Friday, 28 August 2009
Thursday, 27 August 2009
Cadangan Kad WargaKerja IKRAP.
Cadangan kad wargakerja yang mana akan diedarkan kepada semua pekerja sebagai teg tanda pengenalan diri masing-masing. Kad ini juga boleh dipakai (gantung di leher) di semua maljis yang akan dihadiri oleh IKRAP nanti.
Keputusan rasmi rekabentuk ini akan di bincangkan lagi pada mesyuarat Biro pada 9/9/2009 nanti.
p.s. Lampiran teg sebelah adalah sebagai CONTOH sahaja..
Tuesday, 25 August 2009
CheckNet IKRAP 25/8/09 - Berjaya!
Dikendalikan oleh Saudara kita 9W2MVA dapat mengumpul 9 stesen yang sudi untuk menyerikan check net pada malam tadi.
Menarik juga mendengar celoteh net controller selama sejam setengah dalam usaha beliau memperjelaskan kewujudan IKRAP ini.
Terimakasih kepada mereka kerana sudi turut serta. Kepada yang belum boleh berbuat demikian pada minggu depan.
Sunday, 23 August 2009
Check Net Komuniti IKRAP Selasa 25/8/2009 10.45 mlm
Julung-julung kali diadakan checknet sekitar lokalan Ipoh dan sekitarnya dan bertindak dari itu IKRAP akan mengelolakan check net Persahabatan ini bersesuaian dengan kehendak SOP dimana kita boleh menguji peralatan radio kita semasa net ini berlangsung.
Jangan lepaskan peluang ini kerana disini kita boleh mengetahui sejauhmana kebolehan radio kita berfungsi dan memanaskan semula jentera-jentera kerjanya yang lama sejuk itu. Disamping itu, kita juga dapat merapatkan jurang silatulrahim yang telah lama kering selama ini dan juga mendengar khabar mereka yang sudah lama tidak dihubungi..
Berikut adalah cadangan net;
Tarikh : Selasa, 25/08/2009
Masa : 10.45 mlm - 12.00 mlm
Lokasi : 144.910MHz
Pengawal Net: 9W2MVA (Bercham)
Sama-sama kita jayakan program yang kecil ini..
Saturday, 22 August 2009
Cadangan Pejabat Operasi Sementara IKRAP
Menjangkakan projek mencari dana IKRAP akan bermula selepas berakhirnya ramadan nanti, satu pejabat yang sesuai perlu dicari untuk urusanurusan rasmi juga sebagai tempat perbincangan operasi dan sebagainya.
Bertindak dari itu pilihan perlu dibuat antara Pekan Lama atau pun di sekitar Fair Park. Dua pilihan ini berdasarkan kekosongan yang ada dan lokasi strategik yang membolehkan IKRAP bergerak lancar.
Peralatan pejabat dari Kelab Amal yang agak lama tersimpan mungkin boleh dipergunakan lagi daripada dibiar rosak begitu sahaja dan dengan tambahan beberapa peralatan baru yang dibeli dari sumber kewangan IKRAP yang sedia ada.
Harapan kami di IKRAP agar dapat memperbaiki mutu dan identiti Kelab HAM di Perak ini khasnya dimana sering dipertikaikan kualitinya. Mungkin ada suara-suara sumbang mencecer di seberang sana dan mereka inilah menjadi penyebab hobi ini diletakkan diperingkat terbawah. IKRAP akan cuba membuang tanggapan negatif yang selalu diperkatakan iaitu "Main radio ni boleh cari gaduh dengan orang jer..". Insyaalah.
Wednesday, 19 August 2009
Hasil Perjumpaan 19/8/2009
Seramai 9 stesen yang sudi menyahut panggilan IKRAP untuk melaksanakan misi perpaduan pemilik & peminat radio di sekitar sini.
Resolusi telah diambil seperti berikut.
1. Keahlian boleh dari mana-mana kelab kumpulan atau individu sendiri. Kelulusan permohonan keahlian mesti menerusi biro tatatertib & disiplin komuniti.
2. Ahli-ahli boleh menggunakan frekuensi kumpulan masing-masing atau frekuensi cadangan IKRAP (144.910MHz) sebagai perantara. Anda oleh memanggil kami di frekuensi ini mulai 20/8/2009. Kami juga akan menggunakan frekensi kumpulan lain sebagai satu inisatif untuk bekerjasama dan bersatu padu.
3. Menjalankan aktiviti-aktiviti yang mampu menarik minat orang luar untuk menyertai komuniti ini. Promosi kain rentang komuniti bercorak ucapan juga akan di perkenalkan di sekitar Ipoh
4. Mengasuh dan membantu ahli-ahli yang berminat untuk mendapat lesen amatur.
5. Membekalkan pelekat kereta, baju kerja dan tag pengenalan kepada ahli IKRAP supaya mudah dikenali dan diselia.
6. Cadangan aktiviti sulung (pameran & pertunjukan) telah dikenalpasti dan lokasinya yang akan diberitahu kelak.
7. Lantikan Pengerusi & Biro sementara Komuniti
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 malam.
Resolusi telah diambil seperti berikut.
1. Keahlian boleh dari mana-mana kelab kumpulan atau individu sendiri. Kelulusan permohonan keahlian mesti menerusi biro tatatertib & disiplin komuniti.
2. Ahli-ahli boleh menggunakan frekuensi kumpulan masing-masing atau frekuensi cadangan IKRAP (144.910MHz) sebagai perantara. Anda oleh memanggil kami di frekuensi ini mulai 20/8/2009. Kami juga akan menggunakan frekensi kumpulan lain sebagai satu inisatif untuk bekerjasama dan bersatu padu.
3. Menjalankan aktiviti-aktiviti yang mampu menarik minat orang luar untuk menyertai komuniti ini. Promosi kain rentang komuniti bercorak ucapan juga akan di perkenalkan di sekitar Ipoh
4. Mengasuh dan membantu ahli-ahli yang berminat untuk mendapat lesen amatur.
5. Membekalkan pelekat kereta, baju kerja dan tag pengenalan kepada ahli IKRAP supaya mudah dikenali dan diselia.
6. Cadangan aktiviti sulung (pameran & pertunjukan) telah dikenalpasti dan lokasinya yang akan diberitahu kelak.
7. Lantikan Pengerusi & Biro sementara Komuniti
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 malam.
Tuesday, 18 August 2009
Cadangan Stiker Pengenalan IKRAP
Konsep patches yang boleh dijahit ke mana-mana baju pun.
Ini adalah cadangan sahaja, keputusan rasmi akan dibuat semasa perbincangan malam ni.
Ini adalah cadangan sahaja, keputusan rasmi akan dibuat semasa perbincangan malam ni.
Apa khabar 9M2EMI?
Hari ni sempat bersembang dengan dia di telefon. Khabarnya beliau telah beransur pulih dan mula bekerja pada 1 hb September. Akan tetapi beliau akan menyambung cutinya supaya benar-benar pulih dan paling mengejutkan beliau akan memulakan tugasnya nanti di PLUS Bertam, Penang dan bukan lagi di Ipoh. Keseluruhan keluarganya akan mengikuti beliau hujung tahun nanti.
Apa-apa pun selamat sembuh dan menjalankan tugas seperti biasa selepas ini. Jika sesiapa yang melalui Sg Dua ke tikam batu, boleh lah calling2 beliau disana nanti.
Apa-apa pun selamat sembuh dan menjalankan tugas seperti biasa selepas ini. Jika sesiapa yang melalui Sg Dua ke tikam batu, boleh lah calling2 beliau disana nanti.
Sunday, 16 August 2009
Selamat Berpuasa dari IKRAP
Kami di IKRAP ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan pemilik dan peminat radio diseluruh dunia yang mampu mengekses laman blog ini.
Semoga puasa kita diterima oleh ALLAH S.A.W.
Saturday, 15 August 2009
Perjumpaan Pertama IKRAP 19-Ogos-2009
Perancangan adalah seperti berikut:
Tarikh: 19/08/2009
Masa : 9.30 mlm
Lokasi: Medan Selera Bercham, Ipoh Perak
Frekuensi Hubungan: 144.910MHz
Semua yang berminat dijemput Hadir.
Agenda;
1. Keahlian - yuran, stiker pengenalan, t-shirt
2. Program
i - kesedaran H1N1 - edar pemplet & mask PLUS tol
ii - Kempen sambutan kemerdekaan - perarakan berkonvoi
iii - Majlis sambutan hariraya
3. Mencari sumber dana - perniagaan/perkhidmatan yang sesuai.
4. Perancangaan masa depan - repeater?
5. Ahli baru SWAL
6. Lain-lain hal
Kita sedang mencari ahli yang benar2 mampu menyumbang tenaga demi menjayakan misi IKRAB ini.
Friday, 14 August 2009
IKRAP - Satu Pendekatan Baru
Penubuhan blog IKRAP bukan bertujuan untuk menyaingi mana-mana kumpulan radio atau pun komuniti yang berkaitan tetapi hanya untuk memeriahkan semula hobi yang lama dengan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang baru.
Kebelakangan ini suasana suram menyelubungi peminat dan pemilik radio dimana didapati agak sukar untuk mengajak rakan-rakan bersembang dalam mana-mana frekuensi. Sebab yang pasti tidak diketahui, mungkin sudah jemu dengan bual-bual 'kosong' sahaja yang amat memenatkan juga mungkin isu yang diketengahkan tidak memampukan mereka mencelah atau memberi sebarang komitmen jika masuk bersembang
Justeru itu, beberapa rakan lama dan baru yang perihatin yang mana tidak mahu hobi ini berkubur juga malap seperti tahun-tahun sebelum ini telah mencadangkan satu suntikan baru dengan cara yang baru dimana mungkin akan menarik minat rakan-rakan memeriahkan semula frekuensi yang ada disekitar kawasan ini.
Insyaalah, kami akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan hobi ini satu kegemaran kepada rakan-rakan baru juga mangajak rakan-rakan lama membantu dlaam melaksanakan misi ini.
Kepada mereka yang ingin turut serta bolehlah sering memantau blog ini.
Wednesday, 12 August 2009
Keputusan RAE 2009/1 dah keluar
Monday, 10 August 2009
Perbincangan Program Amal Berbuka Puasa
Puasa dah dekat ni dan rasanya perlu kita turun sekali lagi untuk berbincang tentatif program yang akan dijalankan semasa Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak Yatim 12/9 nanti.
Dengan itu kepada yang ingin turut serta dengan RM atau idea atau tenaga di harap dapat turun seperti perancangan berikut;
Lokasi; Kedai Capati Simpang Pulai
Tarikh: 12/08/2009 Rabu
Masa : Mulai 10.30 mlm
Kepada mereka yang saja datang nak berjumpa di galakkan juga. Semoga perancangan kali ini mendapat rstu illahi
Dengan itu kepada yang ingin turut serta dengan RM atau idea atau tenaga di harap dapat turun seperti perancangan berikut;
Lokasi; Kedai Capati Simpang Pulai
Tarikh: 12/08/2009 Rabu
Masa : Mulai 10.30 mlm
Kepada mereka yang saja datang nak berjumpa di galakkan juga. Semoga perancangan kali ini mendapat rstu illahi
Saturday, 8 August 2009
Intipati Perjumpaan antara pemilik/peminat radio 4/8/09 lepas..
4/8/2009 menjadi sejarah kerana satu majlis mempertembungkan pemilik dan peminat radio sekitar sini. Antara yang hadir adalah seperti berikut;
9W2TOR, SWAL MAT 9W2MTA, 9W2LKE, SWAL ZIZ, 9W2DRH, 9W2FAN, SWAL MMS, 9W2SBD, 9W2DFA 9W2PJE, 9W2CFU dan beberapa lagi yang tak sempat dicatat kehadirannya. Bertempat di Restoran A Ghazali kami berbincang panjang lebar beberapa kemusykilan yang selama ini menjadi tanda tanya.
Beberapa topik yang agak menarik yang dapat saya simpulkan disini ungkaiannya.
1. Komitmen pemilik radio - radio hanya hobi dan komitmen hanya boleh diberi dimasa kelapangan sahaja.
2. Kurang keudara/menjawab panggilan - pemilik radio berasa bosan kerana tiada topik menarik yang hendak dibincangkan cuma bertanya kabar, lokasi dan cuaca..
3. Cadangan aktiviti boleh ditanya pada umum jika mahu mendapat sambutan - kurang sambutan jika aktiviti itu atas idea individu sahaja.
4. Frekuensi yang diwartakan - tiada penjaga, panggilan dari luar tiada jawapan. Sepatutnya kepada yang berkelapangan boleh bantu rakan luar jika bantuan diperlukan.
5. Aktiviti untuk rakan baru peminat radio - buat kelas SOP yang betul dan bimbing cara komunikasi yang sepatutnya
6. Kepada SWAL- berhati2 dalam QSO kerana dirasakan frekuensi disekitar Ipoh ini di log/pantau oleh MCMC kerana agak panas pada suatu masa dahulu. Cadangan menggunakan malam SWAL yg di buat oleh 'jalur lebar'
7. Untuk VEE99, pengurus baru 9W2TOR patut diberi peluang/ruang untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan kelab. Semua yang hadir akan cuba membantu sedaya mungkin.
8. Cadangan/pendapat lain tidak dapat saya catitkan disini...
Perjumpaan malam tersebut berakhir jam 12.30mlm kerana aku balik cepat (kurang sihat)
Harapan saya, kehadiran yang menggalakkan jika ada lagi perjumpaan selepas ini. Saya harap uraian diatas akan dapat membantu rakan2 radio lain dalam memantapkan kumpulan masing2.
Wednesday, 5 August 2009
Peraduan I love Malaysia
Siapa nak tahu kan boleh menang iphone atau hardisk. Pendaftaran memerlukan referral dan anda kena taruh email perak59@yahoo.com sebagai refer anda. Jika anda menang, saya jugak akan mendapat hadiah. Jadi tolong menolong diutamakan disini.
Klin banner floating di sebelah kanan atau link ini untuk mendaftar
Majlis Perjumpaan 4/8/2009 - Cadangan dan kesimpulan
Majlis berjalan dengan lancar dan dianggarkan sebanyak 20 individu hadir. Sudah lama tak melihat suasana sebegitu dan ini menggambarkan bahawa pemilik radio ini masih bersatu teguh tetapi mempunyai agenda tersendiri untuk kurang berhubung.
Lapuran penuh akan dimuatkan disini kelak selepas kepulangan saya dari HOTEL 5 bintang ini...
p/s Laporan langsung dari Hotel dengan WIFI percuma yg dibekalkan...
Lapuran penuh akan dimuatkan disini kelak selepas kepulangan saya dari HOTEL 5 bintang ini...
p/s Laporan langsung dari Hotel dengan WIFI percuma yg dibekalkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)