Thursday, 3 September 2009
Q&A tentang RON95. Untuk kepastian diri.
PENGENALAN
Kerajaan memperkenalkan petrol RON 95 untuk memastikan pengguna mendapat faedah langsung produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi. Petrol RON95 adalah bahan bakar yang mematuhi spesifikasi EURO 2M dimana ianya dapat mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada pengeluaran asap kenderaan. Selain itu, ianya juga merupakan salah satu usaha Kerajaan dalam mengurus sumber tenaga negara bagi menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang cekap dan mengurangkan tanggungan subsidi Kerajaan ke atas produk petrol.
1. APA ITU RON?
RON (Research Octane Number atau Nombor Oktana) adalah satu kadar petrol. Ianya menentukan kualiti mengurangkan ketukan enjin (anti-knocking) atau rintangan terhadap pra-nyalaan atau peledakan semasa bahan petrol terbakar di kebuk pembakaran. Ketukan adalah satu aktiviti pembakaran yang luar biasa dan sepatutnya dicegah kerana merosakkan enjin.
2. APA ITU RON 95?
RON 95 adalah minyak petrol yang mempunyai nilai RON minima 95.
3.APAKAH JENIS-JENIS KENDERAAN YANG BOLEH MENGGUNAKAN RON 95?
Kebanyakan kenderaan boleh menggunakan RON95. Walau bagaimanapun, pengguna dinasihatkan merujuk kepada nasihat Pengilang Kelengkapan Asal (OEM) yang tertera di buku panduan kenderaan atau semak pada belakang penutup tangki gas untuk kadar oktana yang disyorkan.
4. SAYA ADALAH PENGGUNA PETROL RON 92/97. ADAKAH PERTUKARAN KEPADA PETROL RON 95 AKAN MEROSAKKAN ENJIN KENDERAAAN SAYA?
Jika buku panduan kenderaan anda mengsyorkan kenderaan anda sesuai untuk menggunakan RON95, maka pertukaran daripada RON92/97 TIDAK AKAN merosakkan kenderaan anda.
5. Adakah saya perlu mengosongkan tangki minyak kereta saya sebelum mengisi Petrol RON 95?
TIDAK PERLU. Minyak RON 95 boleh dicampur dan digunakan dengan minyak RON 92 atau RON 97.
6. Apakah kesan jika berlaku percampuran petrol RON 95 dengan Petrol RON 97 atau RON 92 ke atas prestasi enjin kenderaan?
Percampuran petrol RON 95 dengan RON 92/97 TIDAK akan menjejaskan prestasi enjin kenderaan.
7. Perlukah saya sentiasa memilih petrol dengan kadar oktana yang tertinggi untuk kenderaan saya?
Menggunakan petrol dangan kadar RON yang lebih tinggi tidak semestinya yang terbaik untuk kenderaan anda. Anda perlu mengenal pasti RON yang sesuai untuk kenderaan dan cara pemanduan anda. Walau bagaimanapun, pengguna perlu merujuk kepada nasihat Pengilang Kelengkapan Asal (OEM) yang tertera di buku panduan kenderaan atau semak pada belakang penutup tangki gas untuk kadar oktana yang disyorkan.
8. ADakah penggunaan kadar ron yang lebih tinggi menentukan produk petrol yang lebih mesra terhadap alam sekitar? bagaimana dengan lebih kuasa?
Perbezaaan sebenar gred petrol tertakluk kepada keperluan enjin kereta masing-masing. ini tidak menjamin kelebihan kuasa atau lebih mesra alam sekiranya nombor oktana meningkat. Ini bermaksud kenderaan yang menggunakan produk RON dengan kadar yang lebih tinggi daripada keperluan enjin masing-masing tidak semestinya menikmati prestasi yang lebih baik berbanding dengan menggunakan kadar RON yang disyorkan oleh Pengilang Kelengkapan Asal (OEM)
sumber: kpnhep
Labels:
informasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment