SELAMAT DATANG KE LAMAN IKRAP. SATU KOMUNITI KECIL TAPI PENUH DENGAN BERITA SEMASA...

Tuesday, 10 February 2009

Itulah aku - Harap Maaf

Memang nampak senang jika diperhatikan untuk mengumpulkan orang yang tidak dikenali untuk menjadi rakan kita dan sama-sama tabah mengharungi suka-duka dalam hidup berkumpulan. Tetapi untuk membuatkan kumpulan itu akan dihormati dan tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihah amatlah sukar dan perlukan pengorbanan.
Saya akui kadang-kadang saya bertindak mengikut perasaan tapi hakikatnya saya pasti apa yang saya buat ini adalah untuk kebaikan kumpulan kita ini. Saya tidak mahu ahli2 dijadikan hamba abdi untuk disuruh itu dan ini tanpa ada maruah diri. Tahukan anda dilokalan kita ini dulu tiada sebarang individu/kumpulan yang sanggup untuk menyatukan ahli radio amatur seperti kita ini? Jika ada pun, mesti mendapat tentangan dari pihak tertentu kan?Oleh itu berkat dorongan rakan-rakan yang lama dulu, kami sanggup berdiri teguh untuk menghadapi segala kesukaran dan akhirnya tertubuhlah VEE99 ini.
Memang dahulu saya banyak bertindak lembut dan mengikut sahaja apa-apa cadangan dan akhirnya banyak perkara yang tidak disenangi berlaku. Banyak tomahan dan bisik-bisik mengatakan itu dan ini.. buruknya VEE99 dan sebagainya dan saya diamkan sahaja. Yang sedihnya kebanyakan dari sok-sek sok-sek itu kebanyakkannya datang dari ahli-ahli Vee99 sendiri dan ada juga sekarang sudah mampu terbang tinggi. Itulah lumrah dunia.
Jadi ketegasan dan tindakan dalam membuat sebarang keputusan perlu diterapkan kedalam VEE99 ini supaya nama yang sememangnya telah dikenali di seluruh Malaysia ini akan tetap utuh setiap masa. Saya pasti ramai yang tidak bersetuju dengan cara saya ini dan mungkin tidak menyokong saya, tapi saya rasa sudah tiba masanya untuk bangkit semula dan bergerak kehadapan sejajar dengan kumpulan-kumpulan radio yang lain.
Dulu anda bangga untuk meletakkan ID Vee99 di kenderaan anda tetapi apa yang saya lihat sekarang sudah tidak lagi. Penat jerih rakan2 Vee99 dalam membantu SWAL untuk mendapatkan lesen dahlah tidak dihargai, kita pula dituduh sebagai tak berguna.

Fikir-fikirkan lah


9W2HMI

No comments:

Post a Comment