Tuesday, 14 July 2009
9M2EMI Kemalangan motorsikal
Sumber dari 9W2ACB
Motosikalnya dilanggar dari belakang oleh seorang pemandu mabuk di persimpangan Taman Anda, Tasik. Pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun keretanya terbalik. Tetapi saudara Emi mengalami kecedaraan yang agak parah di kaki kanan dan ketika berita ini ditulis dilaporkan oleh XYLnya masih belum sedar selepas menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Bainun Ipoh. Sesiapa yang ingin melawat beliau bolehlah berbuat demikian di Wad 5A Hospital berkenaan.
_____________________
Kepada rakan-rakan yang ingin melawat beliau boleh lah berbuat demikian pada bila-bila masa dalam waktu melawat. Diingatkan peraturan Hospital tidak membenarkan kanak2 masuk kewad juga tempoh lawatan sebelah petang dipendekkan ke 6.30 ptg sahaja (kes H1N1). Makluman ini adalah untuk tidak menghampakan anda nanti.
Labels:
berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment