Thursday, 30 July 2009
Majlis Perjumpaan Silatulrahim pemilik/peminat radio duahala Perak
Satu perjumpaan akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: Selasa 4/8/2009
Masa : 9.30 mlm - 12.00mlm
Lokasi: Al-Ghazali Batu Gajah Perdana
Perjumpaan ini bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim dikalangan pemilik/peminat di sekitar kawasan Ipoh juga yang berhampiran dengan nya.
Perjumpaan ini diharap dapat menggabungkan kesemua individu tidak kira dari rumpun mana sekali pun beliau bernaung.
Hadirin nanti boleh mengetengahkan sebarang idea atau aktiviti juga sebarang komen supaya Negeri Perak ini menjadi satu garis panduan bagi negeri-negeri lain dalam mengendalikan pemilik/peminat radio dua-halanya
Perbezaan konsep tidak menghalang kita dari duduk semeja untuk memartabatkan lagi dunia radio ini.
Diharap kehadiran anda dapat memberi idea dan maklumat untukkita samasama perbincangkan nanti.
Sebarang kemusykilan mengenai perjumpaan ini boleh diajukan kepada saya 9W2HMI atau pun 9W2IPT untuk dijawab.
-9W2HMI (0195958844)
Jom Layan PC Fair
Pikom PC Fair 2009 kali kedua untuk tahun ini akan bermula esok. PC Fair memang ditunggu-tunggu oleh orang ramai kerana mereka berpeluang untuk mendapatkan barangan komputer dan yang berkaitan di bawah satu bumbung. Ini memberi peluang orang ramai untuk melihat barangan terbaru di pasaran dan juga membuat perbandingan harga.
Tarikh dan lokasi PC Fair 2009 yang kedua tahun ini adalah seperti berikut;
31 Julai - 2 Ogos 2009
- KL Convention Centre, Kuala Lumpur
- Village Mall, Sungai Petani - Kedah
- Dewan Perbandaran Taiping - Perak
- Batu Pahat Mall, Batu Pahat - Johor
- Penang International Sports Arena, Penang
- Mahkota Parade Melaka, Melaka
- Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu - Sabah
- Berjaya Megamall, Kuantan - Pahang
- KB Mall, Kota Bharu - Kelantan
- Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu - Terengganu
- Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru
- Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
PC Fair 2009 II ini dibuka secara percuma dari pukul 11.00 pagi hingga 9.00 malam. Maklumat lanjut mengenai PC Fair ini boleh diperolehi di laman web rasmi PC Fair 2009.
Tuesday, 28 July 2009
Basikal - Santa Cruz
Terpikat juga tengok model ni. Tapi fulusnya agak kekurangan. Amacam geng kayuh nie? Boleh ke yang nie??
Santa Cruz Superlight
- Blue Color
- Tip-Top condition
Equipments:
Fork - SID Race
Crank & Brake - Shimano SLX
Shifters & RD - SRAM XO + Shimano XT FD
Cassette & Chain - SRAM XO
Shock - FOX RP 23
Stem & Seatpost - Thomson
Handlebar - Ritchey WCS Carbon
Wheelset - MAVIC Crossride
Saddle - WTB Rocket V Stealth
QR & Seatpost Clamp - HOPE
Tires - KENDA Navegal 2.10
p/s Macamana 9W2DFA? Kalau yang ni 'dua jari'boleh angkat ke?
Monday, 27 July 2009
Bahaya radiasi menara pemancar - Persepsi yang salah
IPOH - Persepsi segelintir masyarakat yang menganggap pemasangan menara pemancar sistem telekomunikasi berhampiran kawasan perumahan boleh menjejaskan kesihatan ekoran pancaran radiasi keterlaluan adalah kurang tepat.
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Sinaran, Agensi Nuklear Malaysia, Mohd. Yusof Mohd. Ali berkata, hakikat sebenar ialah semakin hampir stesen pemancar dengan pengguna semakin minimum radiasi yang dipancarkan.
"Radiasi terhasil daripada tindak balas menara pemancar dengan antena telefon bimbit untuk membentuk kawasan liputan bagi membolehkan talian komunikasi berlaku.
"Semakin jauh lokasi antena telefon bimbit dengan menara pemancar semakin tinggi kadar radiasi. Pendek kata, jika panggilan dibuat di kawasan liputan rendah, lebih banyak radiasi terhasil," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Forum Menilai Kesan Radiasi Radio-Frekuensi (RF) Sistem Telekomunikasi anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini semalam.
Mohd. Yusof berkata, sehubungan itu, orang ramai tidak perlu bimbang dengan kedudukan menara pemancar sistem komunikasi yang dipasang di lokasi berhampiran kawasan penempatan kerana selamat selagi pembinaannya memenuhi spefikasi ditetapkan.
Beliau berkata, selain faktor jarak, jumlah radiasi terhasil bergantung kepada ketinggian menara pemancar dan mutu telefon bimbit yang digunakan.
"Berdasarkan kajian, stesen pemancar frekuensi televisyen dan radio lebih banyak memancarkan radiasi berbanding menara pemancar sistem telekomunikasi.
"Negara sudah menggunakan teknologi frekuensi televisyen dan radio lebih 40 tahun lalu tetapi sehingga kini tidak pun memberi sebarang kesan negatif kepada kesihatan penduduk," katanya.
-oleh azliadlan
Saturday, 25 July 2009
Friday, 24 July 2009
Confirm- Eyeball Sabtu ni 25/7/2009 .. Mesti Hadir
Dari blog vee99Group
Bertempat di Restoran Tisya dalam area Seri Iskandar.
Jam 9.30 malam.
Hari Sabtu 25.7.09
Agenda: Estimated time: 40minit
Pendahuluan:
Sedikit sejarah Vee99 oleh penceramah jemputan.
Mengisi borang baru Vee99 Group beserta gambar (wajib) ukuran poskad.
Perlantikan AJK baru.
Isi
Pro dan kontra.
Cabaran
Projek akan datang.
Penutup
Berkaraoke, Bersembang dengan rakan yang lama tak jumpa
p/s Restoran Teesha terletak di Medan Selera Seri iskandar, sebelah kiri selepas Petronas. Harap Maklum
Sunday, 19 July 2009
Sekolah Terbakar - Minta sumbangan anda
Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) yang terletak di Guar Chempedak ,Kedah telah terbakar pada jam 10.00 pagi tadi kerana disyaki berlaku lintar pintas.
Pihak sekolah merayu sumbangan orang ramai supaya dapat menghulurkan bantuan segera bagi membeli kelengkapan bilik darjah yang musnah supaya pembelajaran dapat diteruskan seperti biasa. Sebanyak 65 buah unit meja murid diperlukan , 2 unit white board diperlukan.
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no akaun 02084010028830.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi ust Musoddak Hj Ahmad, Pengerusi Sekolah 012 4827563 atau Ust Mohamad Ismail, Setiausaha Lembaga tadbir 019 4227323.
Peluang cari pahala ni..
Sumber: tranganukite

Friday, 17 July 2009
Durian - RM7.90 dan makan sepuasnya.....
Kalau anda 'hantu' durian bolehlah menyahut cabaran ini dan pastikan anda tak terlantar sakit selepas itu. Jangan lepaskan peluang ini. Anda pasti boleh!!
Wednesday, 15 July 2009
Cadangan berbuka puasa bersama anak2 Yatim - Asrama Darussalam
Perbincangan terbuka malam tadi memutuskan bahawa Asrama Darussalam akan menjadi lokasi majlis berbuka puasa anjuran rakan-rakan radio, guru-guru, serta dari kelab kembara Malaysia.
Kesesuaian adalah kerana Asrama tersebut berhampiran dengan Masjid dan kerana memenuhi kriteria 'keperluan' semasa kini.
Tarikh: 12/09/2009 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang - 12.00 mlm
Tentatif program: Akan di beritahu kelak
Kepada mereka yang ingin ber'kongsi' dalam jamuan makan, boleh menghubungi saya atau 9W2JOI untuk keterangan lanjut. Kepada yang ingin menderma terus pada malam itu boleh menghadirkan diri pada majlis tersebut.
"Mudah-mudahan amal kita di terima ALLAH"
Di sini adalah sedikit tentang Asrama tersebut;

Tuesday, 14 July 2009
9M2EMI Kemalangan motorsikal
Sumber dari 9W2ACB
Motosikalnya dilanggar dari belakang oleh seorang pemandu mabuk di persimpangan Taman Anda, Tasik. Pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun keretanya terbalik. Tetapi saudara Emi mengalami kecedaraan yang agak parah di kaki kanan dan ketika berita ini ditulis dilaporkan oleh XYLnya masih belum sedar selepas menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Bainun Ipoh. Sesiapa yang ingin melawat beliau bolehlah berbuat demikian di Wad 5A Hospital berkenaan.
_____________________
Kepada rakan-rakan yang ingin melawat beliau boleh lah berbuat demikian pada bila-bila masa dalam waktu melawat. Diingatkan peraturan Hospital tidak membenarkan kanak2 masuk kewad juga tempoh lawatan sebelah petang dipendekkan ke 6.30 ptg sahaja (kes H1N1). Makluman ini adalah untuk tidak menghampakan anda nanti.
Pelarasan Arah Kiblat Khamis ini
Dari- BERNAMA
Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.
Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.
Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.
“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.
Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.
Sunday, 12 July 2009
Perjumpaan untuk projek Amal di Rumah anak2 Yatim
Harap tidak lupa dengan janji kita seperti berikut:
Tarikh: Rabu 15/09/2009
Masa : 10.30mlm - 12.00mlm
Lokasi: Capati Korner Simpang Pulai
Semua rakan2 tak kira dari jersey mana pun di jemput hadir untuk memberi sumbangan PENDAPAT dan IDEA, serta tunjuk ajar untuk menjalankan program yang agak besar ini.
Kemungkinan hadir selain dari kita;
1. Wakil Kelab Guru SMK TIWA Batu Gajah
2. Wakil Kelab Kembara Malaysia
3. Wakil lain
Diharap perjalanan majlis ini akan lancar sehingga tarikh perlaksaanan program.
p/s sebarang pertukaran lokasi (atas sebab2 yg tak dpt dielakkan) disaat-saat akhir akan diberitahu melalui radio dan telefon(wakil).
Renungan
.... sesungguhnya kebajikan akan menghapuskan keburukan... (Hud:114)
· Bantulah orang yang sedang mengalami kesulitan!
· Berilah orang yang tidak pernah mahu memberi kepada anda!
· Tolonglah orang yang dianiaya!
· Berilah makan orang yang kelaparan!
· Berilah minum orang yang kehausan!
· Jenguk orang yang sakit!
· Hantarlah jenazah!
· Layanilah dengan baik orang yang ditimpa musibah!
· Pimpinlah orang yang buta!
· Berilah petunjuk orang yang bingung!
· Muliakanlah tetamu!
· Berbuat baiklah kepada tetangga!
· Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda!
· Bahagikanlah makanan anda yang anda miliki kepada orang lain!
· Sedekahkanlah wang anda!
· Berbicaralah dengan kata-kata yang baik!
· Elakkanlah diri anda agar tidak sampai menyakiti orang lain, sebab hal itu sedekah bagi anda.
9W2HMI/019-5958844/144.990MHz

Friday, 10 July 2009
Blog VEE99 bersih dari ancaman virus dll.....
Untuk memastikan tiada link dan sumber input mengandungi sebarang gangguan virus dan sebagainya, saya telah scankan nya menggunakan Office Link Scan. Hasilnya adalah seperti anda lihat diatas...
Wednesday, 8 July 2009
Cadangan untuk program Amal Bulan Puasa ini..
Cadangan (sahaja) untuk program kali ini kita memilih Rumah Anak Yatim/Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda Chemor. Urusan rasmi sedang dibuat untuk mendapatkan informasi serta persetujuan dari pihak rumah Budi Mulia tersebut.
Kepada rakan-rakan yang berkesempatan untuk turun sembang2 pada 15/07/09 ini diharap boleh memberi cadangan atau idea-idea bernas bagi urusan amal ini.
Pendapat & kehadiran anda di alu-alukan. Semoga program kita ini diberkati Allah.
Untuk sebarang pendapat/idea/ komen.. sila isi borang di SINI

Oleh itu, adapun anak yatim
maka janganlah Engkau
berlaku kasar terhadapnya,
"Treat not the orphan
with harshness"
(Qur’an 93:9)
p/s jika anda rasa ada tempat lain yang lebih 'memerlukan' harap dapat ketengahkan nanti..
Untuk sebarang pendapat/idea/ komen.. sila isi borang di SINI
Sunday, 5 July 2009
Sembang2 Amal 15/07/09
Keseronokan dunia tidak kekal lama, hanya ibadat dan doa dari anak2 yang soleh dapat melapangkan kubur kita di sana nanti. Sekali lagi saya dan beberapa rakan ingin mengadakan satu majlis meraikan anak-anak yatim sempena bulan ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi.
Perbincangan dari hati ke hati, tanpa perbezaan baju akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh: 15/07/2009 Rabu
Masa : 10.30 malam - 12.00mlm
Lokasi: Capati Korner Simpang Pulai.
Agenda:
1. Menetapkan rumah anak yatim yang akan dilawati
2. Susun atur majlis
3. Petugas-petugas.
4. Penderma-penderma.
5. Makanan & aktiviti lain
6. Lain2 hal.
Kehadiran tuan/puan amat dihargai. Kemungkinan program ini akan di sokong oleh kelab2 bukan radio yang lain serta badan NGO.
Jumpa anda di sana nanti.

Durian oh Durian !
Selesai sudah satu program yang agak 'panas' kerana banyak durian telah dimakan meyebabkan badan jadi panas. Durian, bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, atau dengan pulut yang di'arun' dengan santan tapi boleh dicampur dengan air kopi pahit yang mana hasilnya adalah sama taraf dengan cappucino yang dijual di kiosk coffee bean. Abg derih IPT yg mengajor aku tu..
Pagi tadi aku tunggu-tunggu jugak rakan2 di frekuensi untuk bersama-sama bergerak ke lokasi, tapi apakan daya, masing-masing mungkin ada agenda tersendiri untuk tidak bersama ke kenduri durian tersebut.
Sesampainya aku disana disambut oleh 9W2ZAE, IPT, DUA dan adik beradik MBP yang telah berada disana awal2 lagi.. Tak tunggu dah rombongan basikal sampai, terus jer belasah durian yang ada depan mata tu.... ingatkan tak cukup, aku kira baru 5 bijik dihidangkan sudah nak mengalah semuanya...
p/s gambor cilok dari 9W2IPT ...aku tak bawak kamera...lain jelopy bawak hari ni...

Friday, 3 July 2009
Motor Pancit di Jambatan Pulau Pinang? Apa tindakan anda?
Bertitik tolak dari fenomena tayar pancit diatas jambatan dan perbuatan khianat orang yg mengambil kesempatan diatas masalah orang lain, Pihak jambatan pulau pinang telah menambah baik perkhidmatan dgn memperkenalkan bantuan Tayar pancit, menunda motosikal secara percuma ke bengkel berdekatan dan akan bermula pada 1/7/09 yg lepas
Sila Hebahkan.
Dear all
Kindly be informed that Penang Bridge Sdn Bhd has introduced free tow services for motorcyclist who have a puncture tire on the Penang Bridge area with effective 1st July 2009. Please call 1300 1300 03 for an assistance if you face the puncture tire on the Penang Bridge.
The motorcycle will be towed to the nearest motorcycle workshop as follows :
1. From Penang to Prai – Seberang Jaya motorcycle workshop
2. From Prai to Penang – Gelugor or Batu Uban motorcycle workshop.
The services will only cover the transportation to the workshop but for the repair of the tire puncture will be borne by the motorcyclist himself. Attached below the poster of information from Penang Bridge on the tire puncture.
Kindly disseminate this information to your staff.
Subscribe to:
Posts (Atom)