplin komuniti.
2. Ahli-ahli boleh menggunakan frekuensi kumpulan masing-masing atau frekuensi cadangan IKRAP (144.910MHz) sebagai perantara. Anda oleh memanggil kami di frekuensi ini mulai 20/8/2009. Kami juga akan menggunakan frekensi kumpulan lain sebagai satu inisatif untuk bekerjasama dan bersatu padu.
3. Menjalankan aktiviti-aktiviti yang mampu menarik minat orang luar untuk menyertai komuniti ini. Promosi kain rentang komuniti bercorak ucapan juga akan di perkenalkan di sekitar Ipoh
4. Mengasuh dan membantu ahli-ahli yang berminat untuk mendapat lesen amatur.
5. Membekalkan pelekat kereta, baju kerja dan tag pengenalan kepada ahli IKRAP supaya mudah dikenali dan diselia.
6. Cadangan aktiviti sulung (pameran & pertunjukan) telah dikenalpasti dan lokasinya yang akan diberitahu kelak.
7. Lantikan Pengerusi & Biro sementara Komuniti

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 malam.




2 comments:

  1. infomasi x sampai kat teman. x salah kalau sms jer kat teman. banyak idea leh di kongsi bersama.

    ReplyDelete
  2. Sorry RIP, bukan tak ingat kawan2 seperjuangan lama dulu tapi kesuntukan masa hanya dimaklum dlm blog vee99 dan frekuensi sahaja.
    Tapi idea/pendapat mike masih diperlukan. Next meeting, mesti turun. Tengok apa boleh bantu IKRAP ni.

    ReplyDelete