SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Sunday, 20 September 2009

Program Santai IKRAP- Kuala Woh


Program IKRAP seterusnya adalah bersantai bersama keluarga di Kuala Woh disamping merapatkan lagi tali silatulrahim dikalangan warga kerja sambil membincangkan projek-projek yang dapat meningkatkan pendapatan sendiri. 

Mengenali Kuala Woh: Terletak 13 km dari Pekan Tapah, Hutan Rekreasi Kuala Woh mudah dikunjungi.Bagi sesiapa yang gemar menikmati keindahan flora dan fauna hutan tropika ia merupakan salah satu pilihan utama. Hutan Rekreasi ini menyediakan denai-denai penerokaan hutan yang lengkap, menawarkan perjalanan dan pengembaraan hutan yang menarik, ditambah pula dengan keseronokan untuk melihat kupu-kupu spesis "Rajah Brooks" di dalam habitat semulajadi mereka. Hutan Rekreasi Kuala Woh juga menyediakan kawasan perkelahan kolam air panas semulajadi di Lubok Merbau.
Selain itu, jambatan gantung sepanjang 30 meter yang merentasi Sungai Batang Padang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik daripada bahagian atas jambatan menjadi satu daya penarik yang unik bagi hutan rekreasi ini.

Kepada yang berminat untuk turut serta, diharap dapat mengikuti perkembangan aturcara program di blog ini.

Photobucket

No comments:

Post a Comment