SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Monday 7 September 2009

Kursus membina laman blog sendiri

Dunia sekarang banyak berubah. Dahulu kita banyak menggunakan sumber 'pihak ketiga' untuk memperkenalkan sesuatu tetapi sekarang dengan dunia tanpa sempadan ini kita boleh mempromosikan apa sahaja mengikut kehendak kita sendiri.
Laman blog memang telah banyak dipergunakan untuk menyampaikan sesuatu kepada orang ramai. Degan penggunaan internet yang meluas di negara kita ini, laman blog mampu di ekses oleh jutaan pengguna diserata dunia.
Menolak konsep negatif sesetengah dari kita yang mengatakan 'hanya pakar' sahaja yang boleh membina blog, pihak IKRAP dengan kerjasama beberapa pihak akan menganjurkan satu program seminar kursus dan amali untuk membina laman blog ini.
Peserta bukan hanya boleh mencipta laman web seperti yang mereka idamkan, malah mereka mampu untuk membina satu laman yang boleh menjana keuntungan dengan menjual hasil produk mereka sendiri menggunakan konsep online sales.
Nantikan tarikh dan masanya, kerana program ini agak popular dikalangan masyarakat kita sekarang ini. Jangan biarkan kita ketinggalan untuk meyuarakan sesuatu di blog kita sendiri dan hanya mampu untuk membaca blog orang lain sahaja. Ayuh maju kehadapan bersama kita dan binalah laman blog anda sendiri yang berkonsepkan kehendak anda sendiri. Apa yang anda perlukan hanya sebuah laptop ber wireless dan kemahuan anda sendiri untuk belajar. Terima kasih.



p/s keutamaan akan diberi kepada ahli2 IKRAP

No comments:

Post a Comment