SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Friday 14 August 2009

IKRAP - Satu Pendekatan Baru


Penubuhan blog IKRAP bukan bertujuan untuk menyaingi mana-mana kumpulan radio atau pun komuniti yang berkaitan tetapi hanya untuk memeriahkan semula hobi yang lama dengan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang baru.
Kebelakangan ini suasana suram menyelubungi peminat dan pemilik radio dimana didapati agak sukar untuk mengajak rakan-rakan bersembang dalam mana-mana frekuensi. Sebab yang pasti tidak diketahui, mungkin sudah jemu dengan bual-bual 'kosong' sahaja yang amat memenatkan juga mungkin isu yang diketengahkan tidak memampukan mereka mencelah atau memberi sebarang komitmen jika masuk bersembang
Justeru itu, beberapa rakan lama dan baru yang perihatin yang mana tidak mahu hobi ini berkubur juga malap seperti tahun-tahun sebelum ini telah mencadangkan satu suntikan baru dengan cara yang baru dimana mungkin akan menarik minat rakan-rakan memeriahkan semula frekuensi yang ada disekitar kawasan ini.
Insyaalah, kami akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan hobi ini satu kegemaran kepada rakan-rakan baru juga mangajak rakan-rakan lama membantu dlaam melaksanakan misi ini.
Kepada mereka yang ingin turut serta bolehlah sering memantau blog ini.

No comments:

Post a Comment