SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Wednesday 13 January 2010

Kesimpulan Eyeball 13/1


Terimakasih kepada mereka (16 orang) yang sudi hadir dan memberi sokongan kepada hobi ini dengan sepenuh hati. Banyak maklumat dan respon dari topik perbincangan dan akhirnya kesemua sebulat suara bersetuju untuk memeriahkan semula frekuensi VEE99 144.990MHz dengan tidak menghiraukan suara-suara sumbang yang bakal mendatang. Jadi, frekeunsi ini akan memecah kembali ruang udara Ipoh ini.

Bagi Konvoi ke Kuala Terengganu; tentatif program adalah seperti berikut:-

1. Perjalanan: Spg Pulai - Cameron - Gua Musang - Felda Aring - Kuala Terengganu

2. Konsep: Berkonvoi dan Membeli belah serta melihat-lihat tempat orang.

3. Penginapan: Homestay - bakal digabungkan di antara ahli keluarga

4. Jemputan: Ipoh 4X4 Team , Kelab Kembara Malaysia
5. Sponsor : Petrol dari syarikat sukan (akan disahkan kemudian)

Seramai 6 stesen HAM bersetuju untuk turut serta dan kita akan mempercepatkan lagi urusan konvoi ini selepas kita tahu jumlah sebenar yang akan turut serta.

Diakhir mesyuarat, seperti biasa, konsep sendiri minum/makan, sendiri bayar yang diperkenalkan dari mula dulu tetap digunakan. Bendahari majlis menyimpan lebihan untuk tabung kumpulan...

Alhamdulilah, mesyuarat bersurai jam 12 mlm. Akan ada jemputan lagi untuk mensuarat konvoi tidak lama lagi...




Gambar rakan2 yang hadir untuk eyeball malam itu....

No comments:

Post a Comment