Saturday, 22 August 2009
Cadangan Pejabat Operasi Sementara IKRAP
Menjangkakan projek mencari dana IKRAP akan bermula selepas berakhirnya ramadan nanti, satu pejabat yang sesuai perlu dicari untuk urusanurusan rasmi juga sebagai tempat perbincangan operasi dan sebagainya.
Bertindak dari itu pilihan perlu dibuat antara Pekan Lama atau pun di sekitar Fair Park. Dua pilihan ini berdasarkan kekosongan yang ada dan lokasi strategik yang membolehkan IKRAP bergerak lancar.
Peralatan pejabat dari Kelab Amal yang agak lama tersimpan mungkin boleh dipergunakan lagi daripada dibiar rosak begitu sahaja dan dengan tambahan beberapa peralatan baru yang dibeli dari sumber kewangan IKRAP yang sedia ada.
Harapan kami di IKRAP agar dapat memperbaiki mutu dan identiti Kelab HAM di Perak ini khasnya dimana sering dipertikaikan kualitinya. Mungkin ada suara-suara sumbang mencecer di seberang sana dan mereka inilah menjadi penyebab hobi ini diletakkan diperingkat terbawah. IKRAP akan cuba membuang tanggapan negatif yang selalu diperkatakan iaitu "Main radio ni boleh cari gaduh dengan orang jer..". Insyaalah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment