SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Tuesday 5 January 2010

Mega Eyeball rakan HAM Ipoh.. Rabu 13/01/2010

Sudah lama tidak bertentang mana. Apa khabar anda semua rakan HAM kita di kawasan sekitar Ipoh ini? Banyak cerita yang mungin boleh dikongsi bersama agaknya. Jadi apa salahnya kita santai-santai beramai-ramai sambil pekena kopi secawan dua dan sambil membincangan program-program yang boleh kita jalankan bersama di masa hadapan.
Saya dengan redah diri menjemput anda untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis eyeball ini. Berikut adalah butir-butirnya;

TARIKH : 13/01/2010, RABU
MASA : Bermula 10.30 MLM
LOKASI : Capati Koner Simpang Pulai (Depan RIA MODA)
KEHADIRAN: Semua dijemput hadir (tak kira dari grup mana)
AGENDA:
1. Konvoi Kenduri Kuala Terengganu (Cuti Raya Cina)
2. Vee99 - Mendengar suara YDP (jika ada)
3. Projek masa depan
4. Sembang kosong..

p/s - SMS akan dihantar mengikut senarai nama yg ada pada saya nanti.. Jika anda tidak mendapat SMS tersebut, bermakna senarai itu sudah tidak boleh diguna pakai lagi.
-9W2HMI

No comments:

Post a Comment