SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Thursday, 24 September 2009

Majlis Sambutan Hariraya - Hi-Tea Heritage Hotel Ipoh - 10/10/2009


Cadangan untuk mengadakan sambutan hariraya di Heritage Hotel pada 10/10/09 (Sabtu) ini. Konsep makan sepuas hati dengan hanya bayaran RM15/pax sahaja. Waktu jamuan dari 1.30tghari - 4.30 petang. Semua dijemput hadir. Perbincangan lanjut akan di adakan pada sesi perjumpaan yang terdekat ini.

Sunday, 20 September 2009

Program Santai IKRAP- Kuala Woh


Program IKRAP seterusnya adalah bersantai bersama keluarga di Kuala Woh disamping merapatkan lagi tali silatulrahim dikalangan warga kerja sambil membincangkan projek-projek yang dapat meningkatkan pendapatan sendiri. 

Mengenali Kuala Woh: Terletak 13 km dari Pekan Tapah, Hutan Rekreasi Kuala Woh mudah dikunjungi.Bagi sesiapa yang gemar menikmati keindahan flora dan fauna hutan tropika ia merupakan salah satu pilihan utama. Hutan Rekreasi ini menyediakan denai-denai penerokaan hutan yang lengkap, menawarkan perjalanan dan pengembaraan hutan yang menarik, ditambah pula dengan keseronokan untuk melihat kupu-kupu spesis "Rajah Brooks" di dalam habitat semulajadi mereka. Hutan Rekreasi Kuala Woh juga menyediakan kawasan perkelahan kolam air panas semulajadi di Lubok Merbau.
Selain itu, jambatan gantung sepanjang 30 meter yang merentasi Sungai Batang Padang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik daripada bahagian atas jambatan menjadi satu daya penarik yang unik bagi hutan rekreasi ini.

Kepada yang berminat untuk turut serta, diharap dapat mengikuti perkembangan aturcara program di blog ini.

Photobucket

Friday, 18 September 2009

Laporan Majlis berbuka Puasa IKRAP


Alhamdulillah dipenghujung Ramadan ini dapat juga menjalankan program berbuka puasa ini di salah satu hotel yang baru beroperasi di Ipoh ini.

Seramai 33 insan yang sudi bersama-sama menikmati juadah bersama-sama bermula dari saat azan dilaungkan sehinggalah selesai dalam jam 9.00malam.

Kepuasan jelas terbayang diriak muka masing-masing dan bagi saya juadah yang sediakan setanding dengan hotel2 yang terkemuka yang lain.

Insyaalah kalau ada rezeki, kami akan menjalankan majlis sebegini dimasa hadapan nanti.


Photobucket 


Thursday, 17 September 2009

Jemputan ke Majlis Sambutan Hariraya 9W2JOI

Seperti tahun-tahun sebelumnya 9W2JOI akan mengadakan 'rumah terbuka' sempena sambutan hariraya juga pada tahun ini. Berikut adalah butir2 yang diberi:

Tarikh: Sabtu 26/09/2009
Masa : Selepas Maghrib ( Kalau nak tolong, datang awal sikit)
Lokasi : Taman Bersatu Simpang Pulai
Semua dijemput hadir.


p/s harap tak hujan macam tahun2 lepas. Susah nak salai daging kambing. hehe..

Jom Ambil Lesen Radio Amatur.


Kepada mereka yang mahu berlesen seperti kami silalah mengambil ujian RAE yang akan diadakan pada Disember nanti.

Keterangan lanjut boleh di dapati di SINI

Wednesday, 16 September 2009

Audit lokasi Majlis berbuka puasa.


Petang tadi sempat jugak buat audit bertujuan untuk memastikan perjalanan majlis berbuka nanti berjalan lancar. Hasil pemerhatian dan risik-risik, didapati ruang buffet adalah di tingkat 6 hotel tersebut. Berikut adalah cadangan program:

6.30ptg - berkumpul di lobby (Tingkat bawah)

6.45ptg - Breifing tentang produk IKRAP

7.00mlm- bergerak ke Cafe - Tingkat 6

7.17 mlm - Berbuka puasa

7.30 mlm - Solat (masa sendiri)

7.45 mlm - Menghabiskan juadah2 yang bermacam2 tu.

8.30 mlm - Bersurai (untuk Tarawikh)

Jadual adalah tentatif sahaja. Perubahan adalah mengikut keadaan semasa nanti

Monday, 14 September 2009

Sijil Halal Restoran Tower Regency Hotel


Klik gambar untuk lebih jelas

Sepatutnya bukan urusan saya untuk meletakkan sijil halal Hotel yang tiada kaitan dengan IKRAP dalam posting saya disini. Tetapi banyak suara-suara diluar sana mendengar khabar angin yang tidak tahu kesahihannya mengatakan sesuatu tentang HALAL ini semetatah lagi kerana Biro2 IKRAP akan mengadakan majlis berbuka puasa disana 18hb nanti.

Jadi dengan terpampangnya sijil ini yang bernombor siri H-08-1383 dimana tarikh tamatnya pada 1/09/2011 ini akan melegakan kerisauan hati mereka yang agak gusar sebelum ini.

Jika masih tidak berpuashati dan merasa was-was lagi, anda boleh tidak hadir pada hari tersebut dan pada mereka yang masih ingin turut serta, sila buat tempahan dengan 9W2MVA beserta bayarannya. 

Terimakasih.


p/s Setakat ini seramai 23 orang telah mendaftar untuk Majlis tersebut 

Sunday, 13 September 2009

Selamat Hariraya..اهلان وسهلا يا رمضان


Assalaamu'alaikum
Ramadan tahun ini semakin meninggalkan kita. Syawal semakin hampir menjelma.
Berikut saya sertakan beberapa artikel tentang Sambutan Hari Raya Mengikut Sunnah Nabi SAW dan beberapa hukum tentang Puasa Enam.
Semoga ianya bermanfaat. Tidak dapat Buat Semua Jangan Tinggalkan Semua.
Sekian Wassalaam

2. ADAKAH DISUNNAHKAN MENZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA AIDILFITRI5. RAYA SELEPAS PUASA ENAM

Sumber: akob73
Khat: awangpurba

Friday, 11 September 2009

Majlis berbuka puasa IKRAP - 18/09/2009 - Tower Regency Hotel Ipoh

Satu majlis berbuka puasa bersama-sama warga IKRAP akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Jumaat 18/09/2009
Masa : Bermula 7.00petang
Lokasi : Tower Regency Hotel Ipoh
Konsep: Buffet
Bayaran: RM20 dewasa RM12 kanak-kanak
Terbuka kepada semua. Jika nak promote bisnes anda pun boleh semasa dinner nanti.
Bayaran hendak lah dibuat kepada 9W2MVA(jon)-0195598831- sebelum 16/09/2008 untuk tempahan tempat.

Tempahan 20 tempat telah pun dibuat. Jika ramai, tempahan baru akan dibuat.


p/s Menurut Bah. Halal JAIP , sijil HALAL telah diperolehi pada 1/09/2009. Harap maklum

Thursday, 10 September 2009

Perjumpaan IKRAP 9/9/09 - Done!

Seramai 10 stesen hadir pada malam tersebut. Perbincangan rata-rata berkaitan projek dan idea untuk mencari wang. Beberapa idea yang menarik dan munasabah mungkin akan dilaksanakan sebagai satu aktiviti bersama nanti. Semua bersetuju untuk berusaha untuk menambah pendapatan masing-masing menggunakan platform perbincangan bersama ahli IKRAP.
Satu majlis berbuka puasa bersama warga kerja IKRAP akan diadakan pada 18hb nanti. Majlis berakhir jam 1 pagi




b/p Setiausaha

Wednesday, 9 September 2009

Keajaiban Buah Manggis


Penyakit bukanlah sejenis masalah yang dapat diubati dalam sekelip mata dan kejadiannya juga seringkali berlaku secara perlahan - lahan sebelum dapat dikesan oleh doktor atau dapat kelihatan sebarang tanda
Kesan perubatan dari buah Manggis ini pula adalah bergantung kepada jenis badan seseorang dan berkesan kepada setiap individu. (Tambahan pula produk ini diklasifikasikan sebagai minuman/makanan kesihatan dan bukannya ubat-ubatan)
Produk dari buah Manggis ini juga perlu diambil sekerap yang mungkin bagi menampakkan keberkesanannya

Antioksidan yang diperkuat oleh vitamin
Jus Manggis mengandungi vitamin bersifat antioksidan , iaitu Vitamin A (sebagai beta karotena), Vitamin C dan E untuk membantu menentang radikal bebas dan mencegah tekanan pengoksidaan kepada badan*.

Melindung dan menyokong jantung yang sihat
Mengekalkan kesihatan kardiovaskular dan membantu membentuk sel darah merah yang sihat dan sistem saraf yang sihat.*

Mengekalkan tahap asid amino homosisteina yang sihat*

Melindungi sel dan membantu kandungan kolesterol pada tahap yang sihat.*

Membekalkan vitamin B pada tahap yang sihat kepada jantung.*
Merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang dengan kandungan lemak tepu dan kolesterol yang rendah, dan mengandungi asid folik, vitamin B6 dan Vitamin B12 yang dapat mengurangkan risiko penyakit vaskular
Menjadikan mata, kulit dan rambut lebih sihat.
Menolong menggalakkan kesihatan penglihatan, penglihatan pada malam, dan kesihatan mata.
Menjanakan tenaga yang mencukupi.
Memainkan peranan dalam penyerapan dan metabolisme protein dan karbohidrat .*

Membantu dalam penukaran tenaga dan dalam penjanaan tenaga dari glukosa.
Menyokong sistem pengimunan.
Menyokong sistem pengimunan dan dengan meningkatkan fungsi sistem pengimunan.
Penghapus Radikal Bebas yang kuat.
Satu antioksidan yang unggul dengan nilai ORAC yang paling tinggi. Antioksidan membantu badan menentang radikal bebas yang bahaya dan juga menggalakkan panjang umur sel.*

Bukti saintifik menunjukkan bahawa penggunaan vitaman antioksidan boleh mengurangkan risiko sesetengah jenis kanser.***

Sistem Pencernaan yang sihat.
Membantu menyokong sistem saluran usus yang normal dan sihat.*

Rumusan Biosoluble
Rumusan berbentuk cecair yang sedap lebih mudah diguna dan lebih bioavailable (sedia diserap oleh badan) daripada pil atau Taplet

Monday, 7 September 2009

Kursus membina laman blog sendiri

Dunia sekarang banyak berubah. Dahulu kita banyak menggunakan sumber 'pihak ketiga' untuk memperkenalkan sesuatu tetapi sekarang dengan dunia tanpa sempadan ini kita boleh mempromosikan apa sahaja mengikut kehendak kita sendiri.
Laman blog memang telah banyak dipergunakan untuk menyampaikan sesuatu kepada orang ramai. Degan penggunaan internet yang meluas di negara kita ini, laman blog mampu di ekses oleh jutaan pengguna diserata dunia.
Menolak konsep negatif sesetengah dari kita yang mengatakan 'hanya pakar' sahaja yang boleh membina blog, pihak IKRAP dengan kerjasama beberapa pihak akan menganjurkan satu program seminar kursus dan amali untuk membina laman blog ini.
Peserta bukan hanya boleh mencipta laman web seperti yang mereka idamkan, malah mereka mampu untuk membina satu laman yang boleh menjana keuntungan dengan menjual hasil produk mereka sendiri menggunakan konsep online sales.
Nantikan tarikh dan masanya, kerana program ini agak popular dikalangan masyarakat kita sekarang ini. Jangan biarkan kita ketinggalan untuk meyuarakan sesuatu di blog kita sendiri dan hanya mampu untuk membaca blog orang lain sahaja. Ayuh maju kehadapan bersama kita dan binalah laman blog anda sendiri yang berkonsepkan kehendak anda sendiri. Apa yang anda perlukan hanya sebuah laptop ber wireless dan kemahuan anda sendiri untuk belajar. Terima kasih.



p/s keutamaan akan diberi kepada ahli2 IKRAP

Berpantang maut sebelum ajal !


BLOOMINGTON, Amerika Syarikat (AS)

1. Musibah bukan hanya kena pada manusia, bahkan pada haiwan juga. Pada manusia, musibah berkemungkinan besar sebagai kaffarah kepada dosa-dosanya, namun musibah yang tertimpa atas haiwan banyaknya kerana kerakusan dan kecuaian manusia.

2. Di Bloomington, seekor kucing dilaporkan cedera parah terkena tujaman anak panah. Yang ajaibnya ia masih mampu hidup kepalanya telah ditembusi anak panah tersebut.Sungguh Allah Maha Kuasa.

3. Kucing yang diberi nama Brownie itu dipercayai dipanah oleh individu yang tidak bertanggungjawab namun doktor haiwan tersebut percaya kucing itu selamat kerana ia baru kehilangan salah satu daripada sembilan nyawanya.

4. Seorang doktor haiwan di sini berjaya menyelamatkan nyawa Brownie yang berusia empat tahun apabila anak panah sepanjang 33 sentimeter di bahagian tengkorak itu dikeluarkan.

5. Inilah yang dikatakan berpantang maut sebelum ajal. Cuba bayang dan dengar-dengarkan apakah kata-kata dan rintihan si Brownie ini sebelum anak panah selamat dikeluarkan? Allah Allah Allahh, nyiluunya.

Saturday, 5 September 2009

Jangan lupa -Mesyuarat Biro IKRAP - 9/9/2009


Tarikh: Rabu 9/9/2009
Masa : 10.30 mlm (lepas tarawikh)
Lokasi : Naina Nasi Kandar (Taman Meru - Sebelah CARSEM)
Kehadiran:
1. Semua AJK diwajibkan hadir
2. Jemputan Khas akan dipanggil (sebagai pemerhati)

Beberapa agenda mengenai IKRAP akan diputuskan pada malam tesebut. Diharap mendapat respon yang baik dari semua AJK yang dilantik.


-b/p Setiausaha

Thursday, 3 September 2009

Q&A tentang RON95. Untuk kepastian diri.


PENGENALAN
Kerajaan memperkenalkan petrol RON 95 untuk memastikan pengguna mendapat faedah langsung produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi. Petrol RON95 adalah bahan bakar yang mematuhi spesifikasi EURO 2M dimana ianya dapat mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada pengeluaran asap kenderaan. Selain itu, ianya juga merupakan salah satu usaha Kerajaan dalam mengurus sumber tenaga negara bagi menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang cekap dan mengurangkan tanggungan subsidi Kerajaan ke atas produk petrol.

1. APA ITU RON?
RON (Research Octane Number atau Nombor Oktana) adalah satu kadar petrol. Ianya menentukan kualiti mengurangkan ketukan enjin (anti-knocking) atau rintangan terhadap pra-nyalaan atau peledakan semasa bahan petrol terbakar di kebuk pembakaran. Ketukan adalah satu aktiviti pembakaran yang luar biasa dan sepatutnya dicegah kerana merosakkan enjin.

2. APA ITU RON 95?
RON 95 adalah minyak petrol yang mempunyai nilai RON minima 95.

3.APAKAH JENIS-JENIS KENDERAAN YANG BOLEH MENGGUNAKAN RON 95?
Kebanyakan kenderaan boleh menggunakan RON95. Walau bagaimanapun, pengguna dinasihatkan merujuk kepada nasihat Pengilang Kelengkapan Asal (OEM) yang tertera di buku panduan kenderaan atau semak pada belakang penutup tangki gas untuk kadar oktana yang disyorkan.

4. SAYA ADALAH PENGGUNA PETROL RON 92/97. ADAKAH PERTUKARAN KEPADA PETROL RON 95 AKAN MEROSAKKAN ENJIN KENDERAAAN SAYA?
Jika buku panduan kenderaan anda mengsyorkan kenderaan anda sesuai untuk menggunakan RON95, maka pertukaran daripada RON92/97 TIDAK AKAN merosakkan kenderaan anda.

5. Adakah saya perlu mengosongkan tangki minyak kereta saya sebelum mengisi Petrol RON 95?
TIDAK PERLU. Minyak RON 95 boleh dicampur dan digunakan dengan minyak RON 92 atau RON 97.

6. Apakah kesan jika berlaku percampuran petrol RON 95 dengan Petrol RON 97 atau RON 92 ke atas prestasi enjin kenderaan?
Percampuran petrol RON 95 dengan RON 92/97 TIDAK akan menjejaskan prestasi enjin kenderaan.

7. Perlukah saya sentiasa memilih petrol dengan kadar oktana yang tertinggi untuk kenderaan saya?
Menggunakan petrol dangan kadar RON yang lebih tinggi tidak semestinya yang terbaik untuk kenderaan anda. Anda perlu mengenal pasti RON yang sesuai untuk kenderaan dan cara pemanduan anda. Walau bagaimanapun, pengguna perlu merujuk kepada nasihat Pengilang Kelengkapan Asal (OEM) yang tertera di buku panduan kenderaan atau semak pada belakang penutup tangki gas untuk kadar oktana yang disyorkan.

8. ADakah penggunaan kadar ron yang lebih tinggi menentukan produk petrol yang lebih mesra terhadap alam sekitar? bagaimana dengan lebih kuasa?
Perbezaaan sebenar gred petrol tertakluk kepada keperluan enjin kereta masing-masing. ini tidak menjamin kelebihan kuasa atau lebih mesra alam sekiranya nombor oktana meningkat. Ini bermaksud kenderaan yang menggunakan produk RON dengan kadar yang lebih tinggi daripada keperluan enjin masing-masing tidak semestinya menikmati prestasi yang lebih baik berbanding dengan menggunakan kadar RON yang disyorkan oleh Pengilang Kelengkapan Asal (OEM)

sumber: kpnhep

Tuesday, 1 September 2009

Adakah kereta anda sesuai untuk RON95? Sila lihat senarai ini.

Senarai berikut telah di satukan berdasarkan persetujuan dan perbincangan tidak rasmi dengan syarikat kereta. Senarai ini hanya sebagai rujukan, dan kami tidak akan bertanggungjawab jika sesuatu masalah berlaku jika anda menggunakan informasi ini. Didalam sesetengah kes, meski pun enjin tersebut sesuai untuk menggunakan RON tertentu, faktor usia dan keadaan enjin tidak membenarkan penggunaannya. Jika ada sebarang keraguan, anda boleh berhubung dengan syarikat kereta anda..

Klik gambar untuk senarai lebih jelas...










p/s Jika kereta anda tidak tersenarai disini, sila berhubung dengan syarikat kereta anda sendiri.

Transformasi - Hobi Unik

Anda mungkin tidak mengenali jenis kereta yang dipamerkan jika tidak diamati secara dekat dan betul-betul. Jika kereta yang buruk dan usang boleh diubah sedemikian rupa, sehingga menjadi pujaan ramai, kenapa tidak manusia. Jangan pula menjadi hipokit, berselindung disebalik transformasi dan tidak mahu mengaku asal usul diri. Renungkan lah..